ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  BANDAR RAYA ILMU GUANGZHOU CHINA-SINGAPURA: MEWUJUDKAN SEBUAH TANAH TINGGI BAHARU BAGI PENCIPTAAN ILMU DAN MEMBINA SEBUAH ZON DEMONSTRASI BAGI PEMBUKAAN DAN KERJASAMA

Tuesday 08/11/2022

AsiaNet 98661

GUANGZHOU, China, 8 Nov., 2022 /Xinhua-AsiaNet/ --

Pada 1 November, Majlis Bersama China-Singapura ke-18 untuk Kerjasama Dua Hala (JCBC) bermula di Singapura. Mesyuarat itu telah menghasilkan di dalam penandatanganan 19 Memorandum Persefahaman (MOU) dan perjanjian kerjasama, termasuk MOU tentang Membangunkan satu Rangka Kerja Kerjasama untuk Menggalakkan Penyertaan Syarikat-syarikat Singapura di dalam Pembangunan Perindustrian dan Inovasi Bandar Raya Ilmu Guangzhou China-Singapura (CSGKS). Mesyuarat itu juga menyediakan satu laluan yang berpotensi untuk pembangunan di masa hadapan bagi CSGKS yang terletak di Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau.

Seorang pegawai suruhanjaya Pejabat Hal Ehwal Kerjasama CSGKS berkata, majlis menandatangani MOU itu akan membolehkan CSGKS untuk menarik lebih banyak perusahaan berteknologi tinggi yang berinovatif dari Singapura dan negara-negara lain, sekali gus memperdalamkan lagi kerjasama dengan Singapura di dalam bidang inovasi saintifik dan teknologi, menyokong perusahaan Singapura dalam mengambil bahagian sepenuhnya di dalam pembangunan perindustrian dan inovasi bagi CSGKS, dan menggilap CSGKS sebagai tempat pilihan bagi perusahaan Singapura untuk melabur.

Institut Penyelidikan Bersama Antarabangsa China-Singapura, yang berhasrat untuk membina sebuah platform penting bagi kerjasama China-Singapura dan pencapaian transformasi bagi inovasi saintifik dan teknologi, telah menarik pengalaman dan sistem bagi integrasi penyelidikan industri-universiti Singapura dan merumuskan sembilan sistem perindustrian, termasuk pelaksanaan peraturan bagi dasar-dasar sokongan harta intelek dan beberapa peraturan mengenai menggalakkan inovasi dan keusahawanan. Ia telah menarik satu kumpulan bakat peringkat tinggi antarabangsa yang diwakili oleh Universiti Teknologi Nanyang Singapura untuk mewujudkan projek-projek di institut itu, dan mempromosikan pencapaian transformasi itu.

Peraturan mengenai CSGKC itu bagi Wilayah Guangdong, yang berkuat kuasa pada 1 Mac tahun ini, mewakilkan kuasa bagi pengurusan pembinaan ekonomi kebangsaan dan wilayah kepada Jawatankuasa Pengurusan CSGKS melalui undang-undang, yang telah membuat pencapaian luar biasa di projek-projek kerjasama dua hala peringkat negara China-Singapura.

Pada Jun tahun ini, Taman Pintar China-Singapura, satu daripada projek utama untuk memperdalamkan kerjasama di dalam inovasi saintifik dan teknologi dan pembinaan bandar raya pintar, telah dibuka secara rasmi dengan jumlah pelaburan sebanyak 1.4 bilion yuan. Ia telah memperkenalkan lebih daripada 60 projek perindustrian seperti Pusat Penghantaran Fintech Kawasan Greater Bay NCS, Kumpulan SP, Guangzhou Lion TCR, Star 3D Oral digital Medicine,  dsb.

Sementara itu, sebagai sebuah pembawa bagi inovasi perindustrian yang dibina bersama oleh China dan Singapura, Taman Perindustrian Fasa I Ascendas OneHub GKC telah menempatkan lebih daripada 400 perusahaan dan menggaji 3,000 orang pekerja. Institut Inovasi Guangzhou bagi Universiti Nasional Singapura akan bakal mengambil pelajar, serta membuat komitmen sendiri untuk melatih hampir 3,000 bakat peringkat tinggi sepanjang tempoh 10 tahun akan datang, dan berhasrat untuk menjadi projek perdana komprehensif terbesar bagi Universiti Nasional Singapura di China.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, projek-projek kerjasama di antara China dan Singapura dalam bidang utama seperti bioperubatan, ekonomi digital dan pembangunan hijau telah dilancarkan di dalam CSGKS:

-- Dari segi bioperubatan, Biosyngen telah membina pangkalan pengeluaran komersial terbesar bagi ubat imunoselular di China Selatan; Lion TCR (Singapura), syarikat terapi sel TCR-T terkemuka dunia, merancang untuk membina sebuah pangkalan pengeluaran sel GMP dan berfungsi sebagai ibu pejabat syarikat itu di China.

-- Dari segi ekonomi digital, NCS, anak syarikat milik sepenuhnya Telekom Singapura, telah memilih CSGKS untuk menyediakan Pusat Penghantaran Fintech Kawasan Greater Bay dan fasa pertama telah mula beroperasi, yang dijangkakan 500 IT profesional akan ditempatkan pada akhir tahun ini untuk mempercepatkan pembangunan 5G, kembar digital, blok rantai dan teknologi lain serta membina sebuah ekosistem inovasi rentas sempadan.

-- Dari segi pembangunan hijau, perjanjian itu telah ditandatangani dengan Kumpulan SP untuk melaksanakan pelaburan, pembinaan dan operasi bagi projek-projek tenaga serantau (termasuk penyejukan dan pemanasan), bermula dari projek Menara Ilmu, dan mempromosikannya secara beransur-ansur ke wilayah lain seperti Zon Demonstrasi Kerjasama Inovasi Sains dan Teknologi Antarabangsa China-Singapura.

-- Dari segi perkhidmatan kewangan, MOU bagi kerjasama itu telah ditandatangani dengan Bursa Singapura untuk mempromosikan penerbitan bon hijau oleh tiga perusahaan milik kerajaan, dengan satu skala terbitan kumulatif sebanyak AS $1.34 bilion, dan memperdalam kesalinghubungan dengan pasaran kewangan antarabangsa.

Sebagai sebuah pembawa penting dan model inovasi bagi kerjasama dua hala di antara China dan Singapura, CSGKC berusaha untuk membina sebuah nod penting di dalam GBA dan menjadi tanah tinggi ekonomi ilmu dunia. Pada masa hadapan, CSGKC akan menyepadukan lagi strategi pembangunan bagi Inisiatif Belt and Road dan RCEP, terus meningkatkan tahap pembukaan institusi, memperdalam kerjasama di dalam ekonomi digital dan pembangunan hijau dengan Singapura, mencungkil potensi pasaran negara-negara ASEAN dan pasaran lain, dan menunjukkan kepada dunia lebih banyak program baharu kerjasama antarabangsa dan prospek sepenuhnya bagi kebijaksanaan China.
 
Sumber: Pejabat Hal Ehwal Kerjasama CSGKS 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.