ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ORANG RAMAI DIALU-ALUKAN UNTUK MENYERTAI KONSULTASI AWAM DENGAN HASIL

Friday 30/09/2022



KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bagi meningkatkan ketelusan dan penglibatan awam dalam pentadbiran cukai langsung, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai Konsultasi Awam bagi tajuk seperti yang di bawah:
 
i. Elaun Cukai Pelaburan - Industri Layak
ii. Permohonan Untuk Kelulusan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Di Bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 Bagi Tabung Kebajikan Hospital Awam, Hospital Swasta dan Hospital Pengajar

Draf Ketetapan Umum dan Garis Panduan berkaitan tajuk Konsultasi Awam ini telah dimuat naik pada Portal Rasmi HASiL di www.hasil.gov.my untuk semakan dan penelitian.

Butiran lanjut mengenai pelaksanaan Konsultasi Awam ini adalah seperti yang berikut:

Table

HASiL berharap peluang ini dapat dimanfaatkan oleh orang ramai kerana ia merupakan kaedah terbaik buat HASiL menambah baik aspek kawal selia perundangan melalui penglibatan pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak.

Selain itu, usaha ini juga penting bagi memastikan setiap peraturan yang akan dilaksanakan berlandaskan kepada maklumat yang lengkap dan berasas sekali gus dapat meningkatkan tadbir urus dan kualiti perkhidmatan HASiL kepada pembayar cukai.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada HASiL melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan 
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

 
Tarikh: 30 September 2022

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Customer Care Officer: 019-651 1100
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.