ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  FORUM KERJASAMA ANTARABANGSA BEIJING DAN FORUM CBD 2022 DILANCARKAN

Tuesday 13/09/2022

AsiaNet 97783

Table

Forum Kerjasama Antarabangsa Beijing dan Forum CBD 2022 dilancarkan.


BEIJING, 13 Sept., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada pagi 6 September, Forum Kerjasama Antarabangsa Beijing dan Forum CBD, forum utama bagi Musim Perniagaan Antarabangsa CBD Beijing 2022, telah dilancarkan.   
 
Kerajaan Daerah Chaoyang telah menandatangani satu perjanjian kerjasama strategik dengan Pusat Kerjasama Antarabangsa bagi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan. Di masa hadapan, kedua-dua pihak akan menggalakkan pengumpulan lebih banyak sumber antarabangsa di CBD, memudahkan perusahaan untuk melaksanakan strategi “bersifat global” dan “membawa masuk”, dan menjalankan satu siri projek perintis di dalam menerapkan senario penggunaan baharu, kewangan hijau dan penggunaan hijau.   

Festival Perniagaan Antarabangsa CBD Beijing (dahulunya dikenali sebagai Festival Perniagaan CBD Beijing) telah berjaya diadakan sebanyak 22 kali dan ia merupakan satu daripada aktiviti perniagaan paling penting di Beijing. Pada masa ini, CBD Beijing sedang mempercepatkan rentak untuk mengumpulkan produk baharu pengguna, jenama baharu dan bentuk perniagaan baharu, dalam usaha untuk mewujudkan sebuah bulatan perniagaan bertaraf dunia yang bernilai ratusan bilion yuan.   

Pada tahun 2021, lebih daripada 400 kedai pertama telah dilancarkan di CBD Beijing, yang menjadikan kawasan itu paling atas di bandar raya itu dalam hal ini; dan lebih daripada satu pertiga daripada semua jenama antarabangsa telah berada di kawasan itu. Di antara keseluruhan 34 restoran Michelin di Beijing, 34 terletak di CBD, yang menyumbang hampir 60% daripada jumlah keseluruhan. Selain itu, CBD Beijing adalah tempat kepada lebih daripada 60% daripada semua restoran Black Pearl dan hampir 50% daripada semua kafe di bandar raya itu dan kawasan itu mempunyai penumpuan paling tinggi bagi elemen antarabangsa di bandar raya itu.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan CBD Beijing, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, CBD Beijing, dengan mengambil kesempatan daripada dasar-dasar yang menggalakkan, telah melancarkan platform perkhidmatan perniagaan antarabangsa CBD Beijing, platform perkhidmatan digital perdagangan rentas sempadan, platform perkhidmatan risiko perdagangan rentas sempadan, platform perkhidmatan derivatif pertukaran asing, Pusat Penyelesaian Pertikaian Komersial Antarabangsa Beijing, Pusat Lelongan dan Perdagangan Seni Antarabangsa Beijing, dan Pusat Khidmat Inovasi B&R - RCEP. Selain itu, platform berkembar digital peringkat bandar raya L4 berketepatan tinggi yang pertama di China telah dibina, dengan menampilkan Bilik Persidangan Maya Digital CBD dan Pusat Awan Inovasi dan Keusahawanan.

Dengan bertemakan “Menyepadukan secara mendalam ke dalam kerjasama global dan meningkatkan vitaliti pembukaan bandar raya itu”, forum itu memberi tumpuan kepada pembangunan CBD dalam konteks globalisasi, memanfaatkan sepenuhnya kekuatan CBD Beijing di dalam mengumpulkan sumber-sumber mewah antarabangsa, dan menggalakkan pembangunan bersepadu bagi pelbagai faktor antarabangsa, dengan satu pandangan untuk meningkatkan keterbukaan dan vitaliti bagi CBD Beijing.   

Di bawah bimbingan Pusat Kerjasama Antarabangsa bagi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan dan Persatuan Diplomasi Awam China, Forum itu telah dianjurkan bersama oleh Kerajaan Rakyat Daerah Chaoyang bagi Perbandaran Beijing, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Perbandaran Beijing dan Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Beijing. Forum itu mendapat sokongan daripada platform kebangsaan dan organisasi antarabangsa seperti Kelab Inovasi Daerah Perniagaan Global dan China CBD Alliance.
 
Sumber: Jawatankuasa Pengurusan CBD Beijing
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=429181

   Kapsyen: Forum Kerjasama Antarabangsa Beijing dan Forum CBD 2022 dilancarkan.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.