ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  AGROBANK SERAH ZAKAT PERNIAGAAN RM540,569.95 KEPADA MUIS

Thursday 26/05/2022



Table

 
Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank (paling kiri) menyerahkan Zakat Perniagaan kepada Yang Berbahagia Tuan Malai Ali Malai Ahmad, Timbalan Yang di-Pertua, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) (paling kanan) berjumlah RM540, 569.95.  Simbolik majlis penyerahan ini disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri (tengah), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian & Industri Makanan (MAFI) (2 dari kiri) dan YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Bin Haji Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas (2 dari kanan)


KOTA KINABALU, 26 Mei (Bernama) -- Agrobank sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) dengan fokus untuk membangunkan sektor pertanian dan agromakanan hari ini telah menyerahkan sumbangan zakat perniagaan bernilai RM540,569.95 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dalam satu majlis di Kota Kinabalu.

Majlis penyerahan itu telah disempurnakan oleh Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin kepada Pengerusi MUIS, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.

Penyerahan tersebut disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri.

Tengku Ahmad Badli Shah berkata, ““Agihan zakat perniagaan ini adalah amalan Agrobank setiap tahun, setelah mengambil kira keuntungan bersih syarikat dan agihan zakat pendapatan dilakukan di setiap negeri di negara ini mengikut pengiraan tertentu.”

“Bayaran zakat perniagaan kepada MUIS ini adalah salah satu usaha bagi membentuk pembangunan kemasyarakatan setempat dan komuniti di Sabah dan ia sudah menjadi tanggungjawab Agrobank, sebagai sebuah entiti korporat yang prihatin untuk menjalankan tanggungjawab sosial kami bagi membantu golongan yang kurang mendapat perhatian dan liputan (unserved dan underserved communities).”

“Sumbangan zakat ini diharap dapat memberi impak positif kepada pembangunan sosioekonomi di seluruh Sabah terutama kepada golongan asnaf,” tambah beliau lagi.

Hadir sama di majlis penyerahan tersebut adalah Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian & Industri Makanan (MAFI), Datuk Badrul Hisham Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI), Datuk Md Afendi Datuk Hamdan, Ahli Lembaga Pengarah Agrobank dan Fauziah Abu Bakar Titingan, Pengarah Wilayah Sabah Agrobank.

Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro. Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.

Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian. Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.

Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dilaksanakan menerusi 207 rangkaiannya sehingga tahun 2022 yang merangkumi 139 cawangan, 32 kiosk, 19 pusat perdagangan dan 17 rangkaian perbankan.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank


SUMBER: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Shahreen Rahim
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank
Tel: 03-2731 1660 / +6012-943 6217
E-mel: shahreen.rahim@agrobank.com.my

Nama: Syarifah Syameen Syed Johari
Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank
Tel: 03-2731 1652 / +6012-310 1766
E-mel: syameen@agrobank.com.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.