ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 28, 2022 -Isnin

 
  AIST AKAN MENGADAKAN PERSIDANGAN RD20 KE-4 PADA 4 OKT DAN 6 OKT DI TOKYO UNTUK MENCAPAI KENEUTRALAN KARBON

Wednesday 28/09/2022

AsiaNet 97979

TOKYO, 28 Sept., 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Institut Kebangsaan bagi Sains Perindustrian dan Teknologi Termaju (selepas ini dirujuk sebagai "AIST") yang berpangkalan di Tokyo akan mengadakan satu persidangan antarabangsa, "RD20 ke-4," dari Selasa, 4 Oktober, sehingga Khamis, 6 Oktober, 2022, sebagai sebahagian daripada Minggu GX Tokyo yang dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri. Persidangan itu bertujuan untuk dengan pantas merealisasikan sebuah masyarakat neutral karbon melalui projek-projek usahasama antarabangsa seperti penjanaan tenaga solar dan hidrogen, dan penciptaan rancangan pembangunan sumber manusia.

Penyertaan dalam talian di dalam persidangan itu, termasuk tontonan atas permintaan, adalah tersedia.
Sebuah laman pendaftaran dibuka (https://rd20.aist.go.jp/rd20-4/registration/).

Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release
/M107265/202209206800/_prw_PI1fl_4qObCuC8.png


Imej:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release
/M107265/202209206800/_prw_PI2fl_L45Q0LAO.jpg


RD20 ke-4 terdiri daripada sesi berikut.
-Sesi Teknikal: Selasa, 4 Oktober, 2022, 9:30-18:20 (JST)
-Sesi Pemimpin: Khamis, 6 Oktober, 2022, 13:00-16:30 (JST)
 
Sesi Teknikal mempunyai tiga tema selari berikut.
Tema 1: Penilaian Kitaran Hayat Hidrogen (LCA) dan Analisis Ekonomi Tekno (TEA)
Tema 2: Penjanaan dan Penyepaduan Tenaga Boleh Diperbaharui
Tema 3: Pengurusan Karbon

Sesi Pemimpin terdiri daripada ucaptama dan perbincangan meja bulat.
Pengarah dan wakil daripada pelbagai institut penyelidikan akan membincangkan satu pelan tindakan untuk merealisasikan "Kenyataan Pemimpin" (https://rd20.aist.go.jp/rd20-3/) yang dikeluarkan dengan persetujuan setiap institut pada RD20 ke-3.

Laman Web Rasmi: https://rd20.aist.go.jp/

Pendaftaran: https://rd20.aist.go.jp/rd20-4/registration/

Gambaran Keseluruhan Persidangan:
Dilancarkan pada tahun 2019, RD20 ialah sebuah rangka kerja untuk penyelidikan dan pembangunan antarabangsa yang bertujuan mengukuhkan kerjasama antarabangsa dan menggalakkan inovasi oleh institut-institut penyelidikan terkemuka di negara dan wilayah G20 yang membangunkan teknologi termaju di dunia bagi mencapai keneutralan karbon.
RD20 memberi peluang kepada peserta untuk bertukar-tukar aktiviti dan pengalaman R&D. Ia juga berfungsi untuk memperdalam dan membangunkan perkongsian baharu di kalangan pihak berkepentingan industri, akademik dan kerajaan yang berkaitan.

Hos bersama:
Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi (MEXT); Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI); Kementerian Alam Sekitar; Pertubuhan Pembangunan Teknologi Perindustrian dan Tenaga Baharu (NEDO)
 
Maklumat mengenai Minggu GX Tokyo:
https://www.meti.go.jp/english/press/2022/0801_001.html

Laman Web Rasmi AIST: https://www.aist.go.jp/index_en.html
 
Sumber: Institut Kebangsaan bagi Sains Perindustrian dan Teknologi Termaju

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2022 MREM . All rights reserved.