ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  TEKNOLOGI NAVI DAN NAVI-D MENYOKONG INOVASI DAN PENERIMAGUNAAN REVOLUSI INDUSTRI KE-4

Tuesday 30/11/2021



KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan Inisiatif Kenderaan Autonomi NanoMalaysia (NAVi) serta merasmikan demonstrasi Robot Penghantaran Berautonomi NanoMalaysia (NAVi Delivery atau NAVi-D).
 
Membangunkan Kenderaan Autonomi Tahap 4 atau kenderaan tanpa pemandu di Malaysia merupakan inisiatif di bawah MOSTI melalui agensi NanoMalaysia Berhad (NMB) sebagai persediaan membangunkan teknologi yang berkait dengan Revolusi Perindustrian Keempat.
 
NAVi menumpukan pada sektor pengangkutan manakala NAVi-D akan dilengkapi dengan sistem yang memenuhi keperluan sektor penghantaran jarak akhir. NAVi-D merupakan evolusi daripada NAVi yang memberi tumpuan kepada penghantaran bungkusan dan produk makanan. Teknologi teras NAVi-D berasaskan senibina perisian NAVi yang dipertingkatkan untuk penggunaan yang khusus ini.
 
NAVi dicipta sebagai persediaan untuk sektor pengangkutan dan automotif Malaysia memasuki era sistem autonomi. Selain daripada menyokong inovasi dan penerimagunaan 4IR, ianya juga bertujuan untuk menangani kadar dan punca kemalangan dalam negara yang semakin meningkat sepertimana Laporan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Kenderaan yang mencapai autonomi Tahap 4 ini mampu untuk bertindak balas dengan cekap dalam menangani gangguan tumpuan dan refleks pemandu yang terhad. Dengan kelebihan ini, maka insiden yang tidak diingini boleh dielakkan daripada berlaku.
 
MOSTI juga akan menganjurkan projek pemula di bawah National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) sebagai usaha untuk meningkatkan standard keselamatan jalan raya dengan menjalankan beberapa siri pengujian tertumpu kepada kawasan dan ruang selamat.
 
Sementara, NAVi-D pula direka khusus untuk sektor penghantaran jarak akhir atau last mile delivery. NAVi-D merupakan evolusi daripada NAVi yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan penghantaran bungkusan dan produk makanan.
 
YB Dato’ Sri Dr. Adham berkata, “Pandemik COVID-19 telah menggesa dunia untuk melangkah ke-era pendigitalan. Maka dari sini, timbul permintaan yang tinggi untuk mengurangkan sentuhan dalam berinteraksi. Perkembangan ini adalah selaras dengan inisiatif High Tech, Low Touch yang diterajui MOSTI.”
 
Menurut YB Dato’ Sri Dr. Adham lagi, salah satu kesan limpahan perkembangan industri ini ialah peningkatan permintaan untuk pekerjaan berkaitan teknologi seperti pembangun perisian dan perkakasan selain daripada jurutera mekatronik yang diperlukan bagi membina NAVi selaras dengan aspirasi rangka kerja 10-10 MySTIE untuk membangunkan modal insan bernilai tinggi.
 
Ketua Pegawai Eksekutif NMB, Dr Rezal Khairi Ahmad berkata, “Sektor pengangkutan penumpang akan menjadi matlamat jangka sederhana hingga jangka panjang bagi semua pihak dan penggunaan NAVi secara komersial bagi sektor ini adalah usaha yang bijak. NAVi akan mewujudkan sistem penghantaran yang lancar dengan kadar kemalangan minimum akibat kesilapan manusia, menjimatkan masa serta penghantaran yang lebih baik dan cekap.”
 
NAVi kini sedang menjalani fasa ujian di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil. Laluan jalan raya sepanjang 12km dalam Fasa 1 hingga 3 TPM dijadualkan akan menjadi laluan yang diluluskan untuk AV di bawah rangka kerja makmal amali Hab Inovasi Antarabangsa TPM. Bagi menyokong pembangunan penyelesaian AV pada masa yang akan datang, infrastruktur seperti tanda jalan, papan tanda, pusat arahan pusat dan sambungan 5G kini sedang dibina. TPM akan menjadi tapak utama kemudahan ujian untuk teknologi kenderaan autonomi.
 
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI 
30 November 2021

Sumber: NanoMalaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Audra Jeyaraj 
Tel: +6012 6915 024 

Nama: Poon Li-Wei 
Tel: +6012 391 2028

--BERNAMA



 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.