ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  MENGHARGAI JASA PENYUMBANG DALAM PENYELIDIKAN KLINIKAL SEMPENA SAMBUTAN HARI KAJIAN KLINIKAL

Friday 20/05/2022



PUTRAJAYA, 20 Mei (Bernama) -- Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM), sebuah Site Management Organisation milik Kementerian Kesihatan, meraikan Hari Kajian Klinikal pada 19 Mei 2022 bersama Timbalan Menteri Kesihatan I, Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali serta pihak – pihak berkepentingan dalam penyelidikan klinikal di Malaysia.
 
Dengan tema ‘Get Involved’, sambutan Hari Kajian Klinikal memberi penghargaan kepada sukarelawan kajian, penyelidik, ahli pasukan penyelidikan, bahagian regulatori serta ahli industri yang telah membangunkan ekosistem penyelidikan klinikal di negara ini. Siri Fotografi ‘I AM AWARE’ CRM turut dipamerkan semasa acara tersebut, yang menengahkan kisah sebenar pengalaman beberapa peserta kajian, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pesakit dan orang ramai tentang kajian klinikal. Beberapa wakil industri turut mengadakan pameran semasa program itu, berkenaan aktiviti penyelidikan terkini mereka.
 
CRM Sponsored Research Awards 2022 turut disampaikan oleh Dato’ Dr. Noor Azmi, mewakili Menteri Kesihatan, kepada mereka yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam penyelidikan klinikal ditaja di negara ini. Antara penyelidik yang menerima anugerah tersebut adalah Dr. Vijaya Kumar Suppan (Pakar Bedah Ortopedik) dari Hospital Sultan Abdul Halim dan Profesor Madya Dr. Lim Soo Kun (Pakar Perunding Nefrologi) dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di atas pencapaian dalam patient recruitment dan penglibatan dalam bilangan kajian klinikal yang tertinggi. PPUM dan Hospital Pulau Pinang diberi pengiktirafan ‘Top Study Site’ kerana mencatatkan jumlah tertinggi dalam penyelidikan yang ditaja pada tahun 2021, serta antara lokasi kajian yang aktif dalam bidang kajian onkologi. Merck Sharp & Dohme (MSD) menerima anugerah 'Sponsor of the Year' atas pencapaian nilai kajian klinikal kumulatif tertinggi pada tahun 2021, manakala IQVIA Malaysia menerima anugerah 'CRO of the Year' kerana mencatatkan bilangan kajian klinikal tertinggi pada tahun 2021. Dua anugerah baharu juga dianugerahkan pada tahun ini, kepada Dato' Dr. Fam Tem Lom (Pakar Perunding Perubatan) dan Hospital Miri, di atas pencapaian kemajuan yang ketara dalam penyelidikan klinikal ditaja berbanding tahun-tahun sebelumnya.
 
CRM juga menyambut ulangtahun ke-10 pada hari majlis, meraikan pecapaian organisasi sebagai pemancu penyelidikan klinikal yang ditaja di negara ini. Ditubuhkan pada Jun 2012, CRM telah berjaya mencapai objektif penubuhannya pada 2020 dan telah membentuk perkongsian dan kerjasama bersama  dengan institusi-institusi global dalam meningkatkan lagi pembangunan penyelidikan ditaja dalam negara, termasuk kerjasam terbaru dengan Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi), untuk penyelidikan rawatan denggi. Berikutan itu, Malaysia kini telah menjalankan lebih 1800 penyelidikan ditaja sejak 2012 dan kini menduduki posisi kedua dalam rantau Asia Tenggara selepas Singapura, dari segi bilangan kajian tajaan industri global. CRM sebagai sebuah organisasi juga telah diperakui dengan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah ISO 37001:2016, dan kekal komited untuk menjadi organisasi pengurusan penyelidikan global yang dipercayai. “Industri penyelidikan klinikal ditaja telah berkembang secara pesat di dalam negara beberapa tahun ini hasil sokongan CRM, dan kami mengharapkan pencapaian yang lebih cemerlang pada masa hadapan.”, Dato’ Dr Noor Azmi, semasa majlis tersebut.
 
Mengenai Clinical Research Malaysia (CRM) 
Clinical Research Malaysia (CRM) diasaskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2012 untuk memajukan kesihatan demi masa depan yang lebih cerah dan penuh harapan untuk masyarakat dengan memberi sokongan penyelidikan klinikal melalui kajian yang berkualiti. 
 
Pemahaman yang mendalam mengenai lanskap penyelidikan klinikal tempatan dengan standard operasi antarabangsa, ditambah dengan sokongan daripada kerajaan memberi CRM kelebihan untuk bekerjasama dengan rakan kongsi dari peringkat awal kajian sehingga pelaksanaan produk akhir, untuk memberikan rawatan yang lebih baik dan mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. 
 
Penerima Anugerah Sponsored Research 2022: 
• Top Recruiter Award: Dr Vijaya Kumar Suppan (Hospital Sultan Abdul Halim) atas pencapaian paling ketara dalam patient recruitment dalam kajian klinikal ditaja pada tahun 2021.  
• Investigator of the Year Award: Profesor Madya Dr Lim Soo Kun (Pusat Perubatan Universiti Malaya) atas pencapaian sebagai Penyelidik Utama dengan bilangan kajian klinikal tinggi pada tahun 2021, serta co-author dalam penerbitan artikel berkenaan kajian klinikal global
• Top Study Site (Overall) Award: Pusat Perubatan Universiti Malaya atas pencapaian bilangan penyelidikan yang ditaja tertinggi pada tahun 2021, serta antara lokasi kajian klinikal aktif dalam bidang onkologi dan penyakit berjangkit. 
• Top Study Site (MOH) Award: Hospital Pulau Pinang atas pencapaian bilangan penyelidikan yang ditaja tertinggi dan nilai kajian klinikal kumulatif tertinggi antara lokasi-lokasi kajian KKM.
• Significant Advancement Award (Site): Hospital Miri atas pencapaian peningkatan ketara dalam bilangan kajian yang dijalankan serta dalam nilai kajian klinikal kumulatif, berbanding tahun-tahun sebelumnya.
• Significant Advancement Award (Investigator): Dato’ Dr Fam Tem Lom atas pencapaian peningkatan ketara dalam bilangan kajian tajaan pada tahun 2021, termasuk kajian yang melibatkan rawatan Covid-19.
• Sponsor of the Year Award: Merck Sharp & Dohme atas pencapaian nilai kajian klinikal kumulatif tertinggi pada tahun 2021 and antara yang tertinggi dalam bilangan kajian klinikal baru pada tahun 2021. 
• CRO of the Year Award: IQVIA RDS Malaysia Sdn atas pencapaian nilai kajian klinikal kumulatif tertinggi pada tahun 2021 sebagai CRO and antara CRO tertinggi dalam bilangan kajian klinikal baru pada tahun 2021. 

SUMBER: Clinical Research Malaysia (CRM) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Asha Thanabalan  
Tel: +603-7931 5566 (ext. 122) / +6012- 364 8043 
E-mel: asha@clinicalresearch.my  

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.