ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  MARDI LANCAR PAKEJ MEKANISASI LADANG DAN BAJA FERTIGASI TANAMAN KELEDEK

Thursday 29/09/2022



BACHOK, 29 Sept (Bernama) -- Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I (MAFI) hari ini telah melancarkan pakej mekanisasi ladang dan baja fertigasi bagi tanaman ubi keledek.
 
Pakej mekanisasi ladang bagi tanaman keledek yang dilancarkan ini mampu meningkatkan produktiviti dan membantu ke arah peningkatan skala pengeluaran, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup petani, jaminan bekalan dalam sektor pertanian dan makanan serta dapat mengurangkan kebergantungan import serta menjimatkan kos buruh.  Pakej mekanisasi pengeluaran ubi keledek yang diperkenalkan oleh MARDI juga mampu mempercepatkan operasi di ladang dan menjimatkan kos tenaga buruh seterusnya berupaya meningkatkan pengeluaran ubi keledek negara. Kaedah penanaman ubi keledek secara manual memerlukan tenaga pekerja yang ramai dan kos yang tinggi adalah faktor kepada keluasan yang terhad dan produktiviti yang rendah.
 
Melihat kepada peningkatan hasil dan kualiti ubi keledek, penanaman keledek secara fertigasi dapat menjadi pilihan alternatif kepada usahawantani dan petani bagi meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. Ini sekali gus dapat meningkatkan pendapatan usahawantani dan petani serta meningkatkan kadar sara diri (SSR) negara terhadap komoditi ini. Peningkatan hasil juga akan mendorong eksport ke luar negara bagi komoditi ini. Teknologi yang dibangunkan akan dijadikan  alternatif kepada usahawantani dan petani untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman keledek mereka. Sekaligus dapat menambah pendapatan para petani di negara ini.
 
Bersempena dengan majlis itu juga, MARDI turun memperkenalkan plot penyelidikan penanaman bawang di kawasan tanah rendah. Menurut Datuk Seri Ahmad Hamzah, penyelidikan bawang merah oleh MARDI lebih tertumpu kepada penghasilan SOP penanaman di kawasan tanah rendah secara menyeluruh dan terancang berdasarkan isu dan cabaran serta senario semasa dalam industri sayur-sayuran negara. Transformasi industri bawang merah ke arah industri yang berdaya saing dan mampan akan ditumpukan kepada peningkatan produktiviti, adaptasi tanaman di tanah rendah, pengurangan masalah perosak, penyakit dan minimumkan kerosakan lepas tuai serta pengukuhan pemasaran di dalam memajukan industri sayur-sayuran bagi pasaran tempatan dan juga global.
 
Di majlis berkenaan, Datuk Seri Ahmad bin Hamzah turut menyampaikan Bantuan Peralatan Rezeki Tani, Penyampaian Anak Benih Tanaman dan Penyerahan Peralatan Pemprosesan Ayam Saga MARDI kepada petani dan usahawan bimbingan MARDI terpilih.
 
Majlis turut dihadiri oleh YB Abdul Azziz Kadir, Timbalan Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan ; YBhg Dato’ Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI ; dan Encik Rahidi bin Mat Noor, Setiausaha Bahagian Pemodenan Pertanian;

SUMBER: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Nur Akmal binti Hassan
Pegawai Perhubungan Awam
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Tel:  019-455 3400
Emel : nurakmal@mardi.gov.my  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.