ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA MENGELUARKAN PENGGANDING FOTO ARUS OUTPUT PUNCAK TINGGI DALAM PAKEJ NIPIS UNTUK MEMACUKAN GERBANG IGBT/MOSFET

Tuesday 30/11/2021



Table

Toshiba: Pengganding foto arus output puncak tinggi dalam pakej nipis untuk memacukan gerbang IGBT/MOSFET. (Grafik: Business Wire)


KAWASAKI, Jepun, 30 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah memperkenalkan dua pengganding foto, “TLP5705H” dan “TLP5702H,” yang ditempatkan dalam sebuah pakej SO6L nipis, untuk digunakan sebagai pemacu gerbang tertebat bagi IGBT/MOSFET berkapasiti kecil hingga sederhana. Penghantaran besar-besaran bermula hari ini.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211129005274/en/

TLP5705H adalah produk pertama Toshiba yang menyampaikan satu penarafan arus output puncak ±5.0A dalam sebuah pakej nipis (SO6L) yang ketinggiannya hanya 2.3mm (maksimum). Akibatnya, peranti seperti penyongsang berkapasiti kecil hingga sederhana dan amplifier servo yang menggunakan sebuah litar penimbal untuk penguatan arus kini boleh memacukan IGBT/MOSFET mereka secara terus daripada pengganding foto, tanpa memerlukan litar penimbal itu. Ini akan menyumbang kepada pengurangan bahagian dan pengecilan set.

TLP5702H mempunyai satu penarafan arus output puncak ±2.5A. Sebuah pakej SO6L yang boleh dipasang pada corak tanah bagi pakej[₁] SDIP6 konvensional Toshiba memudahkan penggantian yang mudah bagi produk[₂] semasa Toshiba. SO6L itu adalah lebih nipis daripada SDIP6, yang membawa kelenturan yang lebih besar kepada susun atur komponen pada papan, dan juga membolehkan ia dipasang di belakang sebuah papan atau digunakan di mana reka bentuk litar baharu mengenakan had pada ketinggian yang tersedia.

Kedua-dua pengganding foto mempunyai penarafan suhu pengendalian maksimum 125ºC (Ta=-40 hingga 125ºC), menjadikannya lebih mudah untuk direka bentuk dan mengekalkan margin suhu.

Barisan Toshiba juga termasuk TLP5702H(LF4) dan TLP5705H(LF4), yang ditempatkan di dalam sebuah pakej SO6L(LF4) sebagai satu pilihan yang membentuk plumbum.

Nota:
[₁] Ketinggian pakej: 4.25mm (maksimum)
[₂] Produk semasa: TLP700H dalam pakej SDIP6

Penggunaan

Peralatan perindustrian

· Penyongsang perindustrian, pemacu servo AC, penyongsang PV, UPS, dll.

Ciri-ciri

· Penarafan arus output puncak tinggi (@Ta=-40 hingga 125°C)
IOP=±2.5A (TLP5702H)
IOP=±5.0A (TLP5705H)
· Pakej SO6L nipis
· Penarafan suhu pengendalian tinggi: Topr (maksimum)=125°C

Spesifikasi Utama

Table

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu.
TLP5702H
TLP5705H
 
Ikuti pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti semikonduktor optik Toshiba.
Isolators/Solid State Relays
 
Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu di pengedar dalam talian, sila layari:
TLP5702H
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TTLP5702H.html

TLP5705H
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TTLP5705H.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Optoelektronik
Tel: +81-44-548-2218
Hubungi kami
 
*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian dan penyimpanan semikonduktor termaju, menggunakan lebih dari setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan dengan produk semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD yang terunggul.
Seramai 22,000 orang pekerja syarikat itu di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk, dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan kini melebihi 710 bilion yen (AS$6.5 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membangun dan menyumbang kepada sebuah masa depan yang lebih baik bagi semua orang di mana sahaja.
Dapatkan maklumat lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211129005274/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-44-549-8361
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.