ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ​BOSAGORA MELANCARKAN BIZNET MEREKA UNTUK MEMBINA RANGKAIAN PERNIAGAAN

Thursday 30/06/2022



BOSAGORA Foundation launched BizNet to provide a blockchain network that supports developers to learn and adapt to smart contracts. (Graphic: Business Wire)
Yayasan BOSAGORA melancarkan BizNet untuk menyediakan satu rangkaian blok rantai yang menyokong pembangun untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan kontrak pintar. (Grafik: Business Wire)
 

SEOUL, Korea Selatan, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yayasan BOSAGORA (Presiden: Kim In-hwan) mengumumkan pada 29 Jun bahawa ia telah melancarkan BizNet mereka yang unik untuk membina dan mengembangkan ekosistem perniagaan.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220629005377/en/

Pengumuman bagi pelancaran BizNet itu telah disiarkan secara langsung di YouTube untuk memastikan komunikasi percuma dengan pengguna mereka.

Rangkaian blok rantai itu bagi BOSAGORA, projek penawaran syiling permulaan (ICO) yang pertama di Korea Selatan, bertujuan untuk merealisasikan organisasi autonomi terpencar dengan melaksanakan belanjawan bersama yang terkumpul melalui penyertaan aktif di dalam projek itu oleh pengendali nod melalui aktiviti parlimen dan penjanaan blok.

Yayasan itu membangunkan BizNet untuk menyediakan satu rangkaian blok rantai yang menyokong pembangun untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan mudah dengan kontrak pintar, yang penting untuk menyampaikan token tidak sepiawai (NFT) dan DeFi.

Dan enjin konsensus bagi BizNet direka untuk menyediakan pelbagai kemudahan, termasuk keserasian dengan rangkaian Ethereum, mengurangkan masa kependaman yang diperlukan untuk memuktamadkan blok, kitaran penjanaan blok yang sama dengan rangkaian Ethereum, dan mengelakkan inflasi.
 
Selain itu, keserasiannya dengan rangkaian Ethereum, yang mempunyai ekosistem perniagaan yang terbesar, dijangka akan menyumbang kepada pengembangan ekosistem perniagaan BOSAGORA kerana ia membolehkan kerjasama dan gabungan dengan pelbagai perkhidmatan global yang berasaskan Ethereum.

BizNet menerbitkan Biz-BOA, token natif proprietari mereka. Pengguna boleh menukar mata atau token yang terkumpul dengan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam BizNet kepada Biz-BOA melalui fungsi pertukaran BizNet. Fungsi pertukaran itu membolehkan pengguna untuk secara serasi menggunakan pelbagai perkhidmatan yang menyertai BizNet.

Dan, melalui fungsi penghubung yang akan disediakan secara berturut-turut oleh BizNet, token itu boleh ditukar dengan syiling BOA yang berasaskan ERC20 yang disenaraikan di bursa itu.

Berdasarkan kepada BizNet, Yayasan itu merancang untuk melancarkan perkhidmatan S2E (Perkhidmatan untuk Mendapatkan) secara berurutan termasuk DeFi, P2E (Bermain untuk Mendapatkan), dan M2E (Bergerak untuk Mendapatkan), serta NFT.

“Dengan pelancaran BizNet, nilai bagi syiling BOA dijangka meningkat kerana ia akan mewujudkan ekosistem rangkaian yang lebih cekap dan lebih kaya,” kata Kim In-hwan, Presiden bagi Yayasan BOSAGORA. “Melalui BizNet, kami akan berusaha untuk mendekati visi BOSAGORA iaitu ‘Menjadikan Dunia yang Lebih Baik’.”
 

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220629005377/en/

Hubungi

BOSAGORA
Matthew Kim
matthew.kim@bosagora.io

Sumber : BOSAGORA

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.