ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  BELANJAWAN 2023 PEMANGKIN PENINGKATAN PRODUKTIVITI DAN DAYA SAING NEGARA KE ARAH KEMAKMURAN BERSAMA

Wednesday 12/10/2022



KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menyambut baik Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, YB Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini.

Ketua Pengarah MPC, Dato' Abdul Latif Haji Abu Seman berkata sejumlah RM13.5 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program Daya Saing Negara, Merangka Pelan Induk Produktiviti Nasional dan Amalan Baik Peraturan bagi melaksanakan agenda produktiviti negara.

“Fokus belanjawan 2023 bertepatan dengan saranan Blueprint Produktiviti Malaysia (MPB) yang berlandaskan peningkatan produktiviti melalui Bakat Masa Hadapan, Penerimaan Teknologi dan Ekosistem yang Teguh.

Kerjasama dengan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) akan diteruskan melalui lebih banyak penubuhan unit MyMudah peringkat negeri di seluruh Malaysia. Inisiatif ini bagi memastikan persekitaran yang kondusif termasuklah menangani isu birokrasi dan beban peraturan yang tidak wajar bagi membantu perniagaan menjadi lebih produktif dan berdaya saing.  

Untuk perniagaan pulih dengan lancar, peraturan dan undang-undang berkaitan perniagaan yang sedia ada memerlukan semakan dan penambahbaikan untuk mengurangkan beban peraturan yang tidak perlu dan mempromosikan amalan peraturan terbaik. MPC memanfaatkan kerjasama dengan PEMUDAH dan Nexus Produktiviti dalam menangani perkara ini”, katanya.

Beliau berkata usaha memperkukuh kolaborasi melalui kerjasama awam dan swasta diteruskan bagi melaksanakan inisiatif yang dijalankan oleh 11 Nexus Produktiviti di bawah MPB. Sasaran MPC adalah memastikan Malaysia mencapai purata pertumbuhan produktiviti sebanyak 3.6% pada tahun 2023.

“Inisiatif transformasi upah ke arah peningkatan produktiviti dan pampasan pekerja menjelang tahun 2025 turut diteruskan. Melalui peruntukan yang disediakan, MPC yakin sebanyak 100,000 organisasi akan menerima pengiktirafan e-Shared Prosperity Organisation Acknowledgement Certificate sekaligus meningkatkan kecekapan perkhidmatan industri ke arah pembangunan lestari dan kesejahteraan”, katanya.

MPC sebagai peneraju kepada produktiviti akan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan polisi awam dan peraturan melalui penggunaan kaedah Behavioural Insights (BI) ke arah perkhidmatan sektor awam yang cekap.
 

Mengenai  Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menggalakkan produktiviti, kualiti dan daya saing kepada industri dan organisasi di Malaysia. Visi MPC adalah menjadi organisasi terkemuka dalam peningkatan produktiviti untuk daya saing global dan inovasi.

 
SUMBER : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama : Huda Atiqah Samsir
Tel : 013-7261950
E-mel : atiqah@mpc.gov.my
  
Nama : Zuraidi Zainol
Tel : 019-6441983
E-mel : zuraidi@mpc.gov.my  

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.