ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  KUMPULAN CR ASIA MENGUMUMKAN PENJENAMAAN SEMULA DAN PENUKARAN NAMA KEPADA CR3

Thursday 26/05/2022



SINGAPURA, 26 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan CR Asia mengumumkan satu penjenamaan semula bagi nama mereka kepada CR3 bersama-sama dengan satu logo korporat baharu yang mencerminkan penekanan strategik kami terhadap kelestarian dan tenaga bersih. CR3 akan terus membina pada reputasi kumpulan itu untuk kecemerlangan dalam penyelesaian kejuruteraan tenaga sambil mengejar peluang-peluang masa depan di dalam peralihan tenaga kepada sebuah ekonomi karbon yang lebih rendah.

Jenama dan logo CR3 itu akan menggantikan nama CR Asia yang digunakan pada masa lalu pada organisasi, operasi dan logo kami. Dengan mempunyai sejarah selama 30 tahun, CR3 ialah sebuah perniagaan penyelesaian kejuruteraan tenaga terkemuka yang beroperasi di seluruh Asia yang melayani pelanggan di 18 buah negara Asia dari pangkalan tetapnya di Singapura, Thailand, India dan Malaysia. Jenama CR3 baharu kami komited untuk berkembang lebih jauh melangkaui pasaran tradisional kami di Asia untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami.

Identiti jenama CR3 baharu itu datang pada masa yang penting kerana pelanggan kami yang beroperasi dalam pelbagai industri mengejar peningkatan berterusan dalam kecekapan tenaga dan penyahkarbonan. Logo baharu itu menghubungkan pengalaman lampau CR3 dengan peluang-peluang masa hadapan. Nombor "3" CR3 menandakan lelaran ke-3 bagi nama Kumpulan itu selepas nama lama Contract Resources dan CR Asia serta menyerlahkan 3 dekad operasi kami merentasi 3 kemahiran teras kami dalam kecekapan TENAGA, kecemerlangan KEJURUTERAAN, serta PENYELESAIAN yang mapan. Logo hijau CR3 yang penuh bertenaga menyerlahkan kepentingan kelestarian kepada pasaran kami. Gabungan tipografi mekanikal dan yang dipacu oleh data dengan sempurna merangkumkan komitmen kami untuk terus membangun dan berkembang dalam sektor tenaga di luar Asia, serta tumpuan yang lebih besar untuk menambahkan penyelesaian kejuruteraan yang berinovatif dan mapan.

“Perubahan nama korporat itu adalah satu peristiwa penting bagi kami kerana ia menawarkan satu mesej yang lebih tertumpu untuk menyediakan penyelesaian yang cekap tenaga untuk menghadapi cabaran karbon hari ini. Jenama baharu kami mempertajamkan imej pasaran kami tentang siapa kami dan perkara yang menjadikan CR3 unik. Kami percaya bahawa identiti tersendiri ini akan membimbing dan mempercepatkan pertumbuhan dan evolusi perniagaan kami,” kata Mark Stansfield, Ketua Pegawai Eksekutif bagi CR3. "Identiti visual baharu ini direka untuk menandakan satu lembaran baharu bagi kumpulan syarikat CR3 dan membezakan dengan jelas CR3 dalam pasaran untuk pelanggan kami."

Identiti visual CR3 itu akan dilihat merentasi semua aset perniagaan, nama syarikat dan komunikasi serta akan dilaksanakan dalam beberapa bulan akan datang. Penjenamaan dan pemesejan CR3 akan menyerlahkan kedudukan mereka sebagai penyedia terkemuka bagi penyelesaian kejuruteraan tenaga sambil memudahkan peralihan karbon rendah untuk pelanggan baharu dan sedia ada.

David Young, Pengurus Pembangunan Perniagaan CR3 dan pemacu utama di dalam strategi penjenamaan semula CR3, berkata, "Identiti visual CR3 akan menonjol dalam landskap tenaga untuk rakan kongsi dan pelanggan kami. Laman web baharu kami, logo baharu, penjenamaan, peralatan dan sumber adalah tepat yang diperlukan oleh CR3 untuk mengikuti rancangan masa depan kami, dan kami akan terus menawarkan penyelesaian komprehensif dengan satu pendekatan yang lebih mengutamakan pelanggan. Ketepatan masanya adalah sesuai kerana ia datang sejurus selepas pemerolehan oleh ShawKwei & Partners dan akan membantu CR3 menonjol daripada persaingan.”

Logo baharu CR3 berkuat kuasa serta-merta dan akan dilaksanakan merentasi syarikat, penyelesaian, aset, perkhidmatan, produk dan peralatan Kumpulan itu.

AKHIR

Maklumat mengenai Kumpulan CR3

Ditubuhkan pada tahun 1991, Kumpulan CR3 (dahulunya dikenali sebagai Kumpulan CR Asia) menyediakan penyelesaian kejuruteraan tenaga kepada pelanggan melalui kemudahan tetap mereka di Thailand, Singapura, Malaysia dan India. Kumpulan CR3 berdedikasi untuk menjadi pembekal terkemuka bagi penyelesaian kejuruteraan tenaga di seluruh Asia, melayani pelanggan bertaraf dunia dalam industri berintensifkan aset seperti pengeluaran tenaga, pemprosesan kimia dan kuasa.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220503005118/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut:
Kumpulan CR3
Zee Noor
Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan
E-mel: cocom@cr3.group
Telefon: +65 6268 0255

Sumber : Kumpulan CR3

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.