ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  AIF PEMANGKIN PEMBANGUNAN BAKAT MASA HADAPAN KE ARAH KELESTARIAN PRODUKTIVITI DAN KEMAKMURAN BERSAMA

Tuesday 18/10/2022



PETALING JAYA, 18 Okt (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) akan menganjurkan Persidangan Kebangsaan Academy in Factory (AiF) 2022 pada 20 Oktober 2022 selaras dengan usaha kerajaan dalam membangunkan bakat tempatan yang sesuai dengan kehendak pasaran industri.
 
Membawa tema “AIF Pemangkin Kepada Kelestarian Produktiviti dan Kemakmuran Bersama”, persidangan secara dalam talian ini akan dirasmikan oleh Pengerusi MPC, YBrs. En. Ram Ganesan Karthigasu.
 
Ketua Pengarah MPC, YBhg. Dato’ Abdul Latif Haji Abu Seman berkata penganjuran julung kali itu diadakan bagi mengetengahkan inisiatif pembangunan bakat Academy in Factory yang dilaksanakan pada awal tahun ini.
 
“Persidangan AiF merupakan inisiatif dan komitmen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Perbadanan Produktiviti Malaysia dalam usaha pembangunan bakat masa hadapan bagi meningkatkan pertumbuhan produktiviti. Sekali gus, memberi impak kepada perkembangan ekonomi negara,” katanya.
 
Sempena dengan persidangan tersebut, Forum bagi membincangkan Ekosistem  Peningkatan Bakat Masa Hadapan Yang Inklusif turut diadakan dengan kehadiran Ketua Ekonomi Buruh Kementerian Sumber Manusia & Emiratisasi, UAE, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Bin Saari, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), YBhg. Dato’ Andy Seo Kian Haw, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif UWC Berhad, Encik Matin Ng Chin Liang dan Pengarah Seksyen Peningkatan Bakat Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), YBrs. En. Mohamad Muzaffar Abdul Hamid.

Beliau berkata, sokongan daripada semua pihak termasuk sektor kerajaan dan swasta amat dialu-alukan bagi menyertai persidangan yang dianjurkan kerana secara tidak langsung ia menyokong agenda kerajaan dalam membina tenaga kerja masa hadapan yang kukuh seterusnya membawa kepada perkembangan ekonomi yang lebih dinamik.
 
Untuk menyertai Persidangan Kebangsaan Academy in Factory (AiF) 2022 boleh saksikan menerusi www.facebook.com/mpchq pada 20 Oktober 2022, jam 9.30 pagi.

Mengenai Malaysia Productivity Corporation (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menggalakkan produktiviti, kualiti dan daya saing kepada industri dan organisasi di Malaysia. Visi MPC adalah menjadi organisasi terkemuka dalam peningkatan produktiviti untuk daya saing global dan inovasi.

SUMBER: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Huda Atiqah Samsir 
Tel: +6013-7261950
Emel: atiqah@mpc.gov.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.