ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  ​SEMUA PELABUHAN SEMPADAN DI GUANGXI MEMULAKAN OPERASI BIASA

Friday 20/05/2022



Table
Pasukan penghantaran Pelabuhan Pingxiang bertugas semasa cuti Hari Mei untuk menyelesaikan masalah semasa pelepasan kastam pelabuhan tepat pada masanya dan secara cekap.


NANNING, China, 20 Mei, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Statistik daripada Jabatan Perdagangan bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang menunjukkan bahawa semasa cuti Hari Mei pada 2022, sebanyak 3,344 kenderaan telah keluar masuk melalui pelabuhan-pelabuhan lebuh raya di sempadan Guangxi, termasuk 1,601 dan 1,743 kenderaan masing-masing keluar dan masuk Guangxi. Semua pelabuhan sempadan di Guangxi memaksimumkan kapasiti pelepasan kastam di bawah prinsip “akses pelabuhan terbuka ke tahap yang paling besar” dengan meminimumkan kesan oleh pandemik itu. Sehingga 5 Mei, tujuh pelabuhan lebuh raya dan satu pelabuhan kereta api dengan kapasiti pengendalian kargo kesemuanya telah dibuka untuk pelepasan kastam yang normal.

Pada 5 Mei, upacara pelepasan bagi kereta api khas pertama yang dimuatkan dengan bahan-bahan perubatan Cina yang diimport dari Vietnam telah diadakan di pelabuhan kereta api Pingxiang di Guangxi. Kereta api itu telah dimuatkan dengan 12 kompartmen (masing-masing mempunyai berat kira-kira 15 tan) bagi batang suberect spatholobus yang berasal dari Vietnam. Kereta api itu akan berjalan secara tetap untuk membantu memperdalamkan kerjasama yang komprehensif di antara China dan Vietnam di dalam bidang perubatan tradisional Cina. Pada masa ini, Guangxi mempunyai pelabuhan import ubat-ubatan Nanning dan pelabuhan sempadan di Dongxing, Pingxiang, Longbang dan Aidian untuk mengimport bahan perubatan, setelah beransur-ansur bertukar menjadi satu saluran utama untuk mengimport bahan perubatan Cina dari negara-negara ASEAN. Kepelbagaian dan kuantiti ubat herba Cina dari negara ASEAN yang memasuki China melalui pelabuhan Guangxi telah meningkat dengan pesat sekali. Sejak 2020, jumlah nilai barangan telah menduduki tempat pertama selama dua tahun berturut-turut di negara itu.

Pelabuhan Guangxi Youyiguan telah melancarkan satu sistem pengesahan tanpa sentuhan melalui inovasi untuk pemeriksaan di sempadan bagi memastikan proses mengecap dokumen tanpa sentuhan. Dua pengesan menyukat suhu automatik dan kamera berdefinisi tinggi dipasang di pintu pemeriksaan kastam untuk melaksanakan pengesanan suhu tanpa sentuhan dan pengesahan kertas kerja pada pemandu yang ditetapkan bagi kargo rentas sempadan.

Jabatan Perdagangan bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang (Pejabat Pelabuhan) akan terus menyelaraskan dengan jabatan-jabatan berkaitan untuk melakukan kerja dengan baik dalam pencegahan dan pengawalan COVID-19 di setiap pelabuhan dan pelepasan kastam yang tidak disekat untuk menjamin kestabilan bagi rantaian bekalan perindustrian China-ASEAN.

Sumber: Jabatan Perdagangan bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang
 
Pautan Lampiran Imej:
 
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=421604
  
Kapsyen: Pasukan penghantaran Pelabuhan Pingxiang bertugas semasa cuti Hari Mei untuk menyelesaikan masalah semasa pelepasan kastam pelabuhan tepat pada masanya dan secara cekap.
 
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=421605
 
Kapsyen: Kenderaan dihantar oleh kakitangan di lokasi dengan sut pelindung tahap-II di akses Puzhai untuk memastikan pelepasan kastam berjalan dengan teratur. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.