ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 28, 2022 -Isnin

 
  100 SEBAB UNTUK MENCINTAI BEIJING: WARGA SIBER GLOBAL DIJEMPUT UNTUK MEMBUAT VIDEO MENGENAI BEIJING

Thursday 15/09/2022

AsiaNet 97815

Table

Pertandingan Video Ketiga mengenai “100 Sebab Untuk Mencintai Beijing” telah dilancarkan pada 8 September, 2022.


BEIJING, 15 Sept., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Pertandingan Video Ketiga mengenai “100 Sebab Untuk Mencintai Beijing” telah dilancarkan pada 8 September, 2022. Ditaja oleh Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Beijing dan dianjurkan oleh Pusat Berita dan Maklumat, Agensi Berita Xinhua, peraduan itu direka untuk menarik pengguna Internet dari seluruh dunia untuk berkongsi tanggapan mereka mengenai Beijing dengan video pendek atau kata-kata emas.

Xu Hejian, pengarah bagi Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Beijing, berkata dalam ucapan beliau Pertandingan Video Pendek “100 Sebab Untuk Mencintai Beijing” itu, sebuah acara jangkauan kebudayaan yang dimulakan oleh Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Beijing, telah berjaya diadakan sebanyak dua kali. Ia menarik penyertaan lebih 3,000 rakan asing dari lebih 100 buah negara dan wilayah, dan memperoleh hampir 5,000 hasil karya secara agregat, yang mana banyak video yang sangat baik telah dipilih. Edisi 2022 bagi pertandingan itu yang bertemakan “How YOUNG Beijing Is” terus memperolehi video pendek dari kalangan warga asing yang sukakan Beijing. Pertandingan itu bertujuan untuk bertindak sebagai sebuah platform bagi orang ramai untuk bertukar-tukar perasaan mereka mengenai Beijing.

“Persahabatan, yang terhasil daripada perhubungan rapat di antara orang ramai, adalah kunci kepada perhubungan negara ke negara yang kukuh,” Ma Jianguo, timbalan pengarah bagi Pusat Berita dan Maklumat, Agensi Berita Xinhua, berkata “100 Sebab Untuk Mencintai Beijing” itu adalah sebuah aktiviti untuk membawa orang ramai dari seluruh dunia berhubungan, dan bagi membolehkan orang ramai di seluruh dunia memahami Beijing dengan lebih baik. “Menjelang penganjuran acara itu, ramai rakan asing menghantar video kepada cawangan-cawangan Agensi Berita Xinhua di luar negara, untuk memaklumkan bagaimana dan mengapa mereka mencintai Beijing”.

Beijing adalah sebuah ibu kota purba, yang menjadi saksi kepada lebih daripada 3,000 tahun jatuh bangun sejarah; Beijing juga merupakan sebuah bandar raya moden, penuh bertenaga, dan menyaksikan perubahan pada setiap hari. Sejak akhir Dinasti Ming, Beijing telah menarik rakan-rakan dari seluruh dunia. Orang suka Beijing atas sebab yang berbeza. Ada yang mencintai pemandangan indah Beijing, sebahagiannya pula suka makanan Beijing, sebahagian lagi mengenai vitaliti untuk memulakan perniagaan, dan sebahagian pula mengenai kepelbagaian kebudayaan Beijing.

Peraduan itu mengalu-alukan penyertaan daripada warga siber dari seluruh dunia, termasuk rakan antarabangsa yang menetap di Beijing, pernah ke Beijing, atau mempunyai minat di Beijing. Sesiapa yang berminat boleh menghantar e-mel karya mereka ke lovebeijing2022 @163.com, dan boleh bercakap mengenai tajuk “100 Sebab Untuk Mencintai Beijing" di Weibo.

Beijing menjemput warga siber global untuk berkongsi cerita-cerita itu.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Beijing

Pautan Lampiran Imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=429307

Kapsyen: Pertandingan Video Ketiga mengenai “100 Sebab Untuk Mencintai Beijing” telah dilancarkan pada 8 September, 2022.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2022 MREM . All rights reserved.