ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  HAINAN AKAN MENGANJURKAN 160+ ACARA BAGI MERAIKAN HARI KEBUDAYAAN DAN WARISAN SEMULAJADI CHINA

Monday 13/06/2022

AsiaNet 96451

Table

Para guru mengajar kemahiran warisan budaya tidak tampak
 

HAIKOU, China, 13 Jun, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Sempena Hari Kebudayaan dan Warisan Semulajadi yang akan diadakan pada 11 Jun, wilayah paling selatan di China, Hainan sedang menganjurkan dan mengadakan pelbagai bentuk aktiviti warisan kebudayaan dalam bentuk tidak tampak untuk meraikan, mempamerkan, dan mempromosi budaya-budaya tradisional yang mengagumkan di tiga lokasi iaitu di Haikou, Sanya, dan Danzhou, menurut Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan Wilayah Hainan.

Pada 7 Jun, Pameran Warisan Kebudayaan Tidak Tampak Seni Halus Wilayah Hainan bermula di Muzium Wilayah Hainan yang merangkumi pelbagai jenis kategori seni seperti lukisan Cina, lukisan minyak, pembuatan percetakan, lukisan cat air, ukiran kayu, ukiran kelapa, potongan kertas dan tenunan kain kapas.  Sebanyak 106 karya seni merangkumkan warisan kebudayaan tidak tampak yang menarik dan menerima sambutan penghargaan daripada para khalayak.

Festival Beli-Belah Warisan Tidak Tampak Hainan 2022 dijadualkan berlangsung di Haikou pada 11 Jun.  Para pengunjung bukan sahaja boleh membeli-belah kraftangan yang sangat indah di pesta warisan kebudayaan tidak tampak ini tetapi boleh juga menghadiri aktiviti-aktiviti festival dalam talian melalui akaun Tik Tok Warisan Kebudayaan Tidak Tampak Hainan dan Little Red Book di laman web berikut: https://www.hainanfp.com/.

Sebagai bandar pantai pelancongan yang terkenal dunia, Sanya menjalinkan fesyen dan warisan tidak tampak di lokasinya.  Lebih kurang 100 tukang membuat demonstrasi kemahiran Li Brocade dan para penghibur terlibat dalam pertunjukkan fesyen yang menampilkan pakaian Li Brocade di lokasi. Persembahan-persembahan warisan tidak tampak bertema juga ditampilkan berterusan, memukau para khalayak dengan keindahan kesepaduan seni di antara warisan tidak tampak dan kehidupan moden.

Danzhou menyorot ciri-ciri tersendiri warisan tidak tampak tempatan dengan keraian-keraian bertema yang dipersembahkan oleh bandar-bandar dan daerah-daerah yang terletak di Hainan barat.  Para penduduk dan pelancong bersama-sama meraikan karnival muzik yang menampilkan Lagu-lagu Rakyat Danzhou, Lagu-lagu Ketenteraan Danzhou, Lagu-lagu Rakyat Warga Miao Danzhou, dan Lagu-lagu Rakyat Kantonis Danzhou.

Hainan kini mempunyai 32 projek representatif warisan tidak tampak nasional, 82 projek representatif warisan tidak tampak kewilayahan, dan lebih 300 projek representatif warisan tidak tampak peringkat bandar dan daerah.

Semasa Hari Kebudayaan dan Warisan Semulajadi 2022, Hainan akan menganjurkan lebih daripada 160 acara publisiti secara dalam talian dan luar talian bagi memberikan kesedaran terhadap perlunya melindungi warisan kebudayaan tidak tampak.

Sumber: Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan Wilayah Hainan

Pautan imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=423183

Keterangan gambar: Para guru mengajar kemahiran warisan budaya tidak tampak

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.