ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  EIG MELANTIK DE LA REY VENTER SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAGI MIDOCEAN ENERGY

Wednesday 29/06/2022



Veteran Industri untuk Menerajui Syarikat LNG yang Dikuasai oleh EIG


WASHINGTON, 29 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, sebuah pelabur institusi terkemuka kepada sektor tenaga dan infrastruktur global, hari ini mengumumkan bahawa De la Rey Venter telah menyertai firma itu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi MidOcean Energy (“MidOcean”) dan sebagai seorang Pengarah Urusan bagi EIG. MidOcean adalah syarikat LNG yang dikuasai oleh EIG yang ingin mewujudkan sebuah portfolio LNG bersepadu “pure play” yang pelbagai bagi operasi projek LNG yang berkualiti tinggi dengan aliran tunai sedia ada yang kukuh. Encik Venter ialah seorang veteran industri selama 25 tahun dengan pengalaman operasi global, perjanjian dan kepimpinan perniagaan di dalam sektor perlombongan, huluan dan LNG. Di antara peranan lain, beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden Eksekutif bagi Integrated Gas Ventures, bertanggungjawab ke atas sebahagian besar aset LNG dan gas asli Shell, dan sebelum ini juga sebagai Ketua Global Shell bagi LNG. Beliau akan berpangkalan di pejabat EIG di London.

“LNG adalah sebuah pendaya utama bagi peralihan tenaga dan semakin menjadi sebuah sumber tenaga strategik secara geopolitik,” kata R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG. “EIG telah lama menjadi sebuah penyedia modal utama kepada sektor itu dan telah pun melabur di dalam sembilan projek LNG, di peringkat global, melibatkan kedua-dua pencecairan dan pengegasan semula. Menambahkan seseorang yang berkaliber seperti De la Rey untuk menerajui MidOcean menunjukkan komitmen kami terhadap LNG dan peralihan tenaga. Kami mengalu-alukan kedatangan De la Rey dan teruja dengan masa depan yang akan beliau bantu bangunkan untuk MidOcean.”

Encik Venter berkata, “Visi EIG untuk MidOcean membentangkan satu cadangan yang menarik bagi sebuah dunia yang memerlukan LNG untuk satu jangka masa yang lama. Kami berkongsi satu kepercayaan yang kukuh di dalam peranan penting LNG, sebagai sebahagian daripada keluarga gas karbon yang rendah dan tiada gas karbon, untuk membantu dunia beralih kepada sebuah masa depan Sifar Bersih. Saya berharap dapat bekerjasama dengan pasukan itu untuk membina sebuah perniagaan bahan, yang didasarkan kepada rekod prestasi EIG yang luas di dalam LNG global, dan bagi perniagaan ini untuk memberikan impak sebenar di dalam sektor industri tenaga global yang sangat relevan ini."

Encik Venter mula-mula menyertai Shell pada tahun 2002. Selain daripada peranan beliau sebagai Naib Presiden Eksekutif bagi Integrated Gas Ventures dan Ketua Global bagi LNG, beliau telah memegang pelbagai jawatan di seluruh dunia, termasuk Naib Presiden Eksekutif bagi Usaha Sama Huluan, Naib Presiden Eksekutif bagi Gas & Kuasa Afrika, dan Naib Presiden Komersil di Qatar. Encik Venter juga bertanggungjawab bagi tema pembuatan CCUS dan Blue Hydrogen Shell. Encik Venter memiliki Ijazah MBA dengan Kepujian daripada IMD di Switzerland, Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Cum Laude) dari Northwest University dan Ijazah Kepujian dalam Kewangan dan Pengurusan Pelaburan (Cum Laude) dari Universiti Johannesburg, kedua-duanya di Afrika Selatan.

Maklumat mengenai EIG
 
EIG adalah sebuah pelabur institusi terkemuka kepada sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $25.0 bilion di bawah pengurusan setakat 31 Mac, 2022. EIG membuat pengkhususan di dalam pelaburan persendirian dalam tenaga dan infrastruktur yang berkaitan dengan tenaga di peringkat global. Sepanjang 40 tahun sejarahnya, EIG telah memberikan komitmen lebih $40.1 bilion kepada sektor tenaga melalui 380 projek atau syarikat di 38 buah negara di enam benua. Pelanggan EIG termasuk banyak pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, pembiayaan, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C. dan mempunyai pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila layari  laman web EIG di www.eigpartners.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:  
https://www.businesswire.com/news/home/20220628005081/en/

Hubungi

Media
FGS Global
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG-SVC@sardverb.com

Sumber : EIG
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.