ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 06, 2022 -Rabu

 
  SEMINAR MENGEKALKAN KEDAULATAN MAKANAN DALAM MENDEPANI CABARAN PERUBAHAN IKLIM DAN SEKURITI MAKANAN: PERSPEKTIF ISLAM

Wednesday 22/06/2022



KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah berjaya menganjurkan satu program “Seminar Mengekalkan Kedaulatan Makanan Dalam Mendepani Cabaran Perubahan Iklim Dan Sekuriti Makanan: Perspektif Islam.”

Program yang berlangsung di Dewan Besar IKIM memanfaatkan para peserta dari pelbagai latar belakang termasuklah penyelidik, ahli akademik, penjawat awam, badan bukan kerajaan, pengamal pertanian dan individu yang berminat.

Ucapan aluan seminar ini disempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM yang berkongsi tentang pengeluaran makanan dunia yang terjejas impak daripada perubahan iklim serta berkongsi beberapa isu yang berkait dengan tema penting yang dibincangkan seperti isu kekurangan zat makanan, kemiskinan dan makanan halal. Beliau juga menyeru penglibatan masyarakat  khususnya masyarakat Islam dalam aktiviti sekuriti makanan seperti menjadi pengeluar makanan demi menjaga kelangsungan bekalan makanan umat pada hari ini.

Seminar selama sehari ini telah mengetengahkan 8 orang pembentang untuk mengulas tajuk berdasarkan kepakaran masing-masing yang berkisarkan tentang isu sekuriti makanan dan kedaulatan makanan dalam krisis perubahan iklim. Antara pembentang yang membentangkan kertas kerja tersebut ialah:

YBrs. Dr Mohd Farhan  Md Arifin (Jabatan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah, UKM) yang memulakan perbahasan dengan membincangkan sekuriti makanan dan penyelesaiannya dari perspektif Islam.

YBhg. Prof Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin (Majlis Penasihat Pertanian Negara), yang berkongsi analisis sektor makanan negara yang menyumbang kepada sekuriti makanan. Kedudukan Malaysia dalam kedudukan di peringkat global serta isu dan cabaran yang dihadapi juga dibincangkan.

YBrs. Pn Norkumala Awang (Institut Kefahaman Islam Malaysia) yang membicarakan tentang kepentingan penglibatan belia dalam industri pertanian untuk menyumbang kepada kedaulatan makanan sekaligus memberi impak kepada status sekuriti makanan negara.
  
YBrs. Datin Hajah Kaniza Datuk Hj. Shafie (Pengarah Kebun Kota) berkongsi pengalaman tentang pertanian bandar yang diusahakan beliau seterusnya menyediakan bahan-bahan mentah yang diperoleh dari kebun tersebut untuk dibekalkan kepada restoran yang dimilikinya. Perkongsian pengalaman ini membuka mata para hadirin untuk melaksanakan penanaman di rumah sendiri sebagai kegunaan dapur harian yang boleh menjimatkan perbelanjaan isi rumah.
 

UNIT PERHUBUNGAN KORPORAT
22 JUN 2022


SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama : Pn. Nik Hasnah Ismail 
Tel : 016 - 219 5345
E-mel : nikhasnah@ikim.gov.my

Nama : Pn. Suzanahwati Sanil
Tel : 013 - 228 8992
E-mel : suzana@ikim.gov.my 

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2022 MREM . All rights reserved.