ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  CELONIS MEMPERCEPATKAN KEPIMPINAN PERLOMBONGAN PROSES DAN PENGURUSAN PELAKSANAAN MEREKA DI INDIA

Tuesday 30/11/2021



Memperkenalkan satu Inisiatif Pengurusan Pelaksanaan baharu di India, Pusat Proses Dunia

BANGALORE, India, 30 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Celonis, peneraju dunia di dalam pengurusan pelaksanaan, hari ini mengumumkan bahawa ia akan mengembangkan operasi perlombongan proses dan pengurusan pelaksanaan mereka ke India. Celonis percaya peluang untuk pelanggan, penyepadu sistem global (GSI), penyedia penyumberan luar proses perniagaan (BPO), perunding dan ahli akademik adalah sama besar dengan peralihan daripada di premis kepada awan.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif pengurusan pelaksanaan mereka di India, Celonis telah komited untuk melabur lebih $100 juta dolar ke dalam industri proses India dan menjangka untuk mewujudkan lebih daripada 1,000 peluang pekerjaan. Pengembangan ke India itu membolehkan profesional dan pakar bagi proses perniagaan terkemuka dunia untuk membuka berbilion-bilion proses baharu dan nilai pelaksanaan bagi kedua-dua pelanggan mereka dan di dalam syarikat mereka sendiri. Inisiatif pengurusan pelaksanaan Celonis itu telah dilancarkan pada satu sidang akhbar berbilang hari dan acara ekosistem rakan kongsi di Bangalore, India.

Peluang bagi perlombongan proses dan pengurusan pelaksanaan di India adalah besar. Untuk menyediakan konteks, Kumpulan Everest melaporkan bahawa pasaran BPO India untuk perkhidmatan kewangan sahaja mempunyai potensi untuk berkembang daripada $18 bilion kepada $250 bilion dan pada masa ini mewakili hampir separuh daripada pasaran penyumberan luar global dunia. Tambahan pula, IDC menganggarkan bahawa pasaran IT & Perkhidmatan Perniagaan¹ India akan berkembang daripada $7 bilion kepada $20 bilion menjelang tahun 2025.

“Perlombongan proses harus menjadi teras bagi usaha transformasi digital dan boleh memainkan satu peranan penting di dalam membantu mencapai skala, ketangkasan dan realisasi nilai perniagaan yang lebih besar,” kata Amardeep Modi, Naib Presiden, Kumpulan Everest. “Rakan kongsi dan pelanggan Celonis di India akan berkemungkinan mendapat manfaat besar dengan mempunyai hab baharu ini untuk membantu, melatih dan mempromosikan amalan terbaik bagi rantau itu. Ia akan juga membantu memanfaatkan pangkalan bakat besar India untuk memenuhi permintaan yang berkembang pesat bagi kemahiran perlombongan proses di seluruh dunia.”

“India tidak dapat dinafikan sebagai sebuah hab bakat global terkemuka, dan sebuah benteng IT dan operasi untuk perusahaan Global 2000,” kata Reetika Fleming, Ketua Penyelidikan di HFS Research. “Dengan pelaburan ini, Celonis menggunakan teknologi mereka tepat di mana ia diperlukan. Ini akan memudahkan penyedia perkhidmatan untuk membangunkan tenaga kerja yang mahir data dan memberikan peluang menarik kepada pelajar dan perunding India untuk bekerja dengan teknologi kecerdasan proses.”

Inisiatif pengurusan pelaksanaan Celonis India itu direka bentuk di keliling tiga tonggak strategik yang akan membolehkan seluruh industri proses India, dan akhirnya setiap syarikat merentasi semua sektor, untuk segera mengguna pakai teknologi terkini ke dalam operasi teras mereka:

· Pengurusan Pelaksanaan Tanpa Had: Tonggak pertama bagi inisiatif ini adalah pelancaran Pengurusan Pelaksanaan Celonis Tanpa Had dan Celonis untuk program BPO. Program yang pertama dalam industri ini membenarkan akses tanpa had kepada teknologi perlombongan proses dan pengurusan pelaksanaan Celonis kepada mana-mana BPO, GSI dan profesional perunding.
· Akademi Celonis: Tonggak kedua bagi inisiatif ini adalah untuk menyediakan latihan percuma dan akses kepada kaedah, proses dan program yang terbaik dalam kelas untuk perlombongan proses dan pengurusan pelaksanaan kepada seluruh industri perundingan proses India. Celonis merancang untuk pada mulanya melatih lebih 100,000 perunding, pelajar dan ahli akademik di India. Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif global di mana Celonis akan melatih lebih 1 juta pakar mengenai perlombongan proses dan pengurusan pelaksanaan.
· Pusat Kecemerlangan Celonis: Tonggak ketiga adalah Pusat Kecemerlangan Celonis (CoE) baharu yang akan menjadi kedai sehenti untuk pelanggan, rakan kongsi dan penyedia perkhidmatan di India. CoE itu menggabungkan sokongan pembolehan rakan kongsi, perkhidmatan profesional dan nasihat nilai untuk pelanggan, sebuah pasukan kejuruteraan produk yang berdedikasi, dan sebuah pasukan sokongan pelanggan untuk menyediakan kepakaran dan inovasi sepanjang masa.
 
“Setiap gelombang inovasi proses yang signifikan, daripada pelayan pelanggan, kepada internet, kepada awan telah melalui nadi bagi industri proses perniagaan India,” kata Bastian Nominacher, Ketua Pegawai Eksekutif bersama dan pengasas bersama Celonis. “Celonis berbesar hati untuk membantu memacukan anjakan generasi seterusnya dalam pemodenan proses di India dengan memasukkan teknologi perlombongan proses dan pengurusan pelaksanaan terkini kami ke dalam BPO, GCC, GSI dan firma perunding terkemuka di dunia.”

Ekosistem rakan Celonis sudah termasuk banyak perunding peringkat atasan, pembekal penyumberan luar proses perniagaan (BPO) dan firma perunding di seluruh dunia, seperti AccentureCognizantDeloitte, EY, Firstsource, HCL, IBMInfosysKPMGPWCTCSTech MahindraWipro, WNS dan banyak lagi. Kesemua mereka menggunakan Celonis EMS untuk menggerakkan inisiatif transformasi digital dan proses - untuk diri mereka sendiri dan pelanggan mereka.

“Celonis telah menyingkirkan semua halangan untuk keseluruhan ekosistem proses India untuk meletakkan data berfungsi dan melengkapkan syarikat dan organisasi dalam setiap industri dengan Sistem Pengurusan Pelaksanaan kami - yang pelanggan kami panggil sebagai ‘otak proses’ untuk perniagaan mereka,” kata Malhar Kamdar, Ketua Pegawai Pelanggan bagi Celonis dan pemimpin Eksekutif untuk India. “Celonis telah membuka sepenuhnya platform kami dengan matlamat untuk membuka berbilion nilai bagi pengguna, perusahaan dan masyarakat. Kami sangat teruja untuk membawa kuasa bagi pelaksanaan data kepada semua pelanggan dan rakan kami di India.”

“Celonis adalah sebuah rakan utama bagi Bosch di seluruh dunia, ketika kami bekerjasama untuk membawa penawaran perisian dan analisis proses kami ke peringkat seterusnya, yang diperlukan untuk memupuk cita-cita kami untuk menjadi sebuah syarikat AIoT terkemuka yang dipacu oleh data,” kata Jens Bockholt, Naib Presiden Pengurus Serantau di Bosch. “Kami gembira bahawa Celonis meneruskan pengembangan global mereka dengan sebuah Pusat Kecemerlangan baharu di India dan kami berharap untuk terus bekerjasama dan memanfaatkan Celonis untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami. Kami percaya ini akan memberi manfaat bersama bagi kedua-dua Celonis dan tempat pasaran India yang semakin berkembang.”

Pada Jelajah Dunia 2021 mereka, Celonis mengumumkan satu siri pelaburan merentasi setiap tiga perkara penting bagi Sistem Pengurusan Pelaksanaan (EMS) Celonis - data, kecerdasan dan tindakan. Ini termasuk pemerolehan bagi teknologi data penstriman masa nyata Lenses.io; pelancaran bagi Graf Perlaksanaan Celonis, yang menghubungkan peristiwa daripada proses yang berbeza di seluruh syarikat itu untuk mengenal pasti kesesakan; dan satu perkongsian dengan ServiceNow yang mendefinisikan sebuah pasaran yang dirancang.

“Pasaran dan pangkalan bakat India mewakili satu peluang yang tiada tandingan untuk memanfaatkan penggunaan global bagi proses perlombongan dan pengurusan pelaksanaan pada satu skala besar,” kata Anitha Scaria George, Naib Presiden dan Ketua bagi Celonis India. “Seperti dengan setiap pergerakan, terdapat syarikat yang menjejaki dan melompat ke atas persaingan, dan mereka yang mendapati diri mereka berada di belakang perarakan itu. Celonis akan melatih pemimpin pengurusan pelaksanaan generasi seterusnya untuk menggunakan data, kecerdasan dan tindakan untuk setiap proses, dalam setiap perniagaan, dalam setiap industri.”

Maklumat mengenai Celonis

Celonis membantu organisasi untuk melaksanakan pada data mereka. Dikuasakan oleh teras proses perlombongan peneraju pasaran mereka, Sistem Pengurusan Pelaksanaan Celonis menyediakan satu set aplikasi, sebuah studio pembangun dan keupayaan platform bagi eksekutif perniagaan dan pengguna untuk menghapuskan berbilion-bilion dalam ketidakcekapan korporat, menyediakan pengalaman pelanggan yang lebih baik dan mengurangkan pelepasan karbon. Celonis mempunyai beribu-ribu pelanggan global dan beribu pejabat di Munich, Jerman dan Bandar raya New York, Amerika Syarikat dengan 16 pejabat di seluruh dunia.

© 2021 Celonis SE. Hak cipta terpelihara. Celonis dan logo “titisan” Celonis adalah tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar bagi Celonis SE di Jerman dan bidang kuasa lain. Semua produk dan nama syarikat lain adalah merupakan tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar bagi pemilik mereka masing-masing.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20211129005271/en/


Hubungi

Isabell Horvath
Naib Presiden Komunikasi
i.horvath@celonis.com

Sumber : Celonis

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.