ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  SUKE TV TERUS MEMACU INDUSTRI PERNIAGAAN TEMPATAN MELALUI PEMETERAIAN KERJASAMA DENGAN MRANTI NEXUS

Wednesday 09/03/2022



Table

Dari Kiri: Datin Emylia Rosnaida, Pengasas dan Pengarah SUKE TV; Dato' AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV; Dzuleira Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI; Muhamad Husni Md Zain, Ketua MRANTI Nexus; dan Syed Zulkifli Syed Ismail, Ketua Pegawai Perniagaan MRANTI 


KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) – Rangkaian siaran tempatan SUKE TV terus mengorak langkah untuk memperkasakan bidang perniagaan tempatan dengan pencetusan memorandum perjanjian bersama MRANTI Nexus dalam sebuah majlis pada 8 Mac 2022. MRANTI Nexus merupakan sebuah entiti penyelidikan dan pembuatan kontrak dalam kumpulan syarikat Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengasas dan Pengerusi SUKE TV Dato' AC Mizal; Pengasas dan Pengarah SUKE TV, Datin Emylia Rosnaida; Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Dzuleira Abu Bakar, Ketua MRANTI Nexus, Muhamad Husni Md Zain, serta barisan pengurusan kedua-dua belah pihak.

Kerjasama ini akan menyaksikan kedua-dua pihak berganding bahu dan bekerjasama  menyokong usahawan tempatan untuk mempercepatkan kemasukan inovasi mereka ke pasaran.

Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa menyokong kualiti produk buatan Malaysia dan kebolehan usahawan tempatan, SUKE TV mengambil inisiatif mencipta sebuah platform agar peniaga tempatan dapat mempelopori inovasi dan memperkasakan ekonomi. Inisiatif ini akan meningkatkan kesedaran jenama tempatan dan membantu mengekalkan pelanggan melalui kepelbagaian yang ditawarkan oleh rangkaian ini.

Idea unik SUKE TV untuk membawa pengalaman membeli-belah terus ke rumah pelanggan melalui saluran hiburan televisyen diyakini akan menyumbang kepada peningkatan penglibatan penonton, jualan dan pemasaran produk-produk buatan Malaysia.  Melalui visi dan usaha SUKE TV ini, peniaga tempatan kini memiliki akses yang lebih mudah, senang dan berpatutan untuk pengiklanan dan pemasaran produk-produk mereka di televisyen mahupun digital.

Pengasas dan Pengerusi SUKE TV, Dato' AC Mizal menzahirkan rasa gembira mengenai kerjasama antara kedua-dua belah pihak dan ini juga merupakan suatu permulaan untuk pertumbuhan ekonomi yang eksponen, terutamanya untuk perniagaan tempatan.

“Dengan kehadiran MRANTI Nexus, tiada halangan untuk merealisasikan pencapaian visi kami untuk terus mengukuhkan idea usahawan tempatan, bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga di mata dunia. MRANTI Nexus merupakan perintis industri yang memiliki kepakaran dan kemudahan, dan kami berasa amat bangga dengan kerjasama yang termeterai pada 8 Mac 2022”, tambahnya.

MRANTI Nexus menawarkan rangkaian lengkap perkhidmatan makmal, perkhidmatan kawal selia dan pendaftaran produk, perekaan dan pembangunan produk, pembungkusan produk, peralatan pengeluaran gred tinggi serta perkhidmatan OEM produk teknologi bio dan herba.

Muhamad Husni Md Zain, Ketua MRANTI Nexus, menzahirkan keyakinan beliau terhadap peluang kerjasama MRANTI Nexus dengan sebuah organisasi yang inovatif seperti SUKE TV untuk penambahbaikan sektor perniagaan tempatan.

“MRANTI berpandukan kepada pertukaran “Idea ke Impak” melalui penyediaan sokongan dan kerjasama erat dalam membantu penyelidik dan usahawan membangunkan produk dan solusi mereka lebih segera ke pasaran, serta menjadikan  ianya lebih tersedia, mampu milik dan senang diakses pelanggan. Kami percaya lebih ramai inovator dan usahawan tempatan akan mendapat manfaat daripada platform Suke TV untuk menjangkau pasaran yang lebih luas melalui kerjasama ini,” kata beliau.

SUKE TV, yang akan dilancarkan secara rasmi tahun ini, telahpun berjaya merangkul anugerah pertamanya melalui penamaan Dato' AC Mizal antara 100 Top Young CEO 2021 Lifetime Achievement Icon dalam industri hiburan dan perniagaan. 

Mengenai SUKE TV

SUKE TV, sebuah rangkaian siaran buatan tempatan yang dilancarkan oleh Dato AC Mizal yang membawa harapan, hati dan nilai kepada rakyat, isi rumah dan perusahaan menerusi hiburan dan ganjaran bertaraf dunia. Dengan infrastruktur dan pengalaman  yang luas, serta usahasama industri akan datang, SUKE TV bermatlamat membangun dan menyampaikan kandungan yang original dari semua genre untuk televisyen dan medium digital di Malaysia dari mana sahaja. Dari pengalaman pembelian inovatif, drama yang menyentuh perasaan, ke komedi yang mencuit hati serta aksi sukan yang mendebarkan, SUKE TV berhasrat menghubungkan lebih 30 juta rakyat Malaysia menerusi perspektif hiburan yang unik.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.suketv.com/  
 
Mengenai MRANTI Nexus

MRANTI Nexus merupakan entiti bersepadu dalam kumpulan syarikat Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI). Ianya merupakan  entiti penyelidikan dan pembuatan kontrak yang menawarkan sokongan teknologi, kemudahan dan perkhidmatan dalam pembangunan produk dan bio-pemprosesan produk suplemen kesihatan yang inovatif. MRANTI Nexus juga menawarkan formulasi dan analisis makmal, pendaftaran produk, serta program latihan dan perundingan dalam bioteknologi. Selain itu, ia menyediakan perkhidmatan pengurusan projek yang komprehensif, serta menjadi saluran yang menghubungkan kedua-dua pasaran domestik dan antarabangsa untuk usahawan, syarikat pemula dan ekosistem inovasi. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://tpm.com.my/tpm-biotech/ 

Sumber: MRANTI (formerly known as Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Intan Suraini Rosdi
Strategic Communication
Tel: 019-2699611 / 03-89982020

--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.