ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  GPDRR: INDONESIA MENAWARKAN DAYA KETAHANAN YANG MAPAN UNTUK MENANGANI RISIKO BENCANA

Friday 27/05/2022

AsiaNet 96208

Table
 
Presiden Joko Widodo (tengah), timbalan setiausaha agung PBB Amina Mohammed (empat dari kiri), naib presiden Zambia W.K. Mutale Nalumango (empat dari kanan) bergambar bersama dengan ketua bagi Badan Nasional bagi Pengurusan Bencana Suharyanto (kiri), wakil khas bagi ketua setiausaha bagi Pengurangan Risiko Bencana Mami Mizutori (dua dari kiri), menteri penyelaras bagi Pembangunan Manusia dan Hal Ehwal Kebudayaan Muhadjir Effendy (tiga dari kiri), presiden bagi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Abdulla Shahida (tiga dari kanan), menteri hal ehwal luar negeri Retno Marsudi (dua dari kanan), gabenor Bali Wayan Koster (kanan), dan beberapa orang delegasi menjelang majlis perasmian Platform Global bagi Pengurangan Risiko Bencana (GPDRR) 2022 di Nusa Dua, Bali, Rabu (25 Mei, 2022). GPDRR itu diadakan di Bali, dengan membawa tema “Dari Risiko kepada Daya Ketahanan: Ke Arah Pembangunan Mapan untuk Semua dalam sebuah Dunia yang Berubah akibat COVID-19”. FOTO ANTARA/Akbar Nugroho Gumay/foc.


JAKARTA, Indonesia, 27 Mei, 2022/Agensi Berita Antara-AsiaNet/--

Pada acara Platform Global bagi Pengurangan Risiko Bencana (GPDRR) 2022, Kerajaan Indonesia telah menawarkan kepada dunia dengan konsep daya ketahanan yang mapan sebagai satu penyelesaian untuk menangani cabaran bagi risiko bencana sistemik.

Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengetengahkan konsep ini pada majlis perasmian  GPDRR 2022 di Nusa Dua, di sini, pada Rabu.

Konsep daya ketahanan yang mapan itu dianggap sebagai satu penyelesaian untuk menangani semua bentuk bencana, termasuk ketika menghadapi satu pandemik dan pada masa yang sama menyokong pelaksanaan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), kata Jokowi.

Beliau menekankan keperluan untuk menggunakan beberapa langkah bagi membina daya ketahanan yang mapan.

“Pertama, kita harus memperkukuhkan satu budaya kesiapsiagaan bencana yang dijangka, responsif, dan boleh suai serta institusi di dalam menangani bencana,” kata Presiden Jokowi.

Menurut presiden itu, pendidikan pengurangan bencana dan institusi kerajaan yang bersinergi dan responsif terhadap bencana harus menjadi satu keutamaan yang dikongsi bersama.

Jokowi menjelaskan bahawa langkah kedua yang difikirkan perlu ialah bagi setiap negara melabur di dalam bidang sains, inovasi, dan teknologi, termasuk dalam memastikan akses kepada kewangan dan pemindahan teknologi.

“Akses kepada pembiayaan adalah satu isu penting yang harus kita ambil serius. Indonesia telah membangunkan satu strategi untuk pembiayaan dan insurans bencana dengan mewujudkan sebuah dana pengumpulan dan menggunakan dana pembangunan di peringkat tempatan untuk menyokong pengurangan dan kesiapsiagaan bencana,” kata beliau.

Langkah ketiga ialah dengan membina infrastruktur yang berdaya tahan untuk menghadapi bencana dan perubahan iklim.

“(Ini) adalah sebagai tambahan kepada mengurangkan (kesan terhadap) infrastruktur fizikal, seperti empangan, pemecah ombak, takungan, dan benteng; infrastruktur hijau, seperti hutan bakau, anak benih udang di pantai;... serta pembangunan kawasan lapang yang menjadi sebahagian daripada realisasi pembangunan infrastruktur,” kata Jokowi.

“Perlindungan bagi kumpulan rentan yang tinggal di kawasan berisiko tinggi bencana juga perlu mendapat perhatian khusus,” tegas beliau.

Akhir sekali, presiden Indonesia itu menjemput semua negara agar komited kepada melaksanakan perjanjian global di peringkat kebangsaan dan tempatan.

“Kerangka Kerja Sendai, Perjanjian Paris, dan SDG itu adalah perjanjian antarabangsa yang penting dalam usaha untuk mengurangkan risiko bencana dan perubahan iklim. Saya menjemput semua negara agar komited dan serius dalam melaksanakannya,” kata Jokowi.

Beliau menegaskan bahawa pengurangan risiko bencana adalah satu pelaburan yang berkesan untuk mengelakkan kerugian pada masa hadapan.

“Untuk itu, kami mengesahkan komitmen Indonesia untuk melaksanakan Kerangka Kerja Sendai serta komitmen antarabangsa yang lain,” tegas beliau.

Ketua negara itu turut menyatakan kesediaan Indonesia untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan di dalam pengurangan bencana.

“Sebagai sebuah negara yang terdedah kepada bencana, Indonesia telah mengumpulkan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang boleh dijadikan satu pelajaran penting kepada dunia, tetapi Indonesia juga sangat berminat untuk belajar daripada pengalaman antarabangsa,” tegas Jokowo.

“Marilah kita bekerjasama untuk mengurangkan (kesan dan menguruskan risiko berkaitan dengan) peningkatan di dalam bencana bagi sebuah kehidupan yang lebih baik untuk hari ini dan hari esok,” kata beliau.

Apresiasi
Pada kesempatan itu, beberapa pegawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) -- Presiden bagi Sesi ke-76 bagi Perhimpunan Agung PBB Abdulla Shahid, Timbalan Setiausaha Agung PBB Amina Mohammed, dan Wakil Khas bagi Setiausaha Agung PBB untuk Pengurangan Risiko Bencana Mami Mizutori – telah memuji Indonesia kerana berjaya mengawal COVID-19, sehingga membolehkan forum GPDRR 2022 itu dapat diadakan secara langsung di Nusa Dua, Bali.

“Saya ingin menyampaikan penghargaan PBB kepada presiden dan rakyat Indonesia di atas penganjuran GPDRR 2022 itu,” kata Mohammed pada majlis perasmian itu.

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan menghargai usaha Indonesia di atas langkah-langkah yang telah diambil untuk menangani COVID (sebagai satu) tindak balas yang membolehkan kita untuk bertemu secara langsung dalam persidangan ini di sini,” kata beliau.

Menurut timbalan setiausaha agung PBB itu, usaha Indonesia untuk memberi vaksin kepada penduduknya yang berjumlah 217 juta orang adalah satu pencapaian besar.

“Kami memuji pemimpin Indonesia di atas program vaksin mereka kerana memastikan semua orang selamat dan memberi reaksi serta bertindak balas terhadap pandemik COVID,” kata beliau.

Beliau juga menegaskan bahawa Indonesia adalah sebuah rakan kritikal yang telah banyak mengajar dunia tentang pengurangan risiko bencana.

“Kesediaan anda untuk menganjurkan perhimpunan penting ini adalah satu bukti mengenai peranan utama yang anda (Indonesia) mainkan di dalam mengekalkan pembangunan dan tindakan iklim,” kata beliau.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pengurangan Risiko Bencana (UNDRR) Ricardo Mena memuji Indonesia sebagai sebuah negara yang mendahului di dalam usaha dunia untuk pengurangan risiko bencana.

“Ini adalah satu (usaha) yang sangat penting, dan saya rasa di sinilah kita berpendapat bahawa Indonesia mendahului dari segi usaha global untuk mengurangkan risiko bencana,” kata Ricardo Mena dalam satu wawancara khas dengan ANTARA di sini pada Isnin (23 Mei).

Mena berkata bahawa Indonesia telah menyampaikan satu mesej yang tegas tentang pentingnya usaha pengurangan risiko bencana dengan menganjurkan GPDRR 2022 itu.

“Kami percaya bahawa Indonesia memberikan satu mesej yang sangat kuat melalui penglibatan dan penganjuran GPDRR itu di Bali. Kami amat berterima kasih kepada Kerajaan Indonesia di atas usaha itu,” kata beliau.

Pengarah UNDRR itu juga menyerlahkan langkah kepimpinan Indonesia dalam menerima pakai pelan jangka panjang bagi pengurangan risiko bencana.

“Saya rasa apa yang ingin saya ketengahkan ialah Indonesia adalah satu daripada beberapa buah negara di dunia yang telah menerima pakai satu pelan jangka panjang untuk mengurangkan risiko bencana,” kata beliau.

“Ini adalah sangat penting kerana jika anda ingin benar-benar menangani puncanya, dan anda tidak boleh melakukannya dalam dua, tiga, atau lima tahun. Adalah agak mustahil, dan kami melihat dan mengalu-alukan hakikat itu bahawa Indonesia mempunyai satu rancangan untuk mengurangkan risiko bencana yang melampaui tahun 2040,” kata beliau.

Untuk itu, Mena turut menggalakkan negara lain untuk mengikuti langkah Indonesia dalam menerima pakai rancangan jangka panjang bagi pengurangan risiko bencana.

Indonesia telah menganjurkan satu siri mesyuarat Sesi ke-7 bagi Platform Global untuk Pengurangan Risiko Bencana (GP2022) di Bali pada 23-28 Mei, 2022.

SUMBER: Kementerian Komunikasi dan Informatika, bagi Republik Indonesia
 
Pautan Lampiran Imej:

Link: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=422164

Kapsyen: Presiden Joko Widodo (tengah), timbalan setiausaha agung PBB Amina Mohammed (empat dari kiri), naib presiden Zambia W.K. Mutale Nalumango (empat dari kanan) bergambar bersama dengan ketua bagi Badan Nasional bagi Pengurusan Bencana Suharyanto (kiri), wakil khas bagi ketua setiausaha bagi Pengurangan Risiko Bencana Mami Mizutori (dua dari kiri), menteri penyelaras bagi Pembangunan Manusia dan Hal Ehwal Kebudayaan Muhadjir Effendy (tiga dari kiri), presiden bagi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Abdulla Shahida (tiga dari kanan), menteri hal ehwal luar negeri Retno Marsudi (dua dari kanan), gabenor Bali Wayan Koster (kanan), dan beberapa orang delegasi menjelang majlis perasmian Platform Global bagi Pengurangan Risiko Bencana (GPDRR) 2022 di Nusa Dua, Bali, Rabu (25 Mei, 2022). GPDRR itu diadakan di Bali, dengan membawa tema “Dari Risiko kepada Daya Ketahanan: Ke Arah Pembangunan Mapan untuk Semua dalam sebuah Dunia yang Berubah akibat COVID-19”. FOTO ANTARA/Akbar Nugroho Gumay/foc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.