ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  MEMBAWA BAHASA CINA DAN BUDAYA TAIWAN KE UNIVERSITI-UNIVERSITI AMERIKA

Thursday 29/09/2022



Members of the Chinese Proficiency Program at NTHU.(Photo: National Tsing Hua University)
Anggota Program Kecekapan bahasa Cina di NTHU.(Foto: Universiti Nasional Tsing Hua)
 

HSINCHU, Taiwan, 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTHU baru-baru ini telah menerima sebuah geran daripada Program Kecekapan Bahasa Cina Kementerian Pendidikan (MOE), dan sedang bersiap sedia untuk menghantar guru-guru terlatih khas untuk mengajar bahasa Cina di universiti-universiti terkemuka di Amerika Syarikat, termasuk Universiti Michigan, Ann Arbor. Program itu akan juga membawa pelajar-pelajar di universiti-universiti Amerika Syarikat ke Taiwan untuk belajar bahasa Cina, melibatkan diri di dalam aktiviti kebudayaan, dan membantu di dalam pendidikan dwibahasa di sekolah-sekolah rendah dan menengah.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220928005010/en/

Di samping memperdalamkan pertukaran di antara Taiwan dan Amerika Syarikat, Program itu akan juga membantu meningkatkan kesedaran mengenai Taiwan di universiti-universiti Amerika.

NTHU telah pun menandatangani memorandum kerjasama dengan Universiti Illinois di Urbana-Champaign, Universiti Duke, Universiti Hawaii, dan Universiti Michigan, Ann Arbor, dan telah menghantar guru-guru bahasa Cina ke Amerika Syarikat sejak akhir tahun 2021. Universiti Duke dan Universiti Hawaii telah menghantar enam orang pelajar untuk belajar bahasa Cina di NTHU dengan sokongan daripada Biasiswa Kecekapan Bahasa Cina.

Presiden bagi hal ehwal global Yen Ta-jen (嚴大任)  berkata selain mempunyai pengalaman mengajar yang luas, guru-guru Cina yang dipilih untuk pergi ke Amerika Syarikat juga mahir di dalam hobi-hobi tradisional Cina seperti memotong kertas, mahjong, dan catur, dan ada juga yang mahir di dalam bermain erhu, melukis landskap, dan solekan Opera Peking, yang kesemuanya merupakan bentuk diplomasi kebudayaan yang sangat berkesan.

Chen Jingjia (陳敬佳), yang telah mengajar bahasa Cina di luar negara selama bertahun-tahun, sedang bersedia untuk mula mengajar di Universiti Duke. Chiu Yuting (邱于庭) pada masa ini merupakan seorang pelajar di dalam kumpulan pendidikan bahasa Cina bagi Program Sarjana Antara Disiplin dan Antarabangsa.

Pelajar-pelajar Universiti Duke yang belajar bahasa Cina datang daripada pelbagai jabatan, dengan matlamat pembelajaran yang jelas dan dengan satu sikap yang positif. Chiu akan menambahkan satu modul tentang budaya Taiwan pada semester yang akan datang.

Li Yu-an (李玉安), juga seorang pelajar di dalam kumpulan pendidikan bahasa Cina bagi Program Sarjana Antara Disiplin dan Antarabangsa, akan mengajar bahasa Cina di Universiti Hawaii, di mana kebanyakan pelajar adalah merupakan anak-anak pendatang Cina, malah walaupun mereka hampir tidak boleh berbahasa Cina, mereka mempunyai minat yang mendalam di dalam budaya Cina.

Dua daripada pertukaran pelajar Amerika dari Universiti Duke ialah Cole Walker dan Andrew Yue Qin, kedua-dua mereka sudah boleh bertutur dalam bahasa Cina. Di samping kelas-kelas bahasa Cina mereka di NTHU, mereka juga mempunyai kelas tentang sejarah dan budaya Taiwan, dan telah membuat lawatan lapangan ke Taipei, Tainan dan Hualien.

NTHU telah juga menandatangani perjanjian dengan Institut Teknologi Massachusetts, Universiti Hawaii dan Universiti Illinois di Urbana-Champaign untuk menubuhkan pusat-pusat bahasa Cina, mengatur bagi pertukaran pelajar, dan bersama-sama membangunkan bahan-bahan kursus. Yen Ta-jen berharap program serupa akan dilaksanakan dengan universiti-universiti Eropah dalam masa terdekat.
 

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220928005010/en/

Hubungi

Holly Hsueh
NTHU
(886)3-5162006
hoyu@mx.nthu.edu.tw

Sumber : Universiti Nasional Tsing Hua

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.