ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2021 -Selasa

 
  PELANCARAN PAWAGAM ATAS TALIAN YANG PERTAMA DI MALAYSIA - FILM WALLET PVOD DAN FINAS MEMPROMOSIKAN FILEM TEMPATAN KE PENTAS ANTARABANGSA

Friday 26/11/2021



KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim telah menghadiri pelancaran pawagam atas talian yang pertama di Malaysia - Film Wallet Premium Video-On-Demand atau lebih dikenali sebagai Film Wallet PVOD yang akan merevolusikan dan meningkatkan pengalaman pengguna untuk menonton filem di persekitaran yang selamat dan selesa.

Selain daripada menjadi sebuah platform perkhidmatan media over-the-top (OTT) yang berinovatif, Film Wallet PVOD juga sedang bekerjasama dengan penerbit dan pengedar tempatan serta antarabangsa dalam menjayakan penghasilan filem dan pelepaskan kandungan antarabangsa yang eksklusif. Film Wallet PVOD juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan platform mereka ke dua negara yang ada di Asia Tenggara pada Febuari 2022 kerana ini boleh membenarkan pengeluaran tempatan untuk mencapai penonton yang lebih ramai.

Setelah ditubuhkan seratus peratus oleh syarikat Malaysia, Film Wallet PVOD menawar ratusan kandungan yang diminati ramai dari seluruh dunia termasuk – Amerika Syarikat, Hong Kong, China, Korea, Eropah dan selanjutnya. Dengan ini, pengguna tidak perlu komited terhadap bayaran langganan bulanan penstriman untuk menonton  kandungan yang berdefinasi tinggi tetapi mampu membeli filem yang diingini pada harga serendah RM1.90 yang boleh ditonton berkali-kali dalam tempoh masa yang diberikan. Dengan penubuhan Film Wallet PVOD, ia membenarkan pengguna untuk menonton filem terbaru dalam harga yang mampu milik dan ditonton pada bila-bila sahaja.

Jack Yeoh, Pengasas dan CEO kepada Film Wallet PVOD berkata “ Film Wallet PVOD ini bukan sekadar satu solusi kepada pengguna untuk mendapat akses untuk menonton filem kegemaran mereka tanpa merisaukan bayaran langganan pensrtiman, malah menjadi sebuah inisiatif untuk merangsang industri filem di Malaysia. Dengan pelancaran Film Wallet PVOD ke dua negara didalam Asia Tenggara yang akan datang, kami berazam untuk menyumbang kepada pertumbuhan industri filem tempatan dengan menyebarkan kandungan mereka ke antarabangsa.”

Pada sidang akhbar yang lalu, Film Wallet PVOD mengumumkan penglibatan mereka dalam filem tempatan bertajuk - Syaitan Nirrajim (diarah oleh Ayez Shaukat), Where You Are (diarah oleh Woo Ming Jin), dan Isolasi (diarah oleh Ryon Lee) dijangka untuk dikeluarkan pada tahun depan. Film Wallet juga akan memperkenalkan kolaborasi mereka bersama kandungan antarabangsa Celestial Tiger Entertainment dari Hong Kong serta pengguna dapat akses kepada filem aksi/mengerikan dari seluruh dunia yang berjenama 'KIX'. Pengguna boleh menjangka pengedar filem tempatan dan antarabangsa dapat didedahkan pada bulan-bulan berikutnya, dengan meningkatkan bilangan kandungan eksklusif pada platform OTT.

Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), berkata, “Pelancaran Film Wallet PVOD akan membawa kesan yang positif kepada ekosistem industri filem sebagai platform hiburan digital yang baru. Perkara yang mendapat tumpuan saya ialah keupayaan Film Wallet untuk mengembangkan platform mereka di peringkat antarabangsa pada masa yang singkat. Visi mereka untuk mengeksportasi filem tempatan selaras dengan program FINAS untuk mempromosikan filem tempatan ke antarabangsa.”

Pautan gambar:
https://drive.google.com/drive/folders/1KEJkLQu2Q6lLVFugBk4vEP73dF8I0UKe?usp=sharing  

Sumber: Global Creative Media Agency (GCMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Mr. Kevin Chong
Publicist
Global Creative Media Agency (GCMA) 
Tel: +6012-634 8802
E-mel: kevinchong@gcma.tv

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.