ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PCG DAN AFES MENGUATKAN KOMITMEN KE ARAH EKONOMI SIRKULAR

Thursday 30/06/2022



KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCGB) dan Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd (AFES) bekerjasama untuk membekalkan sisa plastik dan sisa makanan dan serta menilai potensi perkongsian untuk membina kemudahan pengasingan sisa di Malaysia.
 
Kerjasama itu dimeterai dengan kedua-dua pihak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan memperincikan rangka kerja kerjasama antara kedua-dua belah pihak.
 
Berdasarkan MoU itu, AFES akan membekalkan sisa plastik yang terdiri daripada polietilena (PE) dan polipropilena (PP) untuk PCG menghasilkan produk sirkular yang akan digunakan dalam pembungkusan makanan, penjagaan kesihatan dan aplikasi industri. AFES juga akan membekalkan sisa organik dan makanan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan ke arah potensi pembuatan baja bernilai tinggi untuk pertanian lestari.
 
Pemeteraian ini berikutan dua MoU yang telah ditandatangani oleh PCG bersama KDEB Waste Management dan One Biosys Sdn Bhd untuk kerjasama yang sama pada awal tahun ini, sekali gus mengukuhkan lagi komitmen PCG terhadap ekonomi sirkular.
 
Ir. Mohd Yusri Mohamed Yusof, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG menandatangani MoU bagi pihak Syarikat, manakala AFES diwakili oleh Dato' Mohd Zain bin Hassan, Pengarahnya.
 
Mengulas mengenai perkongsian itu, Ir. Mohd Yusri berkata, "Kami gembira dengan kerjasama kami dengan AFES. Peralihan ke arah ekonomi sirkular memerlukan tindakan daripada pelbagai pihak berkepentingan, mereka yang terlibat dalam pengeluaran dan penghasilan hingga ke pengguna akhir produk serta mereka yang berada dalam industri pengurusan sisa. Penyertaan yang positif daripada organisasi-organisasi ini untuk bekerjasama dalam meneroka nilai ekosistem sisa pepejal di Malaysia, adalah bukti kepada perubahan ekonomi dan sosial dalam industri tersebut dalam memahami nilai komersial yang tersembunyi dalam sisa bahan buangan. Dengan MoU ini, kami terus mempercepatkan inisiatif kami ke arah ekonomi sirkular dalam memastikan penggunaan dan pengeluaran plastik yang mampan."
 
Pengarah AFES, Dato' Mohd Zain bin Hassan berkata, "Mencipta persekitaran yang mampan adalah asas perniagaan kami dan matlamat kami sejajar dengan PCG dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan menggabungkan kepakaran kami dalam penyelesaian dan sumber alam sekitar yang holistik bersama-sama dengan PCG, kami optimistik bahawa kerjasama ini akan menyumbang ke arah masa depan negara yang mampan dan, menjadi tonggak penting bagi pertumbuhan ekonomi sirkular yang sihat di Malaysia.
 
"Selama ini, perniagaan AFES terus berkembang dan terus responsif ke arah mewujudkan dunia yang mampan untuk masyarakat menjalani kehidupan dan generasi akan datang. Tumpuan kami sentiasa pada prinsip 3P iaitu People, Planet dan Profit kerana kami percaya bahawa jika anda menjaga orang (kakitangan dan pelanggan kami) dan planet ini, keuntungan akan ada untuk anda."
 
"Kerjasama antara industri yang berbeza adalah amat penting dalam perjalanan menuju ke arah masa depan yang lestari dengan penggunaan plastik," akhiri Ir. Mohd Yusri.
 
Maklumat lanjut mengenai PCG boleh didapati di www.petronaschemicals.com.my  

Maklumat lanjut mengenai AFES boleh didapati di www.afes.com.my
 
Sumber: PETRONAS Chemicals Group Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Yogeswari Thangavelu
Perhubungan Media & Komunikasi
Jabatan Hal Ehwal Korporat & Pentadbiran
PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD (PCG)
Tel: (6) 017 2000919
E-mel: yogeswari.thangavel@petronas.com

 
AFES
Nama: Sarah Shahirah Abdul Rahim,
Eksekutif Pemasaran,
Jabatan Pemasaran Strategik dan Komunikasi
Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd
Tel: 018-2494065
E-mel: sarah@afes.com.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.