ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2021 -Selasa

 
  METRICSTREAM DIANUGERAHKAN PENYELESAIAN PENGENDALIAN RISIKO TERBAIK TAHUN INI DI ASIA OLEH RISK.NET

Thursday 25/11/2021



SINGAPURA, 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MetricStream, peneraju pasaran dunia di dalam pengurusan risiko bersepadu dan penyelesaian tadbir urus, risiko dan pematuhan (GRC), hari ini mengumumkan bahawa mereka telah dianugerahkan dengan Penyelesaian Pengendalian Risiko Terbaik Tahun Ini, sebagai sebahagian daripada Anugerah Risiko dan Anugerah Teknologi Asia Risk.net 2021.

Menurut Risk.net, “Apa yang membuatkan penyelesaian ini menonjol adalah ia menyediakan keterlihatan yang mendalam bagi pengguna terhadap risiko, kawalan dan kerugian bagi sesebuah pengendalian organisasi, sekali gus membolehkan mereka dengan berkesan mengukuhkan daya ketahanan, membuat keputusan dan ketangkasan perniagaan. Ini membantu pelanggan MetricStream merealisasikan kecekapan operasi mereka sendiri dengan pengurangan 66% dalam masa untuk menyiapkan penilaian risiko penuh.”

“Kami berada pada tahap termaju, dengan menyampaikan teknologi baharu dan berinovatif yang memacukan nilai untuk pelanggan kami, yang perlu melindungi diri mereka daripada ketidakpastian, meminimumkan kerugian, dan meningkatkan proses membuat keputusan,” kata Aravind Varadharajan, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan, APAC, MetricStream. “Adalah menjadi satu penghormatan untuk menerima anugerah ini, dan pengesahan bahawa kami membantu pelanggan kami di Asia-Pasifik untuk mengubah risiko menjadi satu kelebihan yang strategik.”

Pengiktirafan MetricStream oleh Risk.net, sumber utama dunia bagi berita dan analisis mendalam mengenai pasaran yang kompleks, mengikuti momentum yang ketara dengan keluaran ESGRC dan pelancaran produk Brazos baru-baru ini.

Produk Pengurusan Risiko Operasi (ORM) MetricStream menyediakan satu set komprehensif bagi keupayaan untuk mengurus risiko pengendalian dan kerugian yang berkaitan untuk mewujudkan disiplin pengurusan risiko merentasi perusahaan. Ia memberi tumpuan kepada menyelesaikan ketidaktekalan di dalam proses pengurusan risiko sambil menggalakkan tadbir urus data yang kukuh, pandangan yang boleh diambil tindakan terhadap risiko utama, analisis risiko lanjutan, risiko berkaitan pematuhan dan pengurangan isu, dan pengkuantitian risiko untuk mengukur pendedahan risiko dari segi kewangan. Selain itu, pengurusan isu dan tindakan yang dikuasakan oleh AI memastikan ketekalan serta penjimatan masa. Keupayaan pelaporan, papan pemuka dan analitik yang teguh bukan sahaja menyerlahkan bidang utama yang menjadi perhatian, tetapi juga melengkapkan profesional risiko dengan wawasan untuk memanfaatkan penyusuran risiko.

Maklumat mengenai MetricStream, Inc.
MetricStream adalah peneraju pasaran dunia bagi pengurusan risiko bersepadu dan penyelesaian GRC yang memperkasakan organisasi untuk berkembang maju pada risiko dengan mempercepatkan pertumbuhan melalui keputusan yang menyedari risiko. Kami menghubungkan tadbir urus, pengurusan risiko dan pematuhan merentasi perusahaan lanjutan untuk membolehkan daya ketahanan dan transformasi digital. MetricStream beribu pejabat di San Jose, California, dengan sebuah pusat operasi dan R&D di Bangalore, India, serta sokongan jualan dan operasi di seluruh dunia. Maklumat lanjut tersedia di www.metricstream.comLinkedInFacebook, dan Twitter.

© 2021 MetricStream Inc. Hak Cipta Terpelihara.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211124006294/en/

Hubungi

Untuk pertanyaan media, sila e-mel:
Matthew Kurian, matthew.kurian@priorityconsultants.com

Sumber : MetricStream, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.