ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 16, 2024 -Selasa

 
  ​MEMBINA BUDAYA PRODUKTIVITI DAN KESEJAHTERAAN GENERASI MUDA DALAM TRANSISI ENDEMIK

Tuesday 28/06/2022



SHAH ALAM, 28 Jun (Bernama) -- Budaya produktiviti dan kesejahteraan generasi muda menjadi aspek penting bagi memastikan peningkatan produktiviti dalam transisi endemik.

Elemen itu menyaksikan MPC melipatgandakan usaha dan menyasarkan empat pemacu produktiviti utama – iaitu bakat, teknologi, persekitaran perniagaan dan subsidi.

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), YBhg. Dato’ Abdul Latif Haji Abu Seman berkata membentuk minda produktif dalam kalangan generasi muda merupakan antara inisiatif membudayakan produktiviti selaras dengan agenda kerajaan bagi mencapai sasaran pertumbuhan produktiviti 3.6 peratus tahun ini.

“MPC telah menjalankan Kajian Sejahtera Productivity Culture Index untuk menilai tahap budaya produktiviti di Malaysia yang diukur berdasarkan prinsip – prinsip asas dalam kehidupan seharian iaitu berdasarkan indikator Nilai (Values), Intelek (Intellect), Keturunan (Progeny), Sumber (Resources) dan Cara Hidup (Way of Life). Hasil kajian telah menunjukkan tahap indeks Produktiviti Sejahtera pada tahun 2021 adalah sebanyak 64.3 iaitu lebih rendah dari 71.1 pada tahun 2019. Penurunan indeks ini dipengaruhi oleh cabaran pandemik yang memberi impak dalam hampir setiap aspek kehidupan masyarakat di negara ini, malah di seluruh dunia. Walau bagaimana pun, aspek Nilai (Values) masih berupaya dikekalkan sebagai elemen penting dalam budaya masyarakat di Malaysia.

“Input dari kajian ini dapat dijadikan panduan kepada penggubal polisi untuk meningkatkan keberkesanan produktiviti yang diberikan kepada generasi muda terutama dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan,” katanya semasa ucapan pembukaan Forum Produktiviti & Daya Saing anjuran MPC bersama pelajar tahun akhir Fakulti Komunikasi Massa Perhubungan Awam Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Bertemakan “Membina Budaya Produktiviti dan Kesejahteraan”, Forum yang dijalankan menerusi Facebook Live menampilkan panelis yang terdiri daripada Pengarah Urusan, Shamawar Group Sdn. Bhd, YBhg. Dato’ Dr. Shakir Husein Khalid, Pengarah, Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam, YBrs. Dr. Suhaimee Saahar @ Saabar, Penerima Tajaan Rhodes Scholarship di University of Oxford, England, Ahmad Arman Al Huzaifi Shakir Husein dan Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Ybhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman.

Para panelis berkongsi idea serta pandangan dari sudut kepakaran serta pengalaman masing - masing untuk membentuk generasi masa depan yang lebih inovatif dan kreatif ke arah pembangunan ekonomi yang mampan.

Forum berkenaan juga bertujuan untuk membentuk minda produktif dengan menyebarluaskan maklumat tentang kepentingan produktiviti dalam kehidupan seharian yang lebih makmur dan sejahtera.

Mengenai Malaysia Productivity Corporation (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menggalakkan produktiviti, kualiti dan daya saing kepada industri dan organisasi di Malaysia. Visi MPC adalah menjadi organisasi terkemuka dalam peningkatan produktiviti untuk daya saing global dan inovasi.

Mengenai Pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam
Penglibatan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam merupakan sebuah kerjasama bersama MPC dalam projek tahun akhir perhubungan awam yang bertujuan untuk meneroka dan mempraktikkan kemahiran di luar bilik darjah. Fokus kolaborasi ini juga untuk merancang komunikasi strategik antara MPC dan orang awam untuk menambah baik penyebaran maklumat secara lebih berkesan melalui kempen-kempen dan wacana.

Sumber: Malaysia Productivity Corporation (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Huda Atiqah Samsir
Tel: 0137261950
E-mel: atiqah@mpc.gov.my

Nama: Fatini Sahudin
Tel: 0196578195
E-mel: 2020884906@student.uitm.edu.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.