ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  BROKED DAN SULAMAN CINA MEKAR MEMUKAUKAN DI PELABUHAN PERDAGANGAN BEBAS HAINAN

Thursday 30/06/2022

AsiaNet 96782

Table
Kapsyen: Pertunjukan fesyen “Pakaian di bawah Mentari” ​

HAIKOU, China, 30 Jun, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada petang 28 Jun telah menyaksikan pelancaran Minggu Budaya Dunia Broked dan Sulaman Hainan (ke-2) 2022 selama empat hari di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan di China selatan. Acara ini bertujuan memacukan minggu budaya itu kepada sebuah platform yang berpengaruh di peringkat antarabangsa bagi pertukaran dan pameran budaya broked dan sulaman dunia melalui satu siri aktiviti yang menarik, menurut Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan bagi Wilayah Hainan.

Pada sebelah malam, pertunjukan fesyen “Pakaian di bawah Mentari” mempersembahkan projek warisan kebudayaan tak ketara kebangsaan bagi Yunjin (broked Yun), Songjin (Broked Song) dan Lijin (broked Li) melalui kostum yang indah dengan trend fesyen dan daya tarikan kebudayaan tradisional. Pertunjukan itu, yang digabungkan dengan gaya fesyen antarabangsa, warna utama, memaparkan semangat dan penuh bertenaga bagi Hainan Lijin, dan menjadikan orang ramai berasa glamor yang menawan bagi warisan kebudayaan tak ketara bagi Hainan.

Broked Hainan Li mempunyai satu sejarah pembangunan selama lebih daripada 3,000 tahun. Kemahiran mereka adalah teknologi pencelupan dan sulaman tekstil kapas yang paling tua di China dan malahan di seluruh dunia, yang dikenali sebagai “fosil hidup” bagi industri tekstil China. Pada tahun 2009, broked Li telah ditulis pada kumpulan pertama bagi Senarai UNESCO bagi Warisan Kebudayaan Tak Ketara yang Memerlukan Penjagaan Segera. 

Sebagai satu daripada aktiviti penting bagi Minggu Budaya Dunia Broked dan Sulaman Hainan, dengan “Dunia Broked dan Sulaman” sebagai temanya, pameran seni percetakan dan celupan sulaman tradisional warisan kebudayaan tak ketara yang pertama pada tahun 2022 telah dilancarkan di Haikou. Banyak projek warisan kebudayaan tak ketara yang sangat baik berkumpul di sini dari seluruh China, seperti teknik Zhuangjin (broked Zhuang), kemahiran pengeluaran kulit ikan bagi kumpulan etika Heze, dan kemahiran menganyam Songjin (broked Song). Wakil pewaris bagi persembahan pertunjukan langsung warisan kebudayaan tak ketara telah menarik minat ramai penduduk dan pelancong untuk menonton dan mengambil bahagian secara aktif di dalam pengalaman itu.

Selain itu, Minggu Budaya Dunia Broked dan Sulaman Hainan turut mengadakan satu siri aktiviti, seperti Persidangan Penggalakan Minggu Budaya Dunia Broked dan Sulaman Hainan, Pameran Reka Bentuk Kreatif Hainan Kedua bagi Pakaian Cemerlang Dengan Corak Kumpulan Etika Li dan Miao pada 2022, untuk seterusnya mempromosikan budaya tradisional yang sangat baik bagi Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan. 

Menurut pengenalan itu, minggu budaya ini, dengan “warisan, inovasi dan untuk bersama-sama mencipta sebuah dunia broked dan sulaman” sebagai tema itu, dengan budaya Lijin (broked Li) sebagai terasnya, melalui persembahan fesyen, pameran butik dan bentuk lain untuk menunjukkan daya tarikan bagi broked dan budaya sulaman, meningkatkan pembinaan Hainan sebagai pusat bagi pelancongan dan penggunaan antarabangsa.
 
Sumber: Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan bagi Wilayah Hainan
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=424456
 
   Kapsyen: Pertunjukan fesyen “Pakaian di bawah Mentari” 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.