ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  UITM DAN MARII LANCAR PUSAT R&D DAN LATIHAN BAGI MEMACU PEMBANGUNAN INDUSTRI 4.0 BAGI INDUSTRI TEMPATAN

Friday 18/03/2022



Table

CEO MARii and Naib Canselor UiTM telah melancarkan MARii-UiTM Satellite Node


SHAH ALAM, 18 Mac (Bernama) -- Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) melancarkan MARii-UiTM Satellite Node pada 16 Mac 2022, sebuah pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) dan pembangunan bakat yang menawarkan kemudahan, alat dan peralatan bertaraf industri berfokuskan kepada sektor automotif, automasi, robotik, IoT dan bidang berkaitan bagi pemegang taruh pelbagai sektor teknologi.

MARii-UiTM Satellite Node, yang bertempat di Institut Penyelidikan Pembuatan Pintar (SMRI), Kolej Kejuruteraan UiTM, bertujuan untuk mengukuhkan pengembangan penyelidikan & pembangunan (R&D) Industri 4.0, mempromosi dan membangunkan rangkaian kerjasama akademik, budaya, penyelidikan dan bakat dalam sektor teknologi tempatan serta memperkukuhkan rantaian pembekal 5.0 di Malaysia.

Pencapaian matlamat MARii-UiTM Satellite Node ini akan bermula dengan pemeteraian 3 Memorandum Perjanjian (MoA) antara kedua-dua pihak, meliputi pembangunan sistem pembelajaran virtual bagi pembuatan bahan tambahan logam (metal additive manufacturing), Pengajaran & Pembelajaran Talian Lean Karakuri IR4.0 dan membangunkan model ramalan bagi melaksanakan “Pengesanan Simptom COVID-19”.
 
Majlis pelancaran serta Memorandum Perjanjian telah dirasmikan di antara Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor dan Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Prof. (Adj) Dato' Ts. Madani Sahari.

Prof. Datuk Roziah menjelaskan bahawa perkongsian strategik ini akan memberi ruang kepada UiTM, terutamanya dalam kejuruteraan pembuatan pintar, serta kepakaran dalam bidang lain, untuk bekerjasama dengan industri berkaitan; dan pada masa yang sama melahirkan graduan yang bersedia untuk industri IR4.0 terkini.

“MARii-UiTM Satellite Node akan memberikan kedua-dua pihak dan bakal pelanggan, industri serta orang ramai, akses yang lebih baik kepada kemudahan terkini  di Kolej Kejuruteraan serta kemudahan lain di seluruh UiTM. Hubungan dan perkongsian industri yang terjalin ini penting ,dalam memastikan penyelidikan dan inovasi serta pengajaran & pembelajaran UiTM kekal berimpak tinggi serta mampan dari aspek  komersil bagi pihak industri dan komuniti bagi meningkatkan prestasi pengeluaran dan ekonomi melangkaui wabak ini,” tambahnya.

Dato' Madani Sahari berkata, "Ini adalah satu lagi pencapaian yang terhasil daripada perkongsian yang dimeterai MARii dan UiTM sejak tahun 2010 (semasa ia dikenali sebagai Institut Automotif Malaysia). Rangkaian bakat kami yang menjangkau kepakaran dari industri, akademik dan kerajaan kini mempunyai akses kepada dimensi baharu dalam pembangunan teknologi melalui penubuhan MARii-UiTM Satellite Node".
 
Jelasnya lagi, selain daripada penempatannya di universiti tempatan, MARii-UiTM Satellite Node berfungsi sebagai hab strategik bagi pelbagai industri di Shah Alam, Klang dan kawasan sekitarnya yang terdiri daripada pelbagai sektor termasuk automotif, elektrik & elektronik, logistik dan lain-lain.
 
Dengan tertubuhnya MARii- UiTM Satellite Node, kedua-dua pihak sedang membangunkan kerjasama baharu, yang merangkumi program perkongsian industri melalui perundingan projek-projek di pelbagai industri, penubuhan perkongsian pengajaran-kilang melalui ruangan industri yang dikongsi, platform pembelajaran virtual bagi kursus-kursus automotif, robotik dan IoT, serta pembangunan program pasca siswazah selaras dengan Industry4WRD melalui pusat-pusat kecemerlangan MARii- UiTM ini.

Mengenai UiTM

Sebagai universiti komprehensif terbesar di Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mempertingkatkan ketampakanya melalui kerjasama dengan universiti di seluruh dunia. Ia terus menyediakan akses kepada pendidikan tinggi, memainkan peranannya dalam membina negara dengan menyerlahkan potensi, membentuk masa hadapan.

Dalam menyediakan pendidikan inovatif di 35 kampus dan 26 fakulti di seluruh Malaysia, UiTM menawarkan lebih daripada 500 program akademik di peringkat Asasi, Pra-Diploma, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, dan PhD, serta Program Profesional. Kini, UiTM adalah sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka yang terbukti menjadi pilihan pelajar.

Antara pencapaian terhebat, UiTM menduduki tempat ke-105 dalam QS Asia University Rankings 2022, pada kedudukan 651-701 dalam QS World University Rankings 2022 dan pada kedudukan 101-200 dalam penarafan THE Impact Rankings 2021. Pada tahun 2021, subjek Hospitality and Leisure Management berada pada kedudukan 51-100 dunia dan 12 daripada subjek UiTM lainnya telah tersenarai dalam penarafan QS World University Rankings by Subject 2021. UiTM turut berasa pada kedudukan ke-150 dalam penarafan UI GreenMetric (UIGM) Worlds University Rankings 2021. Pada tahun 2020, UiTM telah memenangi pingat emas dalam QS APPLE Creative Awards bagi kategori Iklan Kreatif Terbaik di peringkat antarabangsa.

Dengan lebih daripada 900,000 alumni dalam bidang sains, teknologi, kemanusiaan dan keusahawanan, UiTM menawarkan peluang dalam membentuk pemimpin di peringkat kebangsaan, industri dan global dalam mencapai aspirasi untuk menjadi sebuah universiti terkemuka dunia menjelang tahun.

PERTANYAAN MEDIA

Pengarah Kanan
Jabatan Komunikasi
Universiti Teknologi MARA
Emel: azida767@uitm.edu.my
Tel: (+6014) 841 1191

Mengenai Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) 

Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bertindak sebagai pusat penyelarasan dan agensi pemikir bagi memperkasakan daya saing industri automotif & mobiliti secara menyeluruh, termasuk sistem pengangkutan pintar & perkhidmatan berkaitan melalui penyerapan teknologi robotik & IoT. 

SUMBER: Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Aiman
Tel: 012 293 8709 
E-mel: aiman@marii.my

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.