ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  QIANHAI DI SHENZHEN MEMBUKA PERKHIDMATAN GUAMAN MEREKA KEPADA SEBUAH DUNIA YANG LEBIH LUAS DENGAN MEMECAHKAN HALANGAN INSTITUSI

Wednesday 14/09/2022



SHENZHEN, China, 14 Sept., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada September lalu, kerajaan China telah melancarkan Rancangan untuk Mendalami Pembaharuan dan Pembukaan Secara Komprehensif Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong (“Rancangan Qianhai”). Jumlah kawasan bagi zon kerjasama Qianhai itu, menurut Pelan itu, ditetapkan untuk berkembang dari 14.92 kilometer persegi kepada 120.56 kilometer persegi untuk membina sebuah hab bagi tahap keterbukaan yang lebih tinggi, termasuk dari segi undang-undang.

Tiga daripada 21 orang peguam Hong Kong dan Macau yang diberi lesen peguam di Shenzhen baru-baru ini, datang ke Qianhai. Ia mewakili sebuah institusi inovasi di dalam perkhidmatan guaman China, dan usaha baharu Qianhai untuk menghapuskan halangan di dalam bidang ini.

Wu Jiansheng, ketua publisiti bagi Persekutuan Perkhidmatan Guaman Belt and Road  Qianhai berkata, “Satu perkhidmatan guaman yang berkaitan adalah penting untuk penyepaduan Hong Kong ke dalam pembangunan Kawasan Greater Bay (GBA). Ramai peguam Hong Kong dilesenkan untuk mengamalkan perkhidmatan guaman di seluruh dunia, dan mereka akan menjadi satu kuasa penting di GBA untuk mempromosikan Inisiatif Belt and Road.”

Bagi membolehkan peguam Hong Kong mendapatkan akses yang lebih mudah ke tanah besar, Persekutuan itu telah menganjurkan pelbagai dialog di antara badan-badan kerajaan Hong Kong dan Qianhai untuk satu perkhidmatan dan sokongan dasar yang berterusan, daripada keperluan hidup sehingga kepada bantuan prosedur. “Persekutuan itu mewujudkan sebuah zon kerjasama Shenzhen-Hong Kong yang mendalam bagi perkhidmatan guaman dan pusat-pusat antarabangsa untuk kerjasama perkhidmatan guaman dan pengantaraan komersial,” kata Wu. Beberapa peguam dari Hong Kong berkata platform tersebut menawarkan peluang bagi satu pembangunan profesional di Qianhai dan juga di GBA.

William Ng, seorang peguam yang lahir dan dibesarkan di Hong Kong dan baru-baru ini memperoleh lesen untuk menjalankan perkhidmatan guaman di GBA, berkata beliau memilih untuk satu kerjaya profesional di Qianhai kerana kedudukannya yang dekat dengan Hong Kong, “tetapi di atas semua itu, Qianhai telah menikmati perkembangan yang mantap untuk beberapa tahun kebelakangan ini.”

“Perkhidmatan guaman Qianhai kini telah berkembang ‘sangat popular’,” kata Wei Lin, Rakan Pengurusan di PC Woo & Zhonglun WD LLP, sebuah firma guaman yang berpangkalan di Qianhai, dalam satu temu bual. “Semakin ramai individu dan institusi menyediakan perkhidmatan guaman, termasuk mereka dari Hong Kong, telah tertarik ke Qianhai. Dan saya mendapati bahawa banyak lagi firma guaman telah muncul sejak kami melancarkan perniagaan kami di Pusat Qianhai Kerry pada tahun 2021,” kata beliau.

Mula beroperasi pada Januari ini, Daerah Perkhidmatan Guaman Antarabangsa Qianhai Shenzhen-Hong Kong kini menempatkan 122 institusi guaman, termasuk Pusat Perlindungan Harta Intelek China (Shenzhen). Daripada 15 firma guaman yang dikendalikan bersama oleh peguam dari Guangdong, Hong Kong dan Macau, tujuh ditubuhkan di Qianhai. Pada Mei ini, pihak berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong telah mengeluarkan langkah-langkah sementara untuk membawa perkhidmatan guaman mewah ke Daerah Perkhidmatan Guaman Antarabangsa, untuk menarik institusi guaman dan peguam berbakat dari Hong Kong dan Macau.    

“Beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan satu peningkatan di dalam perkhidmatan yang berkaitan asing dan satu kemasukan peguam berbilang bahasa dengan latar belakang di dalam hal ehwal undang-undang. Secara keseluruhan, kami optimistik mengenai kemunculan Qianhai sebagai sebuah hab perkhidmatan guaman bertaraf dunia,” kata Lin.    
 
Sumber: Pihak Berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.