ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  FWD TAKAFUL LANCARKAN PENGANTARAAN BERASASKAN NILAI UNTUK LAMAN MIKRO PENDIDIKAN TAKAFUL

Monday 23/05/2022



Turut memberikan bantuan pendanaan modal sebanyak RM1 juta untuk Fund4Cause Persatuan Takaful Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) --- FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) hari ini mengumumkan pelancaran beberapa inisiatif Pengantaraan Berasaskan Nilai untuk Takaful (VBIT) sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk menyokong dan mengguna pakai rangka kerja VBIT.
 
Sebagai sebahagian daripada pelancaran, FWD Takaful telah bekerjasama dengan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) untuk menyumbang sejumlah RM1 juta kepada program MTA Fund4Cause. Program ini dilihat dapat membantu dalam mencapai Pelan Strategik 22-23 (ISLAH 23), pelan hala tuju VBIT dan Rangka Tindakan Sektor Kewangan 2026 (FSB 2026). Sumbangan FWD Takaful bermatlamat untuk membantu inisiatif-inisiatif Dana Pembangunan VBIT.
 
FWD Takaful menyasarkan untuk menjadi peneraju dalam industri untuk VBIT, untuk membantu pembangunan mampannya dan mendidik orang ramai tentang takaful. Inisiatif VBIT ini adalah sebahagian daripada strategi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Kumpulan FWD. Ianya juga sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan strategi ESG kami, kami mahu memainkan peranan dalam membawa masa depan yang lebih baik dan lebih mampan.
 
FWD Takaful telah melaksanakan beberapa inisiatif VBIT, termasuk bekerjasama dengan Arus Academy untuk menganjurkan program celik kewangan melalui ‘Fun(d) for Life’ dan mereka permainan pendidikan kewangan yang dinamakan ‘Komuniti Kita’. Contoh lain inisiatif VBIT kami ialah memperkenalkan produk yang inklusif untuk komuniti berpendapatan rendah melalui FWD Kasih dan untuk komuniti kurang upaya melalui FWD SpecialCare dan FWD SpecialMed.
 
FWD Takaful juga telah melancarkan laman mikro VBIT, sebuah laman mikro pendidikan baharu yang bertujuan mendidik pelanggan dan orang ramai tentang VBIT dan komitmen FWD Takaful kepada masyarakat tempatan. Di laman mikro VBIT, pelawat akan mengetahui tentang:
·  Keseluruhan misi dan komitmen FWD Takaful
·  Garis panduan strategi VBIT
·  Hasrat Nilai Korporat (CVI) mereka
·  Inisiatif VBIT yang dijalankan oleh FWD Takaful dengan lebih lanjut

Wan Ahmad Najib bin Wan Ahmad Lotfi, Ketua Strategi dan Pengedaran Digital FWD Takaful, berkata, “Mengguna pakai VBIT dan membangunkannya melalui inisiatif yang berpandukan empat teras CVI kami membolehkan kami memberikan produk dan perkhidmatan takaful yang bermakna kepada semua rakyat Malaysia – tanpa mengira siapa mereka.
 
Dalam menyampaikan aspirasi VBIT ini, FWD Takaful telah menghuraikan inisiatif ini agar sejajar dengan CVI mereka yang memfokuskan pada empat teras berikut:
· Perlindungan Inklusif – komited untuk membolehkan semua lapisan masyarakat mendapat perlindungan takaful mengikut keperluan dan kemampuan mereka, serta berusaha untuk menjadi proaktif dalam pendekatan reka bentuk dan pengedaran produk, usaha literasi dan proses untuk memastikan keluarga dapat berdaya tahan kewangan.
· Pertumbuhan Mampan – berikrar untuk meneruskan pertumbuhan yang mampan dengan mengguna pakai strategi pertumbuhan yang inovatif dan bertanggungjawab di samping mematuhi prinsip Islam. Inisiatif, pemilihan rakan kongsi dan tatakelakuan perniagaan FWD Takaful bermatlamat memberikan impak positif jangka masa panjang bagi memperkasakan komuniti.
·  Amalan Etika – komited untuk menegakkan prinsip nilai Islam dalam melakukan perkara yang betul dengan sebetulnya di samping menghormati undang-undang formal dan berusaha untuk tadbir urus diri yang baik dengan memberikan perkhidmatan yang adil, berintegriti dan menghormati antara satu sama lain.
· Pembangunan Bakat – menumpukan sokongan kepada individu berbakat dalam mencapai potensi penuh mereka dan sumbangan mereka kepada masyarakat melalui tingkah laku terbaik dengan melaksanakan asas budaya yang mengambil berat kesejahteraan pekerja dan matlamat yang dipadankan dengan pengiktirafan yang wajar, sistem ganjaran dan latihan yang komprehensif.
 
Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif, nilai dan misi keseluruhan VBIT FWD Takaful, sila layari laman mikro VBIT baharu di fwd.com.my/latest/vbit. Sebagai alternatif, hubungi 1300 13 7988 atau e-mel contact.my@fwd.com untuk maklumat lanjut.
 
Mengenai FWD Takaful Berhad

FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) adalah pengendali takaful di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan takaful keluarga. FWD Takaful dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. FWD Takaful adalah unit perniagaan takaful Kumpulan FWD (“FWD”).

FWD adalah perniagaan insurans hayat Asia dengan kira-kira 10 juta pelanggan merentasi 10 pasaran, termasuk beberapa pasaran insurans yang paling pesat berkembang di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2013, FWD menumpukan usaha untuk menjadikan insurans lebih mudah, cepat dan lancar, dengan pembaharuan yang inovatif dan pelan perlindungan yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang mengutamakan pelanggan ini, FWD komited untuk mengubah pandangan orang ramai terhadap insurans dan takaful.

Untuk maklumat lanjut, sila layari fwd.com.my

Untuk pertanyaan media, sila e-mel ke media.my@fwd.com

Sumber: FWD Takaful Berhad 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 

Nama: Jacleen Martin
Brand, PR & Communications, Marketing
Emel: Jacleenjacinta.martin@fwd.com

Nama: Aslinda Aminuddin
PR & Communications, Marketing
Emel: aslinda.aminuddin@fwd.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.