ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 06, 2022 -Rabu

 
  AGROBANK DIPILIH SEBAGAI JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN NAIB PENGERUSI ADFIMI, KOMITED UNTUK TERUS KUKUHKAN SEKURITI MAKANAN NEGARA

Monday 20/06/2022



Table
Kapsyen: Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank 
 
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Agrobank telah dipilih sebagai jawatankuasa pengurusan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Nasional di Negara Anggota Bank Pembangunan Islam (ADFIMI) pada 2 Jun 2022 untuk tempoh tiga tahun di bandar Shah El Sheikh, Mesir ketika Menyuarat Perhimpunan Agung ADFIMI ke-39.  Menerusi jalinan ini, Agrobank akan terus komited untuk bekerjasama dengan ADFIMI bagi memperkukuhkan jaminan keselamatan dan kemampanan makanan negara.
 
Menurut kenyataan yang dikeluarkan ADFIMI, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank juga telah sebulat suara dipilih sebagai Naib Pengerusi ADFIMI semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung ADFIMI ke-39.
 
Mengulas mengenai pemilihan tersebut, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, “Bagi pihak Agrobank, saya dengan rasa rendah diri dan berbesar hati kerana telah diberi kepercayaan oleh ADFIMI untuk menerajui Persatuan ini.  Saya percaya, Agrobank telah dipilih untuk menjadi sebahagian daripada ADFIMI di atas komitmen berterusan kami sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) yang menyokong aktiviti pertanian bagi mengukuhkan lagi kemampanan serta keselamatan makanan makanan di Malaysia.”
 
Usaha berterusan Agrobank menerusi program pembiayaan rantaian penuh atau full-chain financing adalah sejajar dengan Polisi Agro Makanan Negara, yang bertujuan untuk meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) makanan,” kata Tengku Ahmad Badli Shah.
 
“Isu keselamatan makanan kian mendapat perhatian global dan oleh itu, sebagai sebuah IKP dengan fokus untuk membantu pembetukan masa hadapan sektor pertanian di Malaysia, Agrobank memainkan peranan yang penting untuk memberikan perkhidmatan kepada golongan yang kurang mendapat perhatian sekali gus memperkasa dan menyokong keseluruhan aspek rantaian nilai pertanian,” kata beliau.
 
Tambah beliau “Ini bagi memastikan industri ini kekal berdaya saing dan membawa impak yang positif kepada ekonomi dengan memperkukuhkan keselamatan makanan negara selaras dengan prinsip pengantaraan berasaskan nilai (VBI) yang diamalkan Agrobank.”

“Sebagai sebuah institusi kewangan yang bertanggungjawab, sinergi memperkukuhkan sekuriti makanan di Malaysia bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) adalah amat penting dan kami sentiasa beriltizam untuk mendukung pembiayaan keterangkuman kewangan yang mampan dan bertanggungjawab,” kata Tengku Ahmad Badli Shah.
 
“Selain daripada itu, Agrobank sentiasa menggalakkan pelanggan kami yang terlibat dalam pertanian seperti tanaman makanan, ternakan dan akuakulture untuk mendapatkan pensijilan amalan baik.  Menerusi pensijilan ini, usahawan tani bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti pertanian, malah dapat menghasilkan kualiti yang lebih baik di samping memeliharan alam sekitar,” tambahnya.
 
Mengulas lanjut, Tengku Ahmad Badli Shah juga berhasrat untuk mengukuhkan kerjasama ekonomi dan meluaskan pembiayaan perdagangan serta sokongan pelaburan kepada usahawan tani di Malaysia dengan membantu menghubungkan mereka dengan pemain industri ini daripada kalangan bank ahli ADFIMI di rantau masing-masing.
 
“Kami juga akan membantu memudahkan perdagangan dua hala barangan dan perkhidmatan untuk membangunkan peluang pertumbuhan usahawa tani dan memangkin aliran perdaganan serta pelaburan yang lebih utuh antara rantau terutamanya di Malaysia.  Ini adalah bagi membina daya tahan ekonomi serantau yang baik dan memastikan pembangunan yang lebih mampan.”
 
“Saya percaya, pemilihan ini juga akan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuklah industri halal, keselamatan makanan dan perbankan Islam di mana, ia akan memberi manfaat kepada pemain industri serta memberi peluang kepada mereka untuk meneroka penggunaan terknologi terkini serta amalan terbaik dalam berhadapan dengan cabaran baharu terutamanya dalam sektor pertanian dan makanan,” katanya.
 
“Oleh itu, saya berharap agar setiap ahli Persatuan ini dapat bekerjasama untuk meningkatkan akses pembiayaan kepada IKP di peringkat global melalui jalinan kerjasama yang bermanfaat, perkongsian maklumat dan khidmat nasihat kepada pemain dalam ekosistem ini,” ulas beliau.
 
ADFIMI adalah Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Nasional di Negara Anggota Bank Pembangunan Islam (IDB) yang memulakan operasinya pada September 1987 di Istanbul, Turki.  Objektif penubuhannya adalah untuk meningkatkan keberkesanan IKP dan bank dengan menyediakan peluang kepada ahli IKP untuk bekerjasama serta membangunkan kepakaran, pertukaran idea dan pengalaman. 

Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.  Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 207 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 140 cawangan, 32 kiosk, 19 pusat perdagangan dan 16 rangkaian perbankan.
Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham. 

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank 


Sumber: Agrobank 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama:  Shahreen Rahim
Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank
Tel: 03-2731 1660 / +6012-943 6217 
Emel: shahreen.rahim@agrobank.com.my

Nama: Syarifah Syameen Syed Johari
Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam, Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank
Tel: 03-2731 1652 / +6012-310 1766
Emel: syameen@agrobank.com.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2022 MREM . All rights reserved.