ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2021 -Selasa

 
  MODEL RIZHAO UNTUK SEBUAH INDUSTRI INAP DESA YANG BERKEMBANG

Thursday 25/11/2021

AsiaNet 93262

Table

Hotel Rumah Perahu Qidun Batai  


RIZHAO, China, 25 Nov., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Industri inap desa telah sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan perkembangan yang pesat di Rizhao, Shandong. Bandar raya itu telah menempa satu laluan baharu dari segi pembaharuan dan inovasi, untuk mewujudkan sebuah Model Rizhao bagi pembangunan industri inap desa, melalui penerokaan dan usaha yang aktif di dalam bidang seperti pematuhan undang-undang, piawaian, pertumbuhan yang berorientasikan kualiti dan kelompok industri, demikian menurut Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Rizhao. Laporan Data Besar Perjalanan Percutian Festival Perahu Naga 2021 yang dikeluarkan oleh Ctrip pada Jun tahun ini mendedahkan bahawa Rizhao telah mengalami satu peningkatan yang paling kukuh dalam tempahan untuk penginapan percutian. Setakat November, Rizhao mempunyai 56 inap desa butik dan 1,200 penubuhan pelancongan bertemakan memancing Yujiale.
 
Segmen pasaran inap desa butik itu di Rizhao muncul pada tahun 1999 apabila kumpulan pertama bagi penubuhan Yujiale dibuka untuk beroperasi di Kampung Wangjiazao. Sepanjang dua dekad berikutnya, Rizhao telah melakukan usaha tanpa henti dalam satu pendekatan pembangunan perindustrian yang berorientasikan kualiti, berasaskan jenama, termasuk satu permohonan dan proses pengendalian lesen yang dipertingkat, proses kelulusan yang dioptimumkan, dasar-dasar yang diperkukuh dan sokongan kewangan. Lima Projek Demonstrasi Pencergasan Semula Luar Bandar telah dilancarkan iaitu Kampung Cantik, Kompleks Luar Bandar, Pekan Pilihan, Taman Perindustrian Pertanian Moden dan Inap Desa Butik. Projek inap desa butik itu bertujuan untuk menggalakkan pembangunan berterusan bagi industri inap desa, yang memenuhi permintaan bagi pelbagai peringkat penginapan.

Selain mewujudkan penginapan yang berkualiti tinggi, industri inap desa di Rizhao juga tertumpu pada membangunkan pelbagai ciri. Untuk tujuan ini, terdapat empat jenis inap desa: pengalaman kehidupan luar bandar, rekreasi pantai dan marin, kemewahan desa dan berasaskan bandar. Keempat-empat jenis inap desa ini menyerlahkan ciri-ciri serantau bagi Rizhao yang didasarkan kepada adat masyarakat nelayan, persekitaran pantai, kreativiti seni dan sumber marin, serta satu gabungan unik bagi budaya berbeza seperti budaya solar, budaya marin dan budaya teh. Rizhao adalah satu daripada kawasan utara China pertama yang telah memperkenalkan penanaman teh dari selatan.

Di samping industri inap desa, pelbagai perusahaan telah bertapak di Rizhao, sebagai contoh, katering, hiburan, membeli-belah, kebudayaan dan seni, dan perniagaan DIY, dan di atasnya pelbagai destinasi pelancongan kecil dan tarikan pelancong telah dibentuk. Dengan memudahkan sektor katering, membeli-belah, hiburan, penyelidikan / akademik, dan kesihatan dan kesejahteraan, Rizhao telah memperluaskan rantaian bekalan huluan dan hiliran bagi industri inap desa butik mereka, untuk meningkatkan nilai tambah dan membawa tenaga baharu ke dalam industri inap desa butik, dengan wakil jenama-jenama butik seperti Beihai Jinhua Zen & Tea Inn, Hotel Quanshan Yunding Bufu, Taman Kreatif Pelancongan Kebudayaan Desa Chunfeng Shili, Inap Desa Pergunungan Teh Kecil dan Kampung Fenghuangcuo.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Rizhao
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=408616
 
   Kapsyen: Hotel Quanshan Yunding Bufu
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=408624
 
   Kapsyen: Hotel Rumah Perahu Qidun Batai  
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=408625
 
   Kapsyen:  Hotel Beishan Xiangju
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=408626
 
   Kapsyen: Pergunungan Tiantai Sun Inn

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.