ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 28, 2022 -Isnin

 
  EKSPO GLOBAL TAHUNAN MEMPERKASAKAN EKONOMI DIGITAL WILAYAH HEBEI DI UTARA CHINA

Thursday 15/09/2022

AsiaNet 97837

SHIJIAZHUANG, China, 15 Sept., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Ekspo Ekonomi Digital Antarabangsa China 2022 dijadual diadakan di Shijiazhuang, ibu kota bagi Wilayah Hebei di utara China pada pertengahan November. Persidangan ini akan menyediakan pempamer dengan sebuah platform pameran bertaraf tinggi dan berstandard tinggi serta perkhidmatan rangkaian lengkap seperti paparan pencapaian, pelancaran baharu, rangkaian dan pemadanan, ucapan pada forum, publisiti media dan perkhidmatan reruai, menurut Jabatan Industri dan Teknologi Maklumat bagi Wilayah Hebei.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Hebei telah melihat Ekspo Ekonomi Digital Antarabangsa China sebagai sebuah platform penting untuk menggalakkan perindustrian digital dan pendigitalan industri, memudahkan penyepaduan mendalam bagi ekonomi digital dan ekonomi sebenar, dan menggalakkan pembangunan ekonomi yang mantap dan berkualiti tinggi.

Ekspo itu telah diadakan di Shijiazhuang, masing-masing pada Oktober 2019 dan September 2021, yang membawa dorongan baharu kepada ekonomi digital, ekonomi pameran dan industri berkaitan di Hebei.

Pada ekspo tahun lalu, lebih daripada 180 projek telah ditandatangani dengan jumlah pelaburan lebih daripada 120 bilion yuan. Keghairahan pelaburan oleh pemain pasaran memberi inspirasi kepada imaginasi rakyat tentang potensi pertumbuhan bagi ekonomi digital. Ramai pakar industri mengadakan dialog sepanjang 30 acara yang diadakan dalam tempoh tiga hari, menjanakan idea baharu yang menyegarkan pemahaman orang ramai tentang pembangunan ekonomi digital.

Ekspo Ekonomi Digital Antarabangsa China telah memberikan dorongan kuat bagi  pembangunan pesat dan berkualiti tinggi bagi ekonomi digital Hebei.

Pada tahun 2020, indeks pendigitalan perindustrian Hebei menduduki tempat ke-10 di negara itu, dengan perusahaan di dalam bidang keluli, kereta, petrokimia dan bidang lain bergegas ke arah transformasi digital.

Internet perindustrian wilayah itu membantu memacukan indeks pertumbuhan ekonomi mereka untuk mencapai 73.5 pada tahun 2020, jauh lebih tinggi daripada purata kebangsaan 48.8. Kadar aplikasi bagi platform pengkomputeran awan industri meningkat sebanyak 10.5 peratus, dan kadar pengkomputeran awan bagi peralatan industri perusahaan ialah 15.94 peratus, untuk menduduki tempat kedua di negara itu.
 
Sumber: Jabatan Industri dan Teknologi Maklumat bagi Wilayah Hebei

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2022 MREM . All rights reserved.