ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2021 -Selasa

 
  PAPARAN PERTAMA BAGI KIRA-KIRA 180 PRODUK BAHARU DARIPADA TAMASHII NATIONS DI ACARA DALAM TALIAN PADA 19-21 NOV: BANDAI SPIRITS, BANDAI NAMCO ENTERTAINMENT

Thursday 25/11/2021

AsiaNet 93114

TOKYO, 25 Nov., 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/--
 
-TAMASHII NATION DALAM TALIAN 2021: Studio MIRAIKEN, Dilengkapi dengan Peralatan Terkini di Jepun, untuk Menyampaikan Persembahan Langsung xR-

Di bawah jenama perdana bagi koleksi khalayak sasaran dewasa, “TAMASHII NATIONS,” BANDAI SPIRITS CO., LTD. Tokyo akan mengadakan acara dalam talian “TAMASHII NATION DALAM TALIAN 2021” dari 19 November (Jumaat) hingga 21 November (Ahad).
 
(Logo1:https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106357/202111163447/_prw_PI4fl_U0zCtdiX.png
)
 
(Logo2:https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106357/202111163447/_prw_PI5fl_6u6L7oW1.png
)
 
(Image1:https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106357/202111163447/_prw_PI2fl_6533x947.jpg
)
 
“TAMASHII NATION” adalah satu acara yang diadakan sekali setahun sejak tahun 2008 yang menampilkan patung kecil terkini yang menyasarkan penonton dewasa. Tahun ini, acara itu akan dikuasakan oleh studio MIRAIKEN yang diketuai oleh BANDAI NAMCO Entertainment Inc. Studio MIRAIKEN telah ditubuhkan pada tahun 2021 sebagai satu pangkalan operasi kendiri yang dikuasakan dengan peralatan terkini yang terdapat di Jepun untuk mewujud dan menghantar generasi seterusnya di dalam hiburan dengan menggunakan teknologi seperti xR dan rakaman gerakan masa nyata.

“Sorotan bagi acara itu”
Acara itu akan menampilkan kira-kira 550 patung wira dan robot daripada siri “MOBILE SUIT GUNDAM”, siri “MACROSS”, siri “KAMEN RIDER”, anime televisyen “TIGER & BUNNY 2” yang akan disiarkan pada tahun 2022, dan banyak lagi, dengan kira-kira 180 patung baharu dalam senarai barisan. Inisiatif dalam talian seperti program penstriman berbilang saluran, akses kepada sebuah fungsi PIP yang membolehkan menonton video sambil melihat paparan, penggunaan satu fungsi perdagangan langsung untuk membeli produk yang dipaparkan dengan lancar, satu fungsi paparan patung 360 darjah, fungsi hantaran komen, dan banyak lagi boleh dinikmati di hujung jari penonton.
 
Gambaran keseluruhan “TAMASHII NATION DALAM TALIAN 2021”
Acara Tarikh/Masa:
(JST) 19 November (Jumaat) 12:00 hingga 21 November (Ahad) 22:00
(CST) 19 November (Jumaat) 11:00 hingga 21 November (Ahad) 21:00
(ICT) 19 November (Jumaat) 10:00 hingga 21 November (Ahad) 20:00
(PST) 18 November (Khamis) 19:00 hingga 21 November (Ahad) 5:00
(AEDT) 19 November (Jumaat) 14:00 hingga 21 November (Ahad) 24:00
 
URL: https://tamashii.jp/special/tamashii_nation/
Bahasa: Jepun, Inggeris, Cina Dipermudahkan, Cina Tradisional
 
- Acara yang akan diadakan di kota maya itu, “DUNIA MAYA TAMASHII NATION”
(Imej 2:https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106357/202111163447/_prw_PI3fl_1BV32b81.png
)
 
Acara dalam talian itu akan diadakan di bandar maya itu, “DUNIA MAYA TAMASHII NATION.” Dalam dunia ini terdapat tiga kawasan paparan – “Bandar Robot,” “Bandar Aksi Langsung” dan “Bandar Anime & Permainan.” Bandar-bandar ini akan menampilkan sebuah “stesen” bagi setiap produk dan jenama yang dipaparkan di mana peserta acara boleh melihat pelbagai produk bertema. Konsep visual itu untuk “DUNIA MAYA TAMASHII NATION” telah direka oleh Yohei Takamatsu yang bekerja sebagai pengarah seni untuk beberapa tajuk Studio Ghibli dan juga bekerjasama mengendalikan arahan seni untuk “The Boy and the Beast.”

Program yang distrim

--TAMASHII NATION DALAM TALIAN 2021 MAJLIS PERASMIAN & PERSEMBAHAN LANGSUNG ISTIMEWA
18 November (Khamis) 21:00 hingga 22:00 (JST)
 
-“PATUNG GUNDAM SECARA LANGSUNG @ TAMASHII NATION DALAM TALIAN 2021”
19 November (Jumaat) dari 19:00 (JST)
 
-“ULTRA GALAXY FIGHT: THE DESTINED CROSSROAD x PROGRAM KHAS TAMASHII NATION DALAM TALIAN 2021”
20 November (Sabtu) dari 10:00 (JST)
 
-“MAJLIS PELANCARAN MACROSS GALACTIC 2021”
20 November (Sabtu) dari 11:00 (JST)
 
-“PROGRAM KHAS PENGUMUMAN REKA BENTUK KARAKTER KAMEN RIDER BLACK SUN”
21 November (Ahad) dari 10:00 (JST)
 
-"TAMASHII NATIONS mempersembahkan SUPER TOKUSATSU TIME"
"KIKAI SENTAI ZENKAIGER" dan "KAMEN RIDER OOO"
21 November (Ahad) dari 11:00 (JST)
 
*Maklumat di sini mewakili maklumat pada 11 November, 2021.
Maklumat boleh dikemas kini tanpa notis selepas dikeluarkan.
 
*Imej yang digunakan dalam siaran ini adalah untuk rujukan sahaja.
 
Sumber: BANDAI SPIRITS CO., LTD., BANDAI NAMCO Entertainment Inc. 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.