ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  CIIE BERSIAP SEDIA UNTUK EDISI KELIMA MEREKA

Tuesday 14/06/2022

AsiaNet 96475


Table

Ekspo Import Antarabangsa China kelima akan diadakan dari 5-10 November tahun ini. 


SHANGHAI, 14 Jun, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

“Dengan didorong oleh dasar keterbukaan mereka, pengoptimuman yang berterusan bagi persekitaran perniagaan dan daya ketahanan ekonomi yang kukuh, China akan kekal sebagai sebuah destinasi pelaburan yang menarik pada tahun-tahun akan datang,” kata pakar-pakar global di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 di Davos, Switzerland.
 
Pertumbuhan ekonomi China yang stabil adalah sangat penting kepada pemulihan global, kata Presiden WEF Borge Brende dalam satu temu bual baru-baru ini. “Untuk jangka panjang dan sederhana, saya agak yakin dengan ekonomi China,” kata presiden itu.

Di samping saiz ekonomi China itu sendiri, pemimpin perniagaan juga bersetuju bahawa pendekatan dan komitmen China terhadap globalisasi juga penting. Pemimpin-pemimpin China telah berulang kali menegaskan komitmen terhadap globalisasi ekonomi dan perdagangan bebas, termasuk semasa ucapan di WEF.

Sebagai satu platform utama untuk perolehan antarabangsa, promosi pelaburan, pertukaran kebudayaan dan kerjasama terbuka, Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) telah berjaya diadakan selama empat tahun berturut-turut dan dianggap secara meluas sebagai satu barangan awam antarabangsa untuk globalisasi ekonomi dan sistem perdagangan pelbagai hala, serta sebagai satu pembawa penting untuk membina sebuah ekonomi dunia terbuka dan sebuah komuniti dengan satu masa depan bersama untuk manusia sejagat.

Sejak penubuhannya pada tahun 2018, ekspo itu telah berkembang dari segi skala dan pengaruh. Sebagai contoh, kawasan pameran bagi perniagaan mereka meningkat daripada 270,000 meter persegi pada tahun 2018 kepada 366,000 meter persegi pada tahun 2021, manakala tiga edisi pertama telah membantu menyalurkan kira-kira $30.5 bilion di dalam pelaburan asing kepada 622 projek.

Menurut satu laporan mengenai pameran perniagaan bagi CIIE keempat, yang berlangsung dari 5-10 November, 2021, lebih 2,900 syarikat dari 127 buah negara dan wilayah mengambil bahagian di dalam pameran itu. Antaranya, 622 syarikat adalah dari negara di sepanjang Belt and Road manakala 125 dari Eropah Tengah dan Timur dan 87 dari Afrika. Syarikat-syarikat dari kira-kira 30 buah negara kurang maju telah disediakan dengan gerai percuma di CIIE keempat itu.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa 274 syarikat peneraju industri, sebahagian daripadanya berada dalam senarai Global 500, menghadiri ekspo tahun lepas. Semasa CIIE keempat itu, urus niaga tentatif bernilai $70.72 bilion telah diraih.

Ketika CIIE memasuki tahun kelima mereka, pempamer multinasional terus menyatakan harapan untuk menyertai pameran perdagangan edisi kelima pada November.
  
Pada satu mesyuarat dalam talian yang diadakan oleh Biro CIIE baru-baru ini, 15 eksekutif korporat berprofil tinggi daripada jawatankuasa industri yang berbeza dari CIIE Enterprise Alliance menyatakan keyakinan terhadap usaha anti-wabak Shanghai dan daya ketahanan bagi pasaran China.

“Menghadapi perubahan yang tidak belum pernah dilihat dalam satu abad, kami melihat bahawa China tidak pernah menghentikan usaha dalam melaksanakan keterbukaan ketika menghadapi cabaran pandemik atau pergolakan situasi global. Ia telah memajukan CIIE tahunan secara berterusan, yang menyediakan peluang-peluang yang lebih luas untuk industri pertukaran dan keyakinan yang lebih kukuh,” kata Jean-Christophe Pointeau, presiden bagi Kumpulan Pfizer Biopharmaceuticals China semasa mesyuarat dalam talian itu.

Pointeau berkata bahawa produk Pfizer menjadi lebih mudah untuk diakses oleh orang biasa di China dan membawa manfaat kepada ramai pesakit China melalui ekspo tahunan itu.

Walaupun menghadapi pandemik COVID-19 yang berterusan, CIIE kelima itu akan diadakan dari 5 hingga 10 November tahun ini seperti yang dijadualkan.

Biro CIIE baru-baru ini mengeluarkan beberapa langkah yang menggalakkan untuk membantu pempamer mengatasi kesukaran di dalam pengeluaran dan operasi yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan faktor lain.

Sebagai contoh, pempamer yang mewujudkan gerai mereka sendiri akan berhak mendapat subsidi 300-yuan ($45.14) untuk setiap meter persegi bagi ruang pameran mereka. Subsidi itu, yang tidak lebih daripada kos penubuhan gerai itu, boleh ditebus secara terus atau digunakan untuk mengimbangi yuran gerai pada CIIE keenam atau kos yang ditanggung semasa CIIE kelima, termasuk kos untuk forum, aktiviti, hotel dan iklan.

Tarikh akhir pendaftaran untuk CIIE kelima juga telah dilanjutkan kepada 31 Julai, 2022.

Sehingga kini, lebih 75 peratus untuk ruang pameran yang dirancang bagi CIIE ke-5 telah ditempah. Lebih daripada 250 syarikat Fortune Global 500 dan peneraju industri, serta kebanyakan daripada 10 syarikat utama dunia di dalam industri farmaseutikal, peralatan perubatan dan automobil telah mengesahkan penyertaan mereka dalam ekspo itu.

Keterbukaan adalah ciri khas bagi China kontemporari. CIIE itu menunjukkan keazaman China untuk mengembangkan keterbukaan di peringkat tinggi, berkongsi peluang pembangunan dengan dunia dan menjadikan globalisasi ekonomi lebih terbuka, inklusif, seimbang dan bermanfaat untuk semua.

Sudah tiba masanya untuk merebut pelbagai peluang di dalam pasaran China melalui CIIE itu. Pastikan anda mendaftar untuk edisi kelima tahun ini. Klik di sini untuk mendaftar: https://www.ciie.org/exhibition/f/book/register?locale=en&from=enpress
 
Sumber: Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE)
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=423261
 
   Kapsyen: Ekspo Import Antarabangsa China kelima akan diadakan dari 5-10 November tahun ini. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.