ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 28, 2022 -Isnin

 
  UNDANG-UNDANG KESELAMATAN BAHARU, AKTA HUKUMAN KEMALANGAN BERAT, MENGUBAH INDUSTRI PEMBINAAN KOREA

Wednesday 28/09/2022



Table

Ekspo K-ConSafety mempamerkan penyelesaian keselamatan pintar terkini. (Foto: Business Wire)


LG U+, GSIL dan POSCO ICT mempamerkan penyelesaian keselamatan pintar di Ekspo K-ConSafety 2022 sebagai tindak balas kepada SAPA


GOYANG, Korea Selatan, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Baru-baru ini di Korea Selatan, keperluan bagi pengurusan keselamatan di seluruh tapak perindustrian telah meningkat dengan ketara berikutan penguatkuasaan Akta Hukuman Kemalangan Berat (SAPA). Memandangkan kemalangan maut di tapak perindustrian telah menjadi satu isu sosial yang utama, Perhimpunan Kebangsaan telah meluluskan SAPA yang berkuat kuasa mulai 27 Januari 2022. Walaupun SAPA tidak jauh berbeza dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang ditetapkan kerana kedua-dua Akta itu bertujuan  mencegah kemalangan serius sambil memastikan keselamatan pekerja, ia telah memperluaskan julat bagi bencana yang berkenaan ke tahap yang lebih besar dengan hukuman yang lebih dipertingkatkan kerana melanggari undang-undang itu. Jika punca satu kemalangan serius didapati disebabkan oleh kecuaian di dalam pengurusan keselamatan, SAPA mengenakan liabiliti jenayah terhadap pemilik perniagaan atau pegawai-pegawai pengurusan yang bertanggungjawab yang gagal memastikan keselamatan operasi perniagaan mereka. Tambahan pula, Akta itu mengenakan penalti kewangan kepada perniagaan atau institusi yang gagal menjalankan tugasan penyeliaan dan ganti rugi punitif sehingga lima kali ganda daripada ganti rugi sebenar.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220927005624/en/

Menurut statistik daripada Kementerian Pekerjaan dan Buruh, lebih separuh daripada kematian akibat kemalangan pada tahun 2021 adalah daripada industri pembinaan, dan jumlah yang cedera menyumbang lebih daripada 25% daripada jumlah keseluruhan. Selain itu, kematian di dalam industri pembinaan menyumbang kepada hampir separuh daripada 446 kematian pada separuh pertama tahun 2022.

Dengan satu lonjakan di dalam permintaan pasaran untuk mematuhi SAPA, pelbagai penyelesaian dan produk telah dikeluarkan untuk mengambil satu pendekatan proaktif bagi mencegah kemalangan dan kemalangan jiwa di tapak pembinaan. LG U+ memperkenalkan “Penyelesaian Keselamatan Pintar”, sebuah platform keselamatan pintar yang berasaskan Bluetooth dan pembelajaran mesin. Memandangkan LG U+ telah melabur secara konsisten di dalam membangunkan teknologi berinovatif dan memupuk pakar-pakar, syarikat itu mengeluarkan satu penyelesaian keselamatan bersepadu yang memanfaatkan sistem pemantauan termasuk peralatan keselamatan pintar U+ seperti U+ Abah-abah Keselamatan Pintar, Topi Keledar, Bikon dan Cangkuk dengan teknologi penderia IoT untuk mendapatkan suatu persekitaran kerja yang selamat bagi pekerja dan menghapuskan bahaya keselamatan di tapak perindustrian. GSIL, sebuah syarikat keselamatan pintar, telah melancarkan sebuah platform bersepadu keselamatan pintar “BE-IT” dengan teknologi perindustrian ke-4 seperti IoT, ICT dan AI, menyediakan satu penyelesaian untuk mengurus isu-isu keselamatan dan produktiviti melalui data keselamatan bersepadu di lapangan. Pada masa ini, aplikasi sistem dan rancangan kerjasama untuk penyelesaian GSIL sedang dibincangkan dengan Stadium F1 Kuwait, South Saad Al Abdullah Smart City, LA Metro Construction di Amerika Syarikat, Long Son di Vietnam dan lain-lain.

Ekspo K-ConSafety, yang akan diadakan di KINTEX di Goyang dari 19 hingga 21 Oktober, merupakan satu peluang yang baik untuk memenuhi produk dan penyelesaian terkini bagi syarikat-syarikat keselamatan pembinaan pintar untuk menguruskan keselamatan di tapak dan mencegah kemalangan serius. Selain LG U+ dan GSIL, POSCO ICT akan mengambil bahagian sebagai sebuah penaja rasmi. Untuk maklumat lanjut tentang Ekspo K-ConSafety, sila layari web rasmi (www.k-consafetyexpo.com).

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220927005624/en/

Hubungi

Naru Kang
KINTEX
+82-(0)31-995-8044
internationalbusiness@kintex.com

Sumber : KINTEX
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2022 MREM . All rights reserved.