ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 06, 2022 -Rabu

 
  SHAKLEE MALAYSIA DIIKTIRAF SEBAGAI JENAMA VITAMIN DAN SUPLEMEN KESIHATAN YANG DIPERCAYAI DI MALAYSIA

Tuesday 21/06/2022



KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Jun (Bernama-PRNewswire) -- Jenama vitamin dan suplemen kesihatan kegemaran ramai, Shaklee telah diundi sebagai Jenama Yang Dipercayai 2022 di Malaysia dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Reader's Digest.

Menurut Reader's Digest, tinjauan itu menyaksikan Shaklee Malaysia muncul sebagai penenang  Anugerah Emas dalam kategori Vitamin dan Suplemen Kesihatan untuk dua tahun berturut-turut. Presiden Shaklee Malaysia, Helen Lam menerima Anugerah Emas itu daripada Sheron White, Pengarah Pemasaran dan Pengiklanan Asia Pasifik Reader's Digest pada majlis makan malam, di Hotel Grand Hyatt, pada 14 Jun 2022.

Pengiktirafan Jenama Paling Dipercayai Reader's Digest adalah pengesahan terunggul yang menandakan kepercayaan pelanggan dengan tinjauan teraudit yang dikendalikan oleh firma penyelidikan pemasaran bebas, Catalyst Research. Tinjauan ini dijalankan ke atas 8,000 individu bagi memastikan ia mewakili pelanggan sebenar di Malaysia.

Tinjauan ini dilakukan dengan memberikan soalan-soalan terbuka kepada pelanggan di mana mereka diminta untuk mengenalpasti jenama pilihan masing-masing berdasarkan kategori yang disediakan, antaranya adalah Vitamin dan Suplemen Kesihatan. Peserta tinjauan kemudiannya dikehendaki memberikan penilaian yang telus kepada enam aspek iaitu kebolehpercayaan dan kredibiliti, kualiti, mutu, memahami kehendak pengguna, inovasi dan tanggungjawab sosial.

Shaklee Berbangga Menjadi Pilihan Jenama Vitamin dan Suplemen Kesihatan Yang Dipercayai di Malaysia

Helen, Presiden yang gembira dengan anugerah berkenaan, menyifatkan pengiktirafan itu adalah hasil daripada kesungguhan, ketekunan dan semangat inovatif Pemimpin Perniagaan, Pengedar Sah dan kakitangan Shaklee.

"Di Shaklee, membantu orang lain menikmati kesihatan yang baik menjadi teras kepada apa yang kita lakukan. Kita berbangga memberikan produk berkualiti tinggi yang selamat dan terbukti oleh sains untuk pengguna kita."

Inovasi 100 Tahun

"Semua yang kita lakukan di Shaklee adalah berlandaskan sains, dan kami komited untuk membangunkan produk kesihatan yang inovatif selama lebih 65 tahun. Anugerah ini memotivasikan kami untuk terus melabur dalam sains, yang akan memacu kemajuan teknologi dalam industri kesihatan dan nutrisi untuk tahun-tahun akan datang." kata Helen.

Tentang Shaklee Products Malaysia

Shaklee adalah syarikat nutrisi semulajadi terkemuka yang diasaskan oleh Dr. Forrest Shaklee, yang mencipta multivitamin pertama lebih 100 tahun lalu. Produk-produk Shaklee disokong oleh lebih 110 terbitan kajian klinikal yang membuktikan keselamatan dan keberkesanannya serta dipasarkan melalui lebih daripada 2 juta Ahli dan Pengedar di Amerika Utara dan Asia. Dengan produk dan solusi daripada multivitamin kepada penjagaan kulit, Shaklee komited untuk memberikan produk dan sokongan yang diperlukan oleh pelanggannya untuk menikmati kehidupan yang paling sihat. Untuk keterangan lanjut, sila kunjungi www.shaklee.com.my/TrustedBrandAward 

Contact Information      
Name: Clementine Cheah
Contact Number: +603 56223004
 
Sumber: Shaklee Products Malaysia

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2022 MREM . All rights reserved.