KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2022 secara dalam talian (webinar). Pendaftaran bagi menyertai seminar ini telah dibuka dan orang ramai khususnya pengamal percukaian serta pembayar cukai adalah digalakkan untuk mendaftar melalui portal
https://spk.hasil.gov.my .
SPK merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh HASiL yang mana antara objektif penganjuran seminar ini adalah untuk menyampaikan pelbagai maklumat terkini dan memberikan pemahaman yang lebih jelas berkaitan dengan sebarang pindaan dalam semua akta yang ditadbir oleh HASiL lanjutan pembentangan Belanjawan 2023 oleh Menteri Kewangan pada bulan Oktober akan datang.
Pada tahun ini SPK akan dilaksanakan sebanyak
dua sesi seperti yang berikut:
SPK 2022 juga akan membariskan para penceramah berpengalaman yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan HASiL dan juga ahli panel professional serta tokoh-tokoh ekonomi bagi mengupas lanjut mengenai
dua topik utama iaitu
“Cadangan Bajet 2023” dan
“Tadbir Urus Korporat Cukai – Perspektif HASiL”.
Bagi memudahkan urusan pendaftaran seminar, HASiL telah menyediakan
dua kaedah pembayaran yuran seminar iaitu melalui
kaedah Financial Process Exchange (FPX) dan bayaran secara kad debit/ kredit. Orang ramai boleh menghubungi pihak urus setia SPK 2022 melalui
e-mel spkhasil@hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan seminar ini.
Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada HASiL melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ Dikeluarkan Oleh:Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh: 02 September 2022
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaCustomer Care Officer: 019-651 1100
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
--BERNAMA