ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  THE SOUND OF FRIENDSHIP DARI GBA: KONSERT DALAM TALIAN ZHUHAI UNTUK MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 HUBUNGAN CHINA-BELANDA

Tuesday 24/05/2022

AsiaNet 96159

ZHUHAI, China, 24 Mei, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 23 Mei, sebuah konsert dalam talian, yang bertemakan “Melodies over Seas and Mountains”, telah diadakan secara bersama di Rumah Opera Zhuhai dan Royal Concertgebouw, untuk memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik di antara China dan Belanda. Ketika muzik berkumandang merentasi benua dan lautan, Zhuhai dan Amsterdam telah dihubungkan lebih daripada sebelumnya, meraikan persahabatan yang mendalam, dan memandang ke hadapan kepada sebuah masa depan yang lebih baik yang dibina dan dikongsi di antara satu sama lain, menurut Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Zhuhai.

Terdapat 13 persembahan, termasuk jazz, piano solo, muzik angin, korus, muzik gabungan, dan banyak lagi. Konsert itu menampilkan pemuzik dan artis bertaraf dunia dari kedua-dua buah negara - Nederlands Blazers Ensemble, Sinfonia Rotterdam, Zhuhai Golden Jazz Orchestra, penyanyi China Liu Yutong, pemenang Anugerah Plum Blossom Drama Cina Ou Kaiming dan Qiong Xia, dll. Penganjur itu menyebutnya “satu perbualan muzik dengan ciri-ciri tempatan yang paling ketara yang melangkaui masa dan ruang”.

“Banyak unsur bagi budaya Lingnan dan bandar raya Zhuhai telah berkembang pesat di dalam konsert itu,” kata Yan Jihong, ketua pengarah bagi konsert itu, “Kami berusaha untuk mempersembahkan Zhuhai, sebuah bandar raya bagi belia dan kesegaran, kepada dunia.”

Santapan malam untuk halwa telinga telah dimulakan dengan Petals Falling from Sky, sebuah lagu Kantonis klasik. Banyak lagu asli yang digubah oleh pemuzik Zhuhai turut diperkenalkan, dengan mendedahkan pesona bagi zon ekonomi khas yang moden, di pesisiran pantai dan bersifat antarabangsa.

Sinfonia Rotterdam mempersembahkan My Motherland atau Tanah Airku, sebuah lagu patriotik yang terkenal di China. Zhuhai Golden Jazz Orchestra memulakan kerjasama mendalam dengan Sinfonia Rotterdam untuk memupuk bakat-bakat muzik muda di China. Terutama, ini akan menjadi percubaan pertama oleh Nederlands Blazers Ensemble - yang menikmati satu reputasi bertaraf global - untuk mengembangkan pendidikan seni utama mereka di luar perbatasan Belanda.

Seawal 400 tahun yang lalu, China dan Belanda telah pun memulakan pertukaran ekonomi, perdagangan dan kebudayaan melalui Laluan Sutera Maritim. Kedua-dua buah negara itu telah menjalinkan hubungan diplomatik di peringkat Kuasa Usaha pada November 1954, yang telah dinaik taraf kepada peringkat duta pada Mei 1972. Sejak 50 tahun yang lalu, hubungan erat itu - di bawah rangka kerja dan sistem pelbagai hala seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu - telah menampakkan hasil yang banyak di dalam menggalakkan kerjasama ekonomi, sains dan teknologi, pembangunan mapan, dan keamanan dunia.

Hubungan Zhuhai yang semakin rapat dengan Utrecht, bandar raya keempat terbesar di Belanda dengan warisan sejarah dan kebudayaan yang mendalam, adalah satu demonstrasi berhubung persahabatan China-Belanda yang semakin berkembang. Sebagai sebuah jambatan penting bagi China untuk berhubung dengan seluruh dunia, Zhuhai telah memulakan pertukaran mesra dengan Utrecht pada November 2013. Pada tahun-tahun berikutnya, kedua-dua bandar raya itu telah memperdalamkan kerjasama di dalam pelaburan, perdagangan, sains dan teknologi, budaya, pelancongan, pendidikan, penjagaan kesihatan, dll. Ninestar Corporation dari Zhuhai telah menubuhkan pusat jualan mereka di Eropah di sana. Pada tahun 2019, The Charm of Zhuhai, satu pameran foto telah diadakan di Utrecht, dengan menjemput penduduk tempatan untuk menghargai kualiti, budaya dan sejarah unik bandar raya itu.

Statistik mendedahkan bahawa jumlah perdagangan dan pelaburan dua hala di antara China dan Belanda telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Adalah wajar untuk membuat kesimpulan bahawa Belanda adalah pintu masuk China kepada kerjasama dengan Eropah. Melihat ke hadapan, Zhuhai dan Utrecht sudah bersedia untuk bersama-sama meningkatkan tahap persahabatan di antara mereka. Melalui pertukaran kebudayaan dan di antara rakyat dengan rakyat, hati yang berhubungan di kedua-dua buah negara akan menjadi sumber utama bagi hubungan dua hala kita, yang akan memberikan sumbangan yang lebih besar kepada pembangunan hubungan China-EU dan China-Belanda.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Zhuhai

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.