ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PELUANG AKHIR MENANG RM1,000,000 KEMPEN SURIA BANK MUAMALAT

Friday 01/07/2022



Kempen berakhir pada 31 Julai 2022

 
PULAU PINANG, 1 Julai (Bernama) -- Pelabur Akaun Pelaburan Mudarabah Tidak Terhad (SURIA) Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) masih mempunyai peluang terakhir bergelar jutawan bagi meraih hadiah wang tunai bernilai RM1,000,000.00 menjelang 31 Julai, 2022. Kempen SURIA yang dilancarkan tahun lalu itu berlangsung untuk tempoh setahun bermula 1 Ogos 2021, dan akan berakhir pada 31 Julai 2022. Sejumlah lebih RM2.8 juta nilai hadiah ditawarkan sepanjang kempen SURIA berlangsung.
 
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Khairul Kamarudin,  kempen SURIA selaras dengan komitmen Bank Muamalat untuk memupuk tabiat melabur dalam kalangan masyarakat untuk mencipta sumber pendapatan pasif, selain melindungi diri mereka sekiranya berlaku sebarang kecemasan kewangan. Ia juga membolehkan pelabur menikmati ganjaran menarik bagi memenuhi keperluan mereka.
 
“Akaun SURIA menggalakkan pelanggan bank untuk melabur dan pada masa yang sama membolehkan mereka memenangi pelbagai hadiah menarik. Ini adalah cara kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan baharu dan setia kami sebagai penghargaan kepada mereka,” tambah Khairul.
 
Dalam tempoh 11 bulan lalu, seramai 1,092 pemenang telah diumumkan. Ini meragkumi kategori Emas, iaitu hadiah suku tahunan berupa tiga buah kereta premium popular (Honda CR-V, Honda Civic dan Proton X50); hadiah wang tunai juga ditawarkan untuk Cabutan Bulanan peringkat kebangsaan (Kategori Klasik) dan cawangan (Kategori Ekstra) serta kategori Khas Pesara. Kategori akhir adalah e-Cabutan untuk mereka yang melabur dalam SURIA melalui Perbankan Internet i-Muamalat dan Platform Aplikasi Muamalat (MAP).
 
Untuk bulan terakhir Kempen SURIA, Bank Muamalat menawarkan 101 hadiah menarik khusus untuk bulan Julai. Antaranya Hadiah Utama kategori Platinum iaitu tunai RM1,000,000, hadiah suku tahunan sebuah kereta Audi Q2 2021 bagi kategori Emas, hadiah wang tunai RM10,000 & RM5,000 masing-masing seorang pemenang bagi kategori Klasik dan wang tunai RM1,000 kepada 67 pemenang peringkat cawangan bagi kategori Ekstra.
 
Dalam pada itu, seramai 25 orang pesara juga bakal diumumkan sebagai pemenang untuk hadiah wang tunai berjumlah RM500 bagi kategori Khas di peringkat wilayah. Akhir sekali adalah hadiah berupa sebuah iPad untuk seorang pemenang bagi setiap lima wilayah.
 
Akaun SURIA terbuka kepada semua pelanggan baharu SURIA berumur 18 tahun ke atas, dan pelanggan sedia ada yang menukar akaun simpanan mereka kepada akaun SURIA. Selain menikmati ciri yang sama seperti Akaun Simpanan, pemegang akaun pelaburan SURIA juga layak secara automatik untuk penyertaan cabutan berganda dengan mengekalkan pelaburan minimum RM100 dalam akaun SURIA sepanjang tempoh kempen. Pelanggan sedia ada dan baharu boleh membuat pelaburan akaun SURIA menerusi kaunter cawangan Bank Muamalat, mesin juruwang automatik (ATM) dan Perbankan Internet i-Muamalat.
 
Majlis penyerahan hadiah Kempen SURIA bagi kategori Emas diadakan di cawangan Bank Muamalat Bayan Baru, Pulau Pinang hari ini. Bank Muamalat turut meraikan pemenang Cabutan Suku Tahunan kedua (bulan Januari 2022), Puan Yogeshwari Vinayagam, seorang guru dari Pulau Pinang yang memenangi hadiah sebuah kereta Honda CR-V. Hadiah disampaikan oleh Ketua Deposit Runcit Bank Muamalat, Asri Musadad Zulkifli. Pada majlis yang sama, senarai pemenang Kempen SURIA bagi bulan April 2022, turut diumumkan.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai akaun SURIA, sila layari  www.muamalat.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500.  


SUMBER : Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mathini Raman
Tel : +6013 215 1922
E-mel : mathini.raman@muamalat.com.my  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.