ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 06, 2022 -Rabu

 
  ​WILAYAH HEBEI DI CHINA UTARA MENYIAPKAN SATU PROJEK DEMONSTRASI BAGI SEBUAH SISTEM KUASA 10 KV MW JENIS BAHARU

Friday 10/06/2022

AsiaNet 96431

Table

Wilayah Hebei di China Utara baru-baru ini telah menyiapkan dan memulakan operasi satu projek demonstrasi bagi sebuah sistem kuasa 10 kV MW jenis baharu di Perbandaran Yingli di Daerah Pingshan.


PINGSHAN, China, 10 Jun, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Wilayah Hebei di China Utara baru-baru ini telah menyiapkan dan memulakan operasi satu projek demonstrasi bagi sebuah sistem kuasa 10 kV MW jenis baharu di Perbandaran Yingli di Daerah Pingshan.
 
Projek itu dilaksanakan bersama oleh State Grid Hebei Electric Power Co., Ltd., sebuah kumpulan penjanaan kuasa domestik dan dua pasukan ahli akademik di China.

Projek itu secara inovatif menggunakan teknologi kawalan grid dengan inersianya sendiri untuk menyelesaikan secara berkesan masalah kerawakan, terputus-putus dan turun naik bagi penjanaan kuasa fotovolta, dan merealisasikan persepsi aktif, tindak balas aktif dan sokongan aktif bagi grid kuasa.

Ia menggalakkan penggantian tenaga bersih yang selamat dan boleh dipercayai, dan pada masa yang sama meningkatkan kapasiti penyerapan tempatan bagi tenaga baharu dan kualiti bekalan kuasa bagi grid kuasa tempatan, sekali gus meneroka satu  laluan teknologi baharu untuk pembinaan sistem kuasa baharu.

Selepas projek itu mula beroperasi, ia dijangka dapat meningkatkan pendapatan fotovolta tempatan sebanyak 10 peratus hingga 20 peratus setiap tahun dan seterusnya meningkatkan pengukuhan semula dan pembangunan kawasan pangkalan revolusioner lama itu.

Pada masa yang sama, jumlah kegagalan talian elektrik di Perbandaran Yingli akan dapat dikurangkan sebanyak 90 peratus setiap tahun, dan masa putus bekalan akan dikurangkan sebanyak kira-kira 30 jam, sekali gus merealisasikan penggantian tenaga bersih yang selamat dan boleh dipercayai.

Projek ini menyediakan satu penyelesaian megawatt yang boleh ditiru dan berskala untuk satu perkadaran tinggi bagi penggunaan tenaga baharu, dan juga membuat penerokaan yang bermanfaat bagi membina sebuah grid pintar teragih.

Pada hari ketika projek demonstrasi itu di Yingli mula beroperasi, projek demonstrasi 35 kV 10 MW itu di Baiyangdian, Kawasan Baharu Xiongan bermula pada masa yang sama.

Sebelum akhir tahun ini, Hebei akan juga memulakan pembinaan sebuah projek demonstrasi 110 kV 100 MW di Xibaipo di Daerah Pingshan. Amalan ini meneroka pembinaan sistem kuasa baharu yang meliputi tiga peringkat pentadbiran dari kampung ke daerah, mewujudkan satu model pembangunan grid pintar teragih, dan menyuntik dorongan baharu ke dalam transformasi tenaga bersih dan rendah karbon di Hebei.
 
Sumber: State Grid Hebei Electric Power Co., Ltd.
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=423093
  
   Kapsyen: Wilayah Hebei di China Utara baru-baru ini telah menyiapkan dan memulakan operasi satu projek demonstrasi bagi sebuah sistem kuasa 10 kV MW jenis baharu di Perbandaran Yingli di Daerah Pingshan.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2022 MREM . All rights reserved.