ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  NAK EMAS? SERTAI PERADUAN 'I NUT EMAS' JULIE'S DAN REBUT PELUANG UNTUK MENANGI 100G EMAS & HADIAH-HADIAH BERNILAI SEJUMLAH RM100,000!

Friday 01/07/2022



KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Diasaskan di Melaka pada tahun 1985, Julie's adalah jenama biskut tempatan yang dikenali ramai di mana reputasi produknya yang menggunakan resipi warisan dan bahan berkualiti. Orang ramai kini dapat menikmati pelbagai jenis biskut di bawah jenama Julie’s di serata dunia. Ini termasuklah penggemar Biskut Sandwic Mentega Kacang yang klasik dan digemari ramai dari dulu sehingga hari ini.
 
Biskut Sandwic Mentega Kacang Julie’s yang asli dan tulen mempunyai kombinasi unik rasa manis dan masin. Inti mentega kacang biskut ini yang lemak berkrim dan semerbak baunya ini begitu sesuai digandingkan dengan biskut keemasan yang sedikit masin. Ia begitu enak sekali untuk dijadikan sebagai biskut celup atau dimakan dengan begitu saja.
 
Rebut Peluang dan Sertai Peraduan ‘I NUT EMAS’ Julie’s!
Untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-38, Julie’s bangga membawakan peraduan ‘I NUT EMAS’ di mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang jumlah keseluruhannya bernilai RM100,000, termasuk Hadiah Utama emas 100g bernilai RM30,000.
 
Peraduan ‘I NUT EMAS’ Julie’s yang berinspirasikan bentuk dan penampilan Biskut Sandwic Mentega Kacang yang seakan emas ini adalah mainan kata yang berbunyi seakan ‘Saya Nak Emas’. Ini adalah cara yang menarik bagi jenama ini untuk menggandingkan perkataan ‘nut’ dari ‘peanut’ (‘kacang’ dalam Bahasa Inggeris) dan ‘nak’ dalam Bahasa Malaysia, di dalam slogan yang dapat dihayati oleh semua rakyat Malaysia.
 
Bagaimanakah untuk Menyertainya?
1. Mulai 1 Julai 2022 hingga 15 Ogos 2022, beli pek Biskut Sandwic Mentega Kacang Julie’s pada sebarang saiz yang bernilai RM5.00 dan ke atas dalam satu resit.
2. Ambil gambar resit yang jelas. Pastikan nama kedai, tarikh resit, nombor resit, dan produk yang dibeli dapat dilihat dengan jelas dalam foto tersebut.
3. Imbas kod QR yang terpapar di tempat jualan (contohnya poster), atau layari http://juliesinutemas.com/ untuk menghantar foto resit.
4. Jangan lupa simpan resit yang asal kerana ia akan diperlukan untuk pengesahan pemenang!
 
Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negara mulai 1 Julai 2022 hingga 15 Ogos 2022. Biskut Sandwic Mentega Kacang Julie’s boleh didapati di mana-mana laman e-dagang atau cawangan runcit yang menyediakan resit yang sah sebagai bukti pembelian.
 
Hadiah-hadiah* bagi peraduan ini adalah –

Table

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai peraduan ‘I NUT EMAS’ Julie’s di https://www.julies.com.my/julies-i-nut-emas-tnc/
 
Ikutilah perkembangan jenama ini di saluran media sosial rasminya di Facebook dan Instagram @JuliesBiscuits.

Mengenai Julie’s Biscuits
Julie's adalah jenama biskut pemenang anugerah yang dijual antarabangsa di 80 negara di seluruh Asia, Australia, dan New Zealand. Ditubuhkan di Melaka, Malaysia dan dipasarkan sebagai Julie’s sejak 1985, jenama ini telah menjalani kempen penjenamaan semula tonggaknya pada tahun 2020. Julie, ikon yang berambut perang asli, telah diperbaharui untuk menarik minat pengguna masa kini. Julie kini menggayakan rambut ‘bob’ yang lebih pendek, cekak rambut berwarna merah dan biru dan melihat ke hadapan penuh dengan keyakinan, mencipta semula tarikannya dengan pengguna generasi baru. Untuk maklumat lanjut mengenai Julie's Biscuits, layari https://bit.ly/3Owdn7X.

Diedarkan melalui Plus Studio Sdn Bhd.

Sumber: Junzi Communications

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Peggy Cheah
E-mel: peggycheah@thejunzi.com

Nama: Wong Wai Quan
E-mel: waiquan@thejunzi.com 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.