ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PEMBELAJARAN MURID SEKOLAH KEBANGSAAN MABUL DIPERKASA MENERUSI PROGRAM HASIL KASIH PRIHATIN 2022

Friday 01/07/2022



SEMPORNA, 1 Julai (Bernama) -- Pembelajaran murid Sekolah Kebangsaan Mabul diperkasakan menerusi Program HASiL Kasih Prihatin 2022 anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).
 
Program yang digerakkan oleh Pejabat Pengarah Negeri Sabah (PPNS) dengan kerjasama Kor Penyelaras Pasukan Beruniform (KPPU) dan Kelab Penyelam HASiL (HASiL Divers) ini dilaksanakan sebagai menjunjung prinsip kemakmuran negara sewajar dinikmati bersama.
 
Dalam program tersebut sumbangan berupa dua unit komputer riba, seunit mesin cetak, seunit projektor, seunit papan tanda baharu nama sekolah, dua unit kipas industri dan 10 kotak kertas A4 telah diserahkan sebagai usaha untuk membantu menaik taraf kemudahan pembelajaran di sekolah berkenaan. Turut disumbangkan oleh HASiL ialah 250 unit beg sekolah baharu dan 300 pek makanan untuk dimanfaatkan oleh semua murid dan guru di sekolah tersebut.
 
Perasmian program dan penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Nizom bin Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL. Dalam ucapan perasmiannya, beliau memaklumkan bahawa program CSR HASiL pada kali ini menumpukan kepada tiga aktiviti utama iaitu:
 
i.   CSR Marin yang memberi fokus kepada kelestarian hidupan laut;
ii.  CSR Komuniti yang menyasarkan kesejahteraan komuniti setempat; dan
iii. CSR SK Mabul yang berorientasikan pembangunan pembelajaran murid.
 
Program ini juga membuktikan bahawa peranan dan tanggungjawab Keluarga HASiL tidak hanya terhad kepada mentadbir cukai langsung semata-mata, sebaliknya HASiL turut berperanan membantu masyarakat menerusi program kesedaran dan pendidikan sekali gus mampu memberi kesan kepada peningkatan pematuhan cukai secara sukarela di negara ini.
 
Tambah beliau lagi, pelaksanaan serta penganjuran berterusan program seperti ini merupakan tanda sokongan padu HASiL kepada pembangunan modal insan termasuklah kepada masyarakat luar bandar dan ia juga merupakan salah satu pendekatan strategik HASiL dalam mendekatkan diri kepada masyarakat.
 
Hadir bersama-sama menjayakan program ini adalah barisan pengurusan tertinggi HASiL iaitu YBrs. Encik Abu Tariq bin Jamaluddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), YBhg. Datuk Hajam bin Lajah Alam, Pengarah Negeri Sabah, Tuan Haji Mohd Yusof bin Jalal, Ketua Kampung Pulau Mabul dan Encik Lawaddin bin Jammaal, Guru Besar SK Pulau Mabul. 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Tarikh: 30 Jun 2022

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 

Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Customer Care Officer: 019-651 1100
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.