ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 06, 2022 -Rabu

 
  MARY KAY INC. BEKERJASAMA DENGAN SOCIETY OF INVESTIGATIVE DERMATOLOGY (SID) UNTUK MENGANUGERAHKAN GERAN PENDIDIKAN KEPADA FELO PENYELIDIK AKADEMIK UNTUK KEMAJUAN DI DALAM PENYELIDIKAN BAGI MENGGALAKKAN KESIHATAN KULIT

Friday 24/06/2022



Table

Dr. Lucy Gildea, Ph.D., Ketua Pegawai Inovasi, Produk dan Sains Mary Kay (Foto: Mary Kay Inc.)
 

DALLAS, 24 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah peneraju dunia di dalam inovasi penjagaan kulit, baru-baru ini telah menaja dan mendedahkan penerima Geran Penyelidikan Kesihatan Kulit/Penyakit Kulit Mary Kay mereka yang pertama untuk penyelidik yang menjalankan kajian perintis, berinovatif di dalam kesihatan kulit dan penyakit kulit pada Mesyuarat Tahunan Society for Investigative Dermatology (SID) 2022.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220623005229/en/

“Sebagai sebuah peneraju selama beberapa dekad di dalam inovasi kosmetik dan penjagaan kulit global, Mary Kay kekal komited untuk memperkayakan kehidupan wanita di seluruh dunia,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Inovasi, Produk dan Sains Mary Kay, pada majlis itu. “Kami juga mempunyai satu komitmen yang teguh untuk menghasilkan produk berkualiti paling tinggi dan menjalankan penyelidikan sains kulit yang berinovatif. Kami mengiktiraf bahawa kerjasama adalah penting kepada penemuan baharu, dan perkongsian dengan komuniti saintifik, perubatan dan akademik merupakan kerjasama penting—sebab itulah kami teruja untuk menganugerahkan geran saintifik ini.”

Geran Penyelidikan Kesihatan Kulit/Penyakit Kulit Mary Kay itu telah diumumkan pada mesyuarat tahun lepas dengan kerjasama SID. Geran sebanyak $25,000 itu akan diberikan kepada empat orang penyelidik yang menjalankan usaha luar biasa di dalam penyelidikan kulit bagi mendedahkan perspektif baharu dan strategi penciptaan. Dalam beberapa bulan selepas mesyuarat SID 2021, syarikat itu telah menerima permohonan daripada saintis di seluruh negara itu.

Empat penerima geran itu yang akhirnya dipilih adalah:

· Dr. Allison C. Billi, MD, Ph.D., dan Penolong Profesor di Jabatan Dermatologi di Universiti Michigan. Matlamat penyelidikan utama Dr. Billi adalah untuk memahami “apa yang mendorong penuaan foto.” Geran itu akan membiayai penyelidikan untuk mengenal pasti laluan yang boleh disasarkan yang membantu mencegah atau berpotensi menterbalikkan kesan daripada penuaan foto.
· Dr. Angel S. Byrd, MD, Ph.D. dan Penolong Profesor di Kolej Perubatan Universiti Howard dan Penolong Profesor Adjung di JHUSOM (Jabatan Dermatologi). Usaha Dr. Byrd memberi tumpuan kepada asas genetik bagi melasma. Geran ini akan membiayai penyelidikan untuk membantu menemui punca genetik melasma yang tidak diketahui untuk mereka bentuk pilihan rawatan yang dikhususkan.
· Dr. Mae Alexandra Carpenter, Ph.D. Pelatih di Universiti Negeri Wright. Usaha Dr. Carpenter meneroka cara bagaimana zarah yang mengandungi DNA yang rosak dibebaskan dan cara ia mengaktifkan laluan keradangan. Pembiayaan penyelidikan ini akan membantu membangunkan pendekatan terapeutik baharu untuk mengurangkan fotosensitiviti UVB di dalam penyakit autoradang.
· Dr. Jennifer Powers, MD dan Profesor Madya Klinikal di Jabatan Dermatologi di Universiti Iowa. Dr. Powers berminat di dalam pengaruh mikrobiom dan persekitaran penyembuhan pada penyembuhan luka dan pembentukan parut. Pembiayaan untuk penyelidikan ini akan membantu memahami bagaimana sistem imun dan mikrobiota berinteraksi untuk mengubah suai pembentukan parut daripada ulser dan luka pembedahan.

“Tahniah kepada setiap penerima bagi anugerah geran 2022 kami,” kata Dr. Gildea. “Individu ini telah dipilih dengan teliti dengan kerjasama Society for Investigative Dermatology—dan kami sangat teruja untuk menyokong penyelidikan mereka.”

Penajaan dan geran itu yang diumumkan di SID merupakan usaha terbaharu Mary Kay untuk mengukuhkan komitmen syarikat itu selama ini untuk memajukan penyelidikan dan pembangunan kesihatan kulit. Mary Kay memegang lebih daripada 1,600 paten untuk produk, teknologi dan reka bentuk pembungkusan dalam portfolio global mereka.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan impian beliau pada 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita di dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, bimbingan, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang mapan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada menggalakkan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220623005229/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2022 MREM . All rights reserved.