ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 28, 2022 -Isnin

 
  KIOXIA MEMBANGUNKAN PROTOTAIP BERFUNGSI KAD MEMORI MICROSDXC 2TB YANG PERTAMA DI DALAM INDUSTRI

Wednesday 28/09/2022



Table
 
Kioxia Corporation: Prototaip Berfungsi Kad Memori microSDXC 2TB yang Pertama di dalam Industri (Foto: Business Wire)


TOKYO, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation, sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian memori, hari ini mengumumkan prototaip berfungsi kad memori microSDXC 2 terabait (TB) yang pertama[¹] di dalam industri itu. Dengan menggunakan memori kilat 3D BiCS FLASHTM  yang berinovatif dan sebuah pengawal reka bentuk dalaman, fungsi asas bagi prototaip kad memori microSDXC UHS-I 2TB KIOXIA itu telah disahkan di dalam ketumpatan maksimum standard bagi microSDXC.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220927006137/en/

Memandangkan kapasiti rakaman data bagi telefon pintar, kamera aksi dan konsol permainan mudah alih terus meningkat, keperluan bagi kad memori SD berkapasiti ultra tinggi untuk menyimpan kesemua data ini tidak pernah menjadi mendesak. Spesifikasi Persatuan SD bagi SDXC telah menyokong kad memori sehingga 2TB selama lebih satu dekad - tetapi kad 2TB belum berjaya dihasilkan sehingga kini.

Direka dengan menggunakan teknologi pembuatan proprietari syarikat itu, prototaip berfungsi kad 2TB KIOXIA  dibina dengan menyusun enam belas 1 terabit acuan bagi memori kilat 3D dan mencapai satu ketebalan maksimum 0.8 mm di ruang pelekap acuan – menjadikannya sangat sesuai untuk aplikasi rakaman data berkapasiti tinggi.

Pengeluaran besar-besaran bagi kad memori microSDXC 2TB KIOXIA  dijadualkan bermula pada tahun 2023.

Nota
[1] Setakat 28 September, 2022. Tinjauan Kioxia.

* Untuk produk Kioxia: Ketumpatan produk adalah didasarkan kepada kepadatan cip memori di dalam produk itu; bukan jumlah kapasiti memori yang tersedia oleh pengguna akhir. Kapasiti yang boleh digunakan oleh pengguna akan menjadi kurang disebabkan oleh faktor seperti ruang data overhed, pemformatan, blok rosak dan kekangan lain, dan mungkin juga berbeza-beza berdasarkan kepada peranti hos dan aplikasi.

*Logo SD, logo SDXC dan logo microSDXC ialah tanda perniagaan bagi SD-3C LLC.
*Semua nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang lain merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220927006137/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404

Sumber : Kioxia Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2022 MREM . All rights reserved.