ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 06, 2022 -Rabu

 
  PCG BAKAL MENGHASILKAN MALEIC ANHYDRIDE DI KUANTAN, MALAYSIA MENJELANG SEPARUH PERTAMA 2025

Monday 20/06/2022



KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) baru-baru ini telah menandatangani perjanjian dengan syarikat usaha samanya (JV), BASF PETRONAS Chemicals Sdn Bhd (BPC), untuk mengambil alih loji 113 kilo-tan setahun (ktpa) Maleic Anhydride (MAn) yang terletak di Gebeng, Kuantan.

Loji MAn ditutup oleh BPC sebelum ini berikutan langkah penjajaran semula portfolio produk yang membawa kepada penutupan kekal loji Butanediol (BDO) dan derivatifnya. Dengan pengambilalihan itu, PCG akan menggunakan semula loji tersebut dengan memperbaharui dan menaik taraf kemudahan itu untuk menghasilkan MAn yang berkualiti tinggi agar lebih sesuai untuk industri makanan dan farmaseutikal. PCG kini sedang menjalankan penilaian terperinci, yang dijangka siap pada suku pertama 2023 dan tertakluk kepada kelulusan akhir, loji itu disasarkan siap pada separuh pertama 2025.

"Kemudahan bersepadu kami sekarang akan memastikan bekalan bahan mentah (feedstock) yang kompetitif dan terjamin ke loji. Di samping itu, kedekatan loji dan pasaran sasaran kami yang dikenal pasti di benua kecil Asia Pasifik dan India akan membolehkan kami menawarkan harga yang kompetitif kepada pelanggan kami," kata Mohd Yusri Mohamed Yusof, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG.

Pengambilalihan ini akan membolehkan PCG meluaskan portfolio produk terkini dan mengukuhkan tumpuannya untuk mempelbagaikan ke dalam derivatif dan bahan kimia yang berbeza.
 
Media Kit :
https://www.dropbox.com/s/oh3wzsbgsez493t/Get%20Started%20with%20Dropbox.pdf?dl=0

Sumber: PETRONAS Chemicals Group Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 

Nama: Yogeswari Thangavelu
Perhubungan Media, Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran
PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD (PCG)
Tel: (6) 017 2000919
E-mel: yogeswari.thangavel@petronas.com 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2022 MREM . All rights reserved.