ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  ​YILI BEKERJASAMA DENGAN CASC UNTUK MELANCARKAN MAKMAL ANGKASA LEPAS BAGI TENUSU MASA DEPAN

Friday 22/04/2022



Table
Yili bekerjasama dengan CASC untuk menaik taraf industri tenusu melalui teknologi angkasa lepas

 
BEIJING, 22 April, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 17 April, sehari selepas anak kapal Shenzhou 13 China kembali ke bumi, syarikat tenusu gergasi Kumpulan Yili telah mengumumkan pada satu sidang akhbar untuk bekerjasama dengan Pusat bagi Sains Aeroangkasa dan Komunikasi Antarabangsa Teknologi China (CCASTIC), yang merupakan sebuah gabungan bagi Perbadanan Sains Aeroangkasa dan Teknologi China (CASC). Kerjasama itu akan termasuk mewujudkan sebuah Makmal Angkasa Lepas untuk Tenusu Masa Depan, yang akan bertujuan untuk memanfaatkan teknologi angkasa lepas bagi membawa inovasi transformatif baharu kepada sektor kesihatan.

Yu Dengyun, Timbalan Pengarah bagi Jawatankuasa Sains dan Teknologi di CASC dan Ahli Akademik bagi Akademi Sains China, menyatakan bahawa kedua-dua pihak akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan industri tenusu melalui teknologi angkasa lepas. Beliau berkata penyelidikan mengenai biologi angkasa lepas dan bahan angkasa lepas baharu akan memperkenalkan penyelesaian baharu untuk menaik taraf industri tenusu.

Yili akan berusaha untuk membangunkan lebih banyak produk tenusu yang lebih sihat yang memenuhi permintaan pemakanan pengguna dan memenuhi standard kualiti yang ketat. Kami akan memacu dan menyumbang kepada peningkatan industri tenusu melalui teknologi angkasa lepas, kata Zhang Jianqiu, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Yili.

Kedua-dua pihak akan bekerjasama rapat dengan institut angkasa lepas yang berkaitan dalam penyelidikan saintifik, pemindahan teknologi dan pembangunan produk. Melalui usaha bersama dalam pembungkusan menggunakan bahan angkasa lepas baharu, strain bakteria di angkasa lepas, pemantauan pastura berasaskan TanSat, dan penjagaan kesihatan dan pemakanan, mereka komited untuk menaik taraf produk tenusu ke satu tahap yang lebih tinggi.

Makmal itu menandakan satu langkah ke hadapan ke arah memperkasakan lagi industri dengan teknologi angkasa lepas dan meningkatkan status kesihatan dan pemakanan pengguna. Dr. Situ Wenyou, seorang pakar penyelidikan saintifik di Pusat Inovasi Yili, melahirkan harapan beliau agar kerjasama antara disiplin ini akan menghasilkan bahan pembungkusan makanan yang lebih ringan, selamat dan mesra alam, serta produk pemakanan dan kesihatan yang disesuaikan untuk segmen khas bagi penduduk, dengan tujuan untuk membolehkan pengguna menikmati teknologi dan produk termaju dalam kehidupan harian mereka. Yili bercita-cita untuk mengambil bahagian di dalam eksperimen angkasa lepas dengan menggunakan penyelidikan canggih kepada produk tenusu di bawah keadaan khas seperti mikrograviti jangka panjang, sinaran yang kuat dan suhu yang melampau. Usaha ini akan menyumbang kepada peningkatan kesihatan dan pemakanan pengguna dengan memanfaatkan teknologi terkini.

Yili sentiasa mengejar falsafah “tiada inovasi, tiada masa depan”. Sehingga kini, syarikat itu telah membina 15 pusat inovasi di seluruh dunia dan terlibat secara aktif dalam kerjasama yang ditumpukan kepada inovasi merentasi rantaian bekalan mereka. Menjelang awal Disember 2021, Yili telah menjadi satu daripada syarikat tenusu terkemuka dari segi jumlah permohonan paten dan permohonan reka cipta mereka.

Yili juga sedang meningkatkan usaha mereka untuk membina Lembah Kecerdasan dan Kesihatan Masa Depan di Hohhot, Wilayah Berautonomi Inner Mongolia, sebuah projek mercu tanda untuk industri tenusu. Lembah itu termasuk sebuah program demonstrasi RMB 5 bilion (bersamaan dengan kira-kira AS $785 juta) yang memberi tumpuan kepada pengeluaran hijau berasaskan kepada 5G dan AI bagi susu cecair, inisiatif sedemikian yang terbesar dan paling automatik seumpamanya.
 
Sumber: Kumpulan Yili
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=419530
 
   Kapsyen: Yili bekerjasama dengan CASC untuk menaik taraf industri tenusu melalui teknologi angkasa lepas. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.