ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 28, 2022 -Isnin

 
  SEMAKAN KEPERLUAN PEMAKAIAN PELITUP MUKA DI DALAM KAPAL TERBANG

Thursday 29/09/2022



KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Pada 7 September 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan kelonggaran terhadap keperluan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan (indoor) dan memutuskan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan (indoor) adalah atas pilihan (optional). 

Berdasarkan penilaian situasi semasa COVID-19 serta mengambil kira keperluan terkini, KKM ingin mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka
TIDAK LAGI DIWAJIBKAN ketika menaiki kapal terbang. Protokol baharu ini akan MULA BERKUAT KUASA SERTA MERTA PADA 28 SEPTEMBER 2022.

KKM bagaimanapun AMAT MENGGALAKKAN agar pemakaian pelitup muka terus diamalkan bagi kumpulan individu yang berikut:

1.    Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema;
2.    Individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung; dan
3.    Individu yang mengembara bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

Keputusan yang dibuat ini adalah mnggunakan pendekataan berasaskan risiko dan telah mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang dan
beban kes COVID-19 di Malaysia yang lebih terkawal ketika ini: 

1. Pengudaraan yang baik dalam kabin
2.  Penggunaan penapis high-efficiency particulate absorbing (HEPA) untuk mengeluarkan bahan cemar bawaan udara
3.  Susunan tempat duduk ke hadapan
4.  Kekerapan penjadualan disinfeksi kapal terbang.

Selain itu, kelonggaran ini juga adalah selaras dengan syor kesihatan daripada negara-negara seperti Kesatuan Eropah, United Kingdom,
Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Singapura. Keperluan pemakaian pelitup muka di dalam kapal terbang bagaimanapun masih tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh negara yang dikunjungi. 

KHAIRY JAMALUDDIN
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
28 September 2022


Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Tel: +603-8883 3470

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2022 MREM . All rights reserved.