ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  UOB MALAYSIA JEMPUT PELUKIS JANGKAUI BATASAN IMAGINASI MEREKA PADA PELANCARAN PERTANDINGAN 2022 UOB PAINTING OF THE YEAR

Wednesday 25/05/2022



Bank juga perkenal pertandingan seni sempena ulang tahunnya yang ke-71 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Mei (Bernama) -- UOB Malaysia telah melancarkan pertandingan  UOB Painting of the Year (POY) 2022 dan menjemput para pelukis mapan dan baru muncul untuk mencipta karya seni inovatif yang mempamerkan penguasaan seni mereka. Pertandingan UOB POY adalah program seni visual serantau utama Bank dan salah satu anugerah seni tahunan paling berprestij di Asia Tenggara yang bertujuan mencungkil dan memupuk bakat seni di seluruh rantau ini.
 
Tahun ini, bersempena ulang tahun ke-71 UOB Malaysia, Bank juga telah memperkenalkan Kempen Khas Ulang Tahun ke-71 UOB Malaysia sebagai sebahagian daripada pertandingan UOB POY (Malaysia) 2022¹. Karya seni yang memenangi kempen khas ini akan dipaparkan pada bahagian luar tren transit aliran massa (MRT) awam yang akan bergerak di sekitar Lembah Klang. Ini adalah sebahagian daripada komitmen Bank untuk membuka peluang kepada komuniti yang lebih besar menceburi bidang seni lukis, di samping meningkatkan profil dan mempamerkan hasil karya para pemenang dari Malaysia.
 
Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia berkata, “Seni mempunyai daya tarikan untuk meluahkan emosi yang kuat, mencetus pemikiran dan idea, serta menyatukan para penggiat dan peminat dari segala lapisan masyarakat. Identiti program tahun ini bertemakan ‘optimisme’ yang sejajar dengan tempoh kita beralih menuju ke masa depan yang lebih cerah dan penuh makna. Selaras itu, hasrat kami agar dapat membangkitkan semangat positif dan kesalinghubungan kepada komuniti seni yang telah terjejas oleh kesan pandemik global.
 
“Melalui pertandingan UOB POY tahunan ini, kami akan terus mencungkil bakat seni di Malaysia, dan mempromosikan mereka di peringkat tempatan dan serantau. Sebagai salah satu penaung utama  bidang seni di rantau Asia, kami berharap untuk memupuk generasi pelukis akan datang dan membantu merealisasikan impian mereka.”
 
Penyertaan kini dibuka untuk pertandingan 2022 UOB POY (Malaysia)
Seperti tahun lepas, serahan penyertaan akan diterima secara digital. Permohonan akan dibuka mulai hari ini sehingga 31 Julai 2022. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap. Pemenang anugerah 2022 UOB Painting of the Year (Malaysia) akan diumumkan di majlis anugerah pada Oktober 2022.
 
Pemenang utama negara akan menerima RM100,000 dan berpeluang untuk bertanding dalam anugerah berprestij UOB POY Asia Tenggara dan memenangi wang tunai US$10,000. Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh didapati di www.UOBandArt.com.
 
Pemenang pertandingan 2021 UOB POY (Malaysia), Encik Saiful Razman, dan karya seni beliau yang bertajuk, Walk in Silence, Don't Walk Away in Silence, telah memenangi Anugerah 2021 UOB POY Asia Tenggara², menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama untuk memenangi anugerah serantau yang menjadi rebutan. Karya seni kemenangan beliau telah dipilih daripada jumlah tertinggi penyertaan yang diterima oleh pertandingan dalam sejarah 40 tahunnya.
 
Panel hakim pertandingan 2022 UOB POY (Malaysia) termasuk:
1. Puan Bibi Chew, Panel Penasihat Industri (Seni Visual) untuk CENDANA Malaysia serta Ketua Ilustrasi dan Pensyarah Kanan di Institut Seni Malaysia (MIA)
2. Encik Choy Chun Wei, pelukis kontemporari terkemuka Malaysia, di mana karya seni beliau telah dipamerkan di peringkat antarabangsa di China, Hong Kong SAR, Amerika Syarikat, Pakistan, Singapura dan United Kingdom.
3. Encik Ahmad Fuad Osman, pelukis kontemporari terkemuka Malaysia dan hakim Anugerah Muda Sezaman Balai Seni Negara.
 
Pemenang alumni UOB POY (Malaysia) dipilih untuk program residensi di China dan Jepun
Sebagai galakan kepada para pelukis untuk terus mempelopori pengetahuan dan mengasahi kemahiran artistik mereka, UOB menyediakan pengalaman yang imersif kepada pemenang anugerah melalui program residensi selama sebulan di pelbagai muzium seni berprestij Asia.
 
Encik Saiful akan menyertai program residensi pelukis di Galeri Seni UOB di Shanghai, China sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-40 pertandingan UOB POY. Sementara itu, Cik Cheng Yen Pheng dan Encik Sabri Idrus, masing-masing pemenang UOB POY (Malaysia) 2019 dan 2020, telah dipilih untuk menghadiri program residensi pelukis di Muzium Seni Asia Fukuoka yang terkenal di Jepun. Pemenang alumni ini akan berpeluang mempelajari budaya seni negara tuan rumah masing-masing dan pelbagai pendekatan kepada penciptaan seni.
 
Nota kepada Pengarang:

Mengenai UOB dan Seni
Di United Overseas Bank (UOB), kami percaya bahawa seni adalah sesuatu yang melampaui bahasa, budaya, geografi dan masa. Sejarahnya membantu orang ramai memahami identiti dan perspektif, di samping memberi maklumat masa kini dan mewujudkan imaginasi masa depan. Seni membina hubungan dan menyatukan rakyat. Oleh itu, dan memandangkan bahawa kami sudah lama bertapak di rantau ini, kami telah mendukung seni Asia Tenggara selama lebih daripada empat dekad.
 
Didorong oleh semangat untuk menggalakkan pelukis berbakat dalam usaha kreatif mereka, UOB memulakan pertandingan Painting of the Year di Singapura pada 1982 dan melancarnya di Malaysia pada 2011. Kini, pertandingan seni tahunan ini merupakan pertandingan seni paling lama di Singapura dan antara yang paling berprestij di Asia Tenggara.
 
Mengenai UOB Malaysia
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) diperbadankan pada 1993 tetapi telah wujud di Malaysia sejak 1951. Hari ini, UOB Malaysia merupakan bank asing terbesar yang beroperasi di Malaysia dari segi jumlah aset, pinjaman dan deposit, dan mempunyai 45 cawangan di seluruh negara yang menawarkan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islam. Ia menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan yang luas melalui cawangan-cawangan dan anak-anak syarikat seperti pinjaman korporat dan komersial, perbankan pelaburan, perkhidmatan perbendaharaan, perkhidmatan perdagangan, pengurusan tunai, perkhidmatan penjagaan, pinjaman perumahan, kad kredit, pengurusan kekayaan, dan bankasurans.
 
UOB Malaysia diiktiraf sebagai antara bank utama di Malaysia dengan penarafan AAA jangka panjang dari Ratings Agency of Malaysia. Berpandukan warisan yang kaya dan nilai-nilai teras, kami telah menjalin hubungan yang berkekalan dengan pelanggan dan terus memastikan kami berkhidmat demi kepentingan mereka dengan memberikan penyelesaian yang memenuhi matlamat kewangan yang sesuai dengan gaya hidup dan pilihan mereka.
 
UOB Malaysia adalah anak syarikat UOB, sebuah bank terkemuka di Asia dengan rangkaian global yang terdiri daripada lebih 500 pejabat di 19 negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. Sepanjang lebih lapan dekad, generasi kakitangan UOB telah mengamalkan semangat keusahawanan, dengan menumpu pada pewujudan nilai jangka panjang dan komitmen yang teguh untuk melakukan segala yang diperlukan bagi pelanggan dan rakan sekerja kami.
 
UOB ingin menjadi pembekal perkhidmatan kewangan yang prihatin dan komited untuk melakukan perubahan dalam kehidupan pemegang berkepentingan serta komuniti di mana ia beroperasi. Berdedikasi bukan sahaja dalam membantu pelanggan menguruskan kewangan mereka dengan bijak dan mengembangkan perniagaan mereka, UOB juga teguh dalam menyokong pembangunan sosial, terutamanya dalam bidang seni, kanak-kanak dan pendidikan.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.uob.com.my
 

¹ Pemenang Kempen Khas Ulang Tahun Ke-71 UOB Malaysia akan dipilih daripada empat pemenang di bawah Kategori Artis Baru Muncul Pertandingan 2022 UOB Painting of the Year. Tertakluk kepada terma dan syarat.


Sumber: UOB Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nizam Arop 
Strategic Communications and Brand 
Tel: 03-9195 2786/ 017-333 6329
Emel: nizam.arop@uob.com.my

Nama: Averlyn Lim
Strategic Communications and Brand
Tel: 03-9195 2793 / 018-229 9168 
Emel: averlyn.limsl@@uob.com.my  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.