ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PURE HARVEST SMART FARMS MEMPEROLEH USD $180.5 JUTA DARIPADA PELABUR GLOBAL UNTUK MEMBIAYAI PENGEMBANGAN

Friday 01/07/2022



• Pembiayaan membawa jumlah modal yang dikumpul setakat ini kepada $387.1 juta, mengukuhkan kedudukan syarikat itu di kalangan syarikat permulaan yang mendapat pembiayaan terbaik di rantau MEASA.
 
• Pelan pertumbuhan bercita-cita tinggi termasuk ladang pintar hibrid berteknologi tinggi merentasi GCC dan Asia.
 
• Satu pangkalan pelabur global yang pelbagai menyokong misi Pure Harvest untuk mendemokrasikan akses kepada buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang berkualiti tinggi, yang ditanam secara mapan.


ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 1 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pure Harvest Smart Farms (Pure Harvest), sebuah perniagaan pertanian berdayakan teknologi mapan yang terkemuka di dunia yang beribu pejabat di Emiriah Arab Bersatu, telah mengumpulkan USD $180.5 juta dalam pusingan pembiayaan pertumbuhan terbaharu mereka. Pembiayaan itu telah disalurkan oleh sebuah konsortium yang terdiri daripada pelabur global utama, termasuk Metric Capital Partners, United Kingdom, IMM Investment Corp, Korea, dan Kumpulan Olayan, Arab Saudi, yang disertai oleh beberapa pelabur dan pengurusan sedia ada. Syarikat itu akan menggunakan modal tersebut, bersama-sama dengan pelbagai bentuk pembiayaan hutang, untuk melabur di dalam penyelidikan dan pembangunan, bagi mengembangkan kehadiran mereka merentasi GCC, dan untuk membuka pasaran baharu di Asia.

Ini mewakili pembiayaan boleh tukar terbesar yang pernah ada di rantau MEASA. Pusingan pembiayaan itu telah terlebih langgan, dan beberapa pelabur strategik masih dalam perbincangan untuk meningkatkan lagi pembiayaan, sekali gus menekankan minat pelabur institusi yang kukuh untuk Pure Harvest. Modal pertumbuhan itu mengukuhkan peranan Pure Harvest sebagai juara rantau MEASA di dalam ekosistem pertanian berteknologi tinggi global yang pesat membangun.

Sky Kurtz, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif di Pure Harvest Smart Farms, berkata: “Kami berasa rendah diri dengan pelaburan ini daripada sebuah kumpulan pelabur global yang dihormati, yang menyokong misi kami: untuk memanfaatkan keajaiban sains, kuasa alam semula jadi dan keghairahan orang ramai untuk menyediakan hasil segar yang lazat, berpatutan, yang ditanam secara mapan di mana-mana sahaja. Di Pure Harvest kami telah menunjukkan bahawa kami boleh menggunakan penyelesaian pertanian berteknologi tinggi kami dengan pasti di seluruh GCC. Kini tiba masanya untuk memasuki pasaran baharu yang berkongsi cabaran serupa dengan kami – populasi yang berkembang pesat, pergantungan kepada import bermusim dan satu kesedaran tentang kesan melumpuhkan yang dicetuskan oleh krisis jangka pendek (cth. COVID-19, konflik Rusia-Ukraine), dan perubahan iklim, yang menjejaskan sistem makanan global kita. Masa depan pertanian ada di sini… kini, kami mempunyai sumber untuk membawa penyelesaian kami kepada dunia.”

Metric Capital Partners, pelabur ekuiti persendirian pan-Eropah yang beribu pejabat di London yang menyediakan penyelesaian modal kepada syarikat bersaiz sederhana merentasi pelbagai industri, merupakan sebuah pelabur peneraju bersama. Bjørn Tessiore, Rakan di Metric Capital Partners berkata: “Kami berbesar hati untuk menyokong pertumbuhan berterusan Pure Harvest. Jelas sekali bahawa pertanian persekitaran yang terkawal menjadi semakin penting sebagai satu penyelesaian kepada isu keselamatan makanan sambil turut mengurangkan kesan alam sekitar bagi pengeluaran makanan. Kami percaya Pure Harvest berada pada kedudukan yang sangat baik untuk berkembang maju di dalam pasaran yang semakin berkembang ini dengan didorong oleh pasukan mereka yang cemerlang, pendekatan berinovatif dan rekod prestasi yang terbukti di dalam membina dan beroperasi secara berskala di sebuah rantau yang bercirikan keadaan iklim yang sukar untuk pertanian.”

Mengulas untuk IMM Investment Corp, firma pelaburan alternatif terkemuka di Korea, yang mengumumkan satu pelaburan awal sebanyak USD $50 juta dalam Pure Harvest pada Oktober, Hyun-Chan Cho, Rakan di IMM mengulas: “Disebabkan oleh pelaburan kami yang telah lama wujud dan berjaya di dalam Farm8 (PlanTFarm), kami tahu mengenai ruang CEA itu dengan baik. Dengan Pure Harvest, kami melihat satu penyelesaian pelengkap yang membolehkan kami menggandakan terhadap satu tesis pelaburan yang kami terus yakini, dan yang secara nyata menyumbang kepada keselamatan makanan global, pemuliharaan air, kepelbagaian ekonomi dan objektif kemapanan. Kami bangga kerana dapat menyokong Pure Harvest secara aktif kerana ia membawa penyelesaian mereka kepada pasaran Asia.”

Olayan Financing Company, sebuah syarikat Saudi yang memegang dan menguruskan aset Timur Tengah bagi Kumpulan Olayan, merupakan satu lagi pelabur utama di dalam pusingan pengumpulan dana ini. Seorang jurucakap bagi syarikat itu, membincangkan mengenai pelaburan mereka baru-baru ini: “Ciri-ciri Pure Harvest adalah sejajar rapat dengan kami: mereka melihat satu krisis keselamatan makanan global yang akan berlaku dan telah mengambil langkah penting untuk menyelesaikannya. Cabaran iklim dan air yang diatasi oleh Pure Harvest adalah penting kepada ekonomi global. Pure Harvest telah membuktikan keupayaan mereka untuk menyampaikan produk yang sangat berkualiti tinggi, selamat, mapan pada harga yang berpatutan, dan mereka telah menunjukkan sifat keterbukaan untuk bekerjasama dengan pihak lain bagi mencapai misi mereka. Saya percaya pembiayaan ini akan membolehkan mereka untuk mengeluarkan potensi yang signifikan, dan bagi  memenuhi permintaan makanan yang semakin meningkat di banyak pasaran baharu. Kami gembira kerana dapat menyertai syarikat itu pada saat kritikal ini di dalam perjalanan mereka, beralih daripada sebuah pemimpin serantau kepada yang bersifat global.”

Pusingan terbaharu bagi pengumpulan dana ini mengukuhkan kedudukan kepimpinan Pure Harvest sebagai perintis di dalam CEA dalam iklim yang teruk. Pengumpulan dana ini, bersama-sama dengan insentif penyelidikan dan pembangunan yang besar yang diperoleh daripada Pejabat Pelaburan Abu Dhabi pada tahun 2020, akan membolehkan Pure Harvest untuk mempercepatkan pelan pertumbuhan mereka, dengan menggunakan sistem yang semakin berkembang di dalam pasaran baharu dan meningkatkan pelaburan penyelidikan dan pembangunan. Syarikat itu juga sedang menyiasat beberapa inisiatif pertumbuhan baharu, termasuk perluasan produk dan penyelesaian CEA yang cekap air untuk pengeluaran makanan ternakan.

Citigroup berkhidmat sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada Pure Harvest.

Pengumuman ini bukan untuk penerbitan atau pengedaran, secara langsung atau tidak langsung, di dalam atau ke Amerika Syarikat. Pengumuman ini bukan merupakan satu tawaran sekuriti untuk dijual di Amerika Syarikat. Sekuriti yang dirujuk di sini belum dan tidak akan didaftarkan di bawah Akta Sekuriti Amerika Syarikat 1933, seperti yang dipinda, dan tidak boleh ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat, kecuali menurut satu pengecualian yang berkenaan daripada pendaftaran. Tiada penawaran awam bagi sekuriti sedang dibuat di Amerika Syarikat.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220630005406/en/

Hubungi

Pertanyaan Media
David Caldwell
pureharvest@cw8-communications.com

Sumber : Pure Harvest
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.